9 July 2022

Reunion Cherasian Seindah Rindu Seharum Kasih

Posing event ni masa 4 Julai lepas sambil mengharung jem balik ke kampung saya scroll kenangan bersama sewaktu event ini. Memandangkan esok
10 Julai 2022 tahun ke 22 saya berkhidmat sebagai guru. HRMIS kata perkhidmatan saya lagi 14 tahun tinggal hihi. 

Dalam ramai ramai rakan sekerja Rozi yg paling lama bersama, sebumbung dan sebilik dari tahun 2006 hingga 2022. 16 tahun tentulah byk rahsia dan emosi yg dikongsi bersama dari peribadi hinggalah kerja  kami. 

Sekali sekala mmg kami memerlukan masa bersama chit chat dan mmg mcm mcm nak cerita hahaha. Baru 3 bulan sy di sekolah baru dan berkesempatan untuk outing bersama dalam reunion hi tea mkn mkn guru guru yg pernah berkhidmat di SMK Cheras.

Haru biru semua excited nak cakap hingga volume kebisingan itu tahap sy nak borak dhn Rozi betul betul telinga kena dekat dgn bibirnya hahaha. 

Terima kasih penganjur yg menganjurkan perjumpaan ini sesuai dgn tema Seindah Rindu Seharum Kasih

Mantan pengetua pun ada Pn Kamariah yg supportive dgn semua aktiviti UBK sepanjang perkhidmatan beliau sbg pengetua. Even masa nazir datang utk temuduga Guru Cemerlang DG 52 beliau yg ambil berat persiapan saya. 
geng inovasi masa sama sama di Cheras. Skrg Kak Liza PK HEM SMK Manjalara

Ni guru guru genit 




Santai minggu besama geng geng guru Cherasian. Reunion kami
 

Telegram Channel