22 June 2022

Kertas Konsep Intervensi Murid Lewat Ke Sekolah



Aktiviti intervensi ini saya wujudkan dari Mei lagi, iaitu dah alang alang mengawasi murid yang lewat hadir ke sekolah setiap hari maka setiap minggu satu sesi bimbingan kelompok untuk murid murid yang dikenal pasti lewat melebihi 3 kali akan dijalankan, SEsi individu selepas 5 kali lewat dan sesi konsultasi ibu bapa untuk kali ke 6 lewat.

Saya bergilir dengan dua orang lagi rakan setugas dan sekarang hampir 6 minggu iaitu 6 kali perjumpaan untuk murid -murid lewat ke sekolah dengan masalah utama di kenalpasti.

Sesi kaunseling individu untuk kes melebihi 5 kali lewat ke sekolah. 

Lebih 6 kali lewat, sesi konsultasi ibu bapa akan dijalankan. 

Kertas kerja ini disediakan oleh partner saya selaku penyelaras projek hasil perbincangan kami  



1.0     PENDAHULUAN

Dalam sesebuah sekolah, disiplin murid memainkan peranan yang penting untuk membentuk sahsiah murid yang unggul. Tanpa disiplin yang baik, murid tidak dapat memberi tumpuan yang baik dalam pelajaran yang disampaikan oleh guru subjek masing-masing. Jadi, peningkatan disiplin diri murid telah dijadikan sebagai salah satu fokus daripada empat fokus bidang kaunseling. Di sekolah kita, kes hadir lewat ke sekolah merupakan isu yang paling ketara dan perlu diberi tumpuan oleh semua warga sekolah. Dalam masa dua minggu persekolahan yang pertama, seramai 53 orang murid daripada 963 orang murid telah lewat hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, KPI yang ditetapkan oleh unit Hal Ehwal Murid adalah bilangan murid hadir lewat tidak melebihi 55 orang. Dengan ini, tindakan yang bersesuaian perlu diambil oleh unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama unit disiplin supaya jumlah murid yang hadir lewat adalah terkawal.

 

2.0         MATLAMAT

Membimbing murid agar berupaya menguruskan masa dengan bijak supaya tidak menganggu proses pembelajaran dan pelajaran waktu pertama dan dapat bersiap sedia sebelum kelas bermula pada 7.30 pagi.

 

 

3.0        OBJEKTIF

 

3.1.    Memberi ganjaran kepada murid yang hadir awal ke sekolah sebagai tanda penghargaan.

3.2.   Mengenal pasti murid yang lewat ke sekolah supaya bantuan yang bersesuaian dapat diberikan.

3.3.  Mengukuhkan tingkah laku hadir awal ke sekolah dalam kalangan murid yang pernah lewat dengan memberi pengiktirafan.

 

4.0        SASARAN

Semua Murid

 

 


5.0        TARIKH /MASA /TEMPAT

    Tarikh     :             Mei hingga Disember 2022

    Masa        :             Sepanjang hari

    Tempat   :             SMK Seri Bintang Selatan

 

            

6.0        STRATEGI PELAKSANAAN

(i) Pemantauan

(ii) Sesi Kaunseling

(iii) Sesi Konsultasi Ibu Bapa

 

6.1 URUS SETIA/ PENCERAMAH/ FASILITATOR

             (i) Unit Bimbingan dan Kaunseling

             (ii) Unit Disiplin

 

 

6.2 JADUAL PELAKSANAAN

 

Aktiviti

Tempoh Masa

Strategi Pelaksanaan

Guru yang Terlibat

Ganjaran Murid Datang Awal ke Sekolah

Mei-Disember 2022

(i) Minggu pertama setiap bulan, 20 orang murid yang hadir paling awal ke sekolah akan dikenalpasti oleh GBK.

 

(ii) Hadiah seperti berikut akan diberi kepada 20 orang murid tersebut :

 

Mei : Beg Goodies Biskut

Jun : Payung Lipat

Julai : Highlighter

Ogos : Correction Tape

Sept : Botol Air

Okt : Pen

 

(iii) Pelantikan Ikon Murid Datang Awal ke Sekolah

 

-Seorang murid dari setiap tingkatan akan dilantik dan diberi anugerah

 

-Sijil penghargaan dan hadiah akan diberi kepada ikon murid.

 

Semua GBK

Intervensi Murid Datang Lewat ke Sekolah

Mei-Oktober 2022

(i) Murid yang lewat 3 kali, akan dipanggil untuk sesi kaunseling yang pertama.


(ii) Murid yang lewat 5 kali, akan diambil tindakan dimerit

 

(iii) Murid yang lewat 6 kali, sesi  kkaunsleing individu akan dijalankan dan onsultasi ibu bapa dilaksanakan.

 

Murid akan dapat buku rekod kehadiran tegar selepas 10 kali lewat   daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan perlu melaporkan kehadiran pada waktu pertama setiap hari.

 

*Sekiranya murid mulai hadir tanpa lewat sepanjang sebulan, hadiah akan diberikan.

 

*Sekiranya murid mulai hadir tanpa lewat selama 2 bulan, hadiah, sijil dan 20 markah merit akan diberikan.

 

(v) Murid yang lewat 10 kali akan diberi amaran pertama oleh pihak sekolah

(i) Semua GBK

 

(ii) Unit Disiplin

 

 

7.0        KPI  Indikator Output dan Outcome

 

OUTPUT

Melibatkan kerjasama antara guru bimbingan dan kaunseling serta pentadbir untuk membanteraskan isu lewat murid.

OUTCOME

Jumlah murid yang hadir lewat ke sekolah mencapai KPI HEM tahun 2022 iaitu kurang daripada 55 orang.

 

             

8.0   JAWATANKUASA PROGRAM

 

Pengerusi                    : Pn. Aziah binti Amir

Timb. Pengerusi         : Pn. Hamimah binti Shamsuddin

Naib Pengerusi 1        : Pn. Salina binti Abdul Manaf

Naib Pengerusi 2        : En. Seow Cheng Ping

Setiausaha                  : Pn. Loh Chin Ying

AJK Intervensi             : Pn. Nurhaiza binti Che Mat

                                      Pn. Norfaizah binti Mohamad

 

AJK Dokumentasi       : Pn. Loh Chin Ying

 

 

9.0     IMPLIKASI KEWANGAN

BIL

PERKARA

KUANTITI

PERBELANJAAN (RM)

SUMBER KEWANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Correction Tape

Payung Lipat

Highlighter

Beg Goodies Biskut

Botol Air

Pen Sebungkus

Beg Kanvas

20 unit

20 unit

20 unit

20 unit

20 unit

20 unit

5 unit

Sumbangan IPT

Tajaan

JUMLAH

Tiada

 

 

 

10.0      PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Murid yang kerap lewat tidak hadir ke sekolah dan sesi kaunseling tidak dapat dijalankan secara bersemuka.

Murid ponteng.

Membuat konsultasi ibu bapa sekiranya memang tidak dapat menjalankan sesi secara bersemuka dengan murid.

Unit Bimbingan dan Kaunseling

 

 

11.0      KAEDAH PEMANTAUAN

(i) Buku rekod murid hadir lewat di pejabat

(ii) Buku rekod kehadiran yang disedia khas kepada murid yang pernah hadir lewat

 

 

12.0      PENUTUP

Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, kadar murid lewat hadir ke sekolah dapat dikurangkan dan mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh Unit Hal Ehwal Murid.

 

 



Happy birthday Kak Ema
Semoga murah rezeki dan diberkatiNya
 

Telegram Channel