KERTAS KERJA
RIMUP TAHUN BARU CINA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022
1.0 PENGENALAN
Program Guru Penyayang merupakan
program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian
terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan pelbagai program sempena
sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini agar dapat memupuk semangat integrasi
untuk perpaduan memandangkan murid sekolah ini terdiri dari berbilang kaum.
Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping
hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid
dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat.
2.0 MATLAMAT
Menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan
menyerikan perayaan sambutan
kaum lain dengan suasana muhibbah.
3.0. TARIKH/
MASA/ TEMPAT : 24
Januari – 11 Februari 2022
4.0 SASARAN : Semua murid SMK Cheras
5.0 OBJEKTIF
1) Mewujudkan
semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati
antara pelbagai budaya.
2)
Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain
walaupun berlainan agama dan bangsa.
3)
Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat
6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output |
Warga
sekolah dapat mempelajari budaya kaum lain dan bersama-sama menghormati
antara satu sama lain. |
Outcome |
Murid
menghormati antara satu sama lain dan tiada isu perkauman dan masalah disiplin
yang melibatkan isu perkauman. |
7.0 IMPLIKASI
KEWANGAN
SUMBER
KEWANGAN
PCG Kaunseling
ANGGARAN
PERBELANJAAN
BIL |
PERKARA |
BUTIRAN |
JUMLAH |
1 |
Pertandingan
Poster Digital Ucapan |
Johan RM 20
x 2 orang=RM 40 Naib Johan
RM 15 x 2 orang = RM 30 Ketiga RM
10 x 2 orang = RM 20 Sagu hati
RM 5 x 4 orang = RM 20 |
RM 110.00 |
2 |
Tempahan Kek
|
RM 100.00 |
RM 100.00 |
3 |
Yee Sang |
RM 50.00 |
RM 50.00 |
|
|
JUMLAH |
RM 260.00 |
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Encik Jamil Bin
Jamaludin (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi : Puan Marhaniza Binti
Mahmod(PK HEM)
Naib
Pengerusi : Puan Rohazlina Binti Othman (PK Kokurikulum)
: Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir & Kurikulum)
Setiausaha : Puan
Nurazlina Bt Che Omar
Penyelaras : Puan Nurhaiza Binti Che Mat
1 |
AJK
Kebajikan Agihan Bantuan Pn
Haslina Bt Hashim (K) Pn Kanagambigai a/p Ramoo Pn Narinder Kaur A/P Peara Singh |
1>
2>
1.
Membantu agihan bantuan kepada murid –murid yang memerlukan untuk persiapan
menyambut Tahun Baharu Cina |
2 |
AJK Ziarah Cakna Puan
Nurhaiza Bt Che Mat (K) Puan
Nurazlina Bt Che Omar Puan
Rozinani Bt Awang |
1. Menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada
murid yang memerlukan. |
3 |
AJK
Penyediaan Yee Sang Pn Nurul Shafini Bt Abdul Hadi (K) Pn Faiza Bt Mamat |
1. Menyediakan bahan-bahan untuk
membuat yee sang. |
4 |
AJK Persembahan Murid Pn Norshahizan Bt Baharum (K) Pn Nur Fatin
Nadhirah Bt Adnan |
1.
Menyediakan
minus one lagu sempena Tahun Baharu Cina. |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUS
SETIA/PENCERAMAH
1) Unit Bimbingan Dan
Kaunseling
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN PROGRAM
11
Februari 2022 (Jumaat)
8.00 pagi |
Ucapan Aluan Pengacara Majlis |
|
Bacaan Doa |
|
Ucapan Pengetua |
|
Penerangan Sejarah Tahun Baru Cina |
|
Penyediaan Yee Sang Dan Sejarah Yee Sang |
|
Persembahan murid |
|
Pengumuman Pemenang Poster Digital Ucapan |
|
Perkongsian Pengalaman Menyambut Tahun Baru
Cina |
|
Ucapan Tahun Baru Cina dari guru -guru dan murid
-murid |
9.15 pagi |
Gotong -royong mengemas kelas |
9.30 pagi |
Bersurai |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Penyertaan murid
yang tidak mencapai sasaran |
Masalah komitmen
dan kehadiran murid |
Hebahan awal,dan
hadiah menarik disediakan |
Guru Bimbingan dan
Kaunseling. |
11.0 PENUTUP
Diharapkan
agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan
seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan
pelajar.
Disediakan
oleh,
(NURAZLINA BINTI CHE
OMAR)
Setiausaha RIMUP Tahun
Baharu Cina
Ulasan:
________________________________________________________________ ________________________________________________________________
Diluluskan/Tidak
diluluskan oleh,
(JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P)
Pengetua
SMK Cheras Kuala Lumpur.