PENDAHULUAN
Modal insan di dalam sesebuah organisasi adalah aset yang
amat bernilai. Mempunyai modal insan yang
mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam suasana harmoni dan kondusif
adalah salah satu matlamat dalam
pengurusan organisasi yang berkesan. Sehubungan itu, modal insane organisasi
harus digerakkan secara produktif agar motivasi, kesungguhan dan komitmen untuk
mengembangkan organisasi dapat dioptimumkan. Apa yang wajar dilakukan kini
adalah untuk memastikan modal insan ini komited terhadap organisasi, dapat
menyerlahkan potensi diri untuk dimanfaatkan oleh organisasi dan boleh bekerja
dalam pasukan organisasi. Setiap individu dalam organisasi adalah penting dan
mempunyai peranan serta tanggungjawab yang tersendiri. .Mereka berhak mendapat
penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan yang diberikan . Antara faktor
yang dikenalpasti mempengaruhi kepuasan
kerja seseorang individu ialah pencapaian, pengiktirafan dan penghargaan,
hubungan interpersonal dan suasana di tempat kerja. Justeru, penjanaan
modal insan ke arah pembudayaan nilai-nilai humanistik yang tinggi perlu
dimantapkan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling membantu
dan memahami sesama rakan. Melalui aktiviti pecah bending(ice breaking) yang
dilaksanakan, ianya diharapkan akan menjadi titik tolak kepada hubungan
interpersonal yang lebih positif dalam kalangan guru di SMK Cheras.
MATLAMAT
Modul ‘Ice Breaking’ ini dilaksanakan bagi melahirkan warga
guru SMK Cheras yang memiliki dan menerapkan ciri-ciri seorang Pembing Rakan
Sekerja iaitu Caring, Understanding,Trusting,
Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Accepting dan
Respect (CUT APPLE Ar) dan mengaplikasikannya dalam perkhidmatan di sekolah
dan kehidupan seharian.
OBJEKTIF
1.
Melahirkan warga guru
yang prihatin, menghargai dan saling mempercayai antara rakan sekerja.
2.
Menanam sikap yakin diri dan
memupuk sifat menerima, menghormati dan mengiktiraf peranan dan tugas rakan sekerja yang lain.
3.
Menanam sikap ambil berat , menyayangi
dan empati dalam kalangan guru .
4.
Mewujudkan hubungan yang
kondusif dan sihat dalam suasana kerja yang harmoni dalam kalangan guru.
5.
Melahirkan warga guru yang
bertimbang rasa, bertolak ansur, bertanggungjawab dan saling mempercayai antara
satu sama lain dalam menjalankan tugas.
6.
Mengikis sikap iri hati,
prejudis, dengki, dendam dan khianat terhadap rakan sekerja.
7.
Mambantu warga guru untuk
berfikiran rasional, asertif dan mampu mengawal dan menguruskan emosi secara
berkesan sewaktu bekerja
TARIKH PELAKSANAAN
TEMPOH
Satu setengah jam (90 minit)
SASARAN
PENDEKATAN DAN KAEDAH
PELAKSANAAN
Modul Ice Breaking yang akan dilaksanakan ini menggunakan modul
yang menerapkan pendekatan Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) yang
menerapkan ciri-ciri Caring, Understanding,Trusting,
Asertive, Positive Thinking, Patience, Listening, Empathy, Accepting dan
Respect (CUT APPLE Ar). Modul ini akan dijalankan secara 3 fasa yang berkaitan dengan konsep dan teori humanistik
iaitu :
1) Fasa Jelekit
Objektif :
Meningkatkan hubungan
interpersonal melalui rangsangan tingkah laku dan komunikasi.
2) Fasa Pendedahan dan Penerokaan Kendiri
Objektif :
Mengaplikasi konsep
Tingkap Johari (Saya Tahu Anda Tak Tahu,
Saya Tak Tahu Anda Tahu, Saya Tak Tahu Anda Tak Tahu dan Saya Tahu Anda Tahu)-
Id, Ego dan Superego.
3) Fasa Penghargaan Kendiri
–
Objektif :
Memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada individu (Teori
Maslow)
Aktiviti ice breaking akan dilaksanakan dalam kumpulan
besar. Fasilitator akan memberi arahan kepada guru-guru dan mereka dimestikan
untuk melakukan seperti apa yang diarahkan setelah wisel dibunyikan. Faslitator
akan memberi ulasan dengan mengaitkan beberapa konsep dan teori humanistik serta menjelaskan falsafah daripada aktiviti
yang dilakukan untuk dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah
dan peranan sebagai rakan sekerja.
BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN
·
Wisel
·
Sistem Audio (Muzik/Lagu
latar)
·
Buah Epal
·
Kertas A4
PENUTUP
‘Ice Breaking’ menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan
Sekerja (PERASA) yang dilaksanakan dalam masa satu jam adalah langkah awal yang
menjadi pencetus kepada usaha organisasi iaitu SMK ------untuk mewujudkan
suasana kerja yang harmoni, kondusif dan mengamalkan budaya kemanusiaan
(humanistik) yang tinggi dalam kalangan warga pendidiknya. Penerapan
sifat-sifat seorang pembimbing rakan sekerja iaitu Caring, Understanding, Trusting, Asertif, Posive Thinking, Patience,
Listening, Empathy, Accepting dan
Respect (CUT APPLE Ar) dalam diri guru-guru SMK ----melalui aktiviti yang
dijalankan diharap akan terus menjadi satu amalan dalam perkhidmatan secara
berterusan diamalkan dalam kehidupan seharian. Warga pendidik SMK -----yang
dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara sihat dan positif antara satu sama
lain dapat membantu melahirkan satu budaya kerja yang ceria dan seronok. Ianya
sudah pasti akan membantu kepada peningkatan kualiti dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu peningkatan pencapaian
sekolah dan membantu merealisasikan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan
(pelajar) yang memiliki jati diri yang unggul dan kemahiran insaniah yang mantap
bagi mengharungi arus kemajuan dan pembangunan di era globalisasi ini yang
begitu mencabar dan mengundang persaingan sengit untuk menjadi insane yang
cemerlang, gemilang dan terbilang
PELAKSANAAN MODUL
1)
FASA
JELEKIT (15 - 20 minit)
Langkah-langkah
:
1. Fasilitator
meminta guru-guru duduk di atas kerusi
dan membentuk bulatan besar.
2. Fasilitator
menjelaskan kepada guru-guru tentang perlunya penglibatan mereka secara aktif.
Fasilitator akan memberikan beberapa arahan dan diikuti dengan tiupan wisel
bagi setiap arahan. Setiap guru yang ‘berkaitan’ dikehendaki bangun dan
bergerak mencari tempat duduk yang lain. Guru digalakkan mencari tempat duduk
yang jauh dari tempat duduk asal.
3. Fasilitator
seterusnya menjelaskan bahawa setelah guru-guru bergerak ke tempat duduk yang
baru, mereka dikehendaki berkenalan dengan orang yang ada di sebelah kanan dan
kirinya dengan menyebut nama glamour/panggilannya, hobi, satu kekuatan dan satu
kelemahan diri dalam masa 15 saat.
4. Berikut
adalah arahan-arahan daripada fasilitator (diiringi dengan muzik latar) :
a. Bergerak
orang yang ada kad pengenalan….
b. Bergerak
orang yang pernah ambil SPM.....
c. Bergerak
orang yang ada rambut….
d. Bergerak
orang yang ada tanda nama….
e. Bergerak
orang yang pernah pergi Jabatan Pelajaran WPKL…
(Fasilitator
memerhatikan pergerakan guru-guru dengan memberi fokus mereka
yang bergerak
dalam jarak yang dekat dan yang
bergerak dalam jarak yang jauh.)
*Andaian : Arahan a hingga e akan
melibatkan pergerakan semua guru. Arahan
f dan seterusnya akan melibatkan pergerakan
sebahagian guru sahaja. Bilangan arahan bergantung kepada masa dan kesesuaian…)
f. Bergerak
orang yang tidak ada misai….
g. Bergerak
orang memakai pakaian yang ada warna putih…
h. Bergerak
orang yang memakai jam tangan…..
i. Bergerak
orang yang memakai cincin di tangan kiri..
j. Bergerak
orang yang memakai seluar…..
5. Fasilitator
membuat rumusan kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti
fasa 1. Fasilitator memberi fokus terhadap pergerakan guru-guru yang aktif
apabila arahan diberi dan wisel ditiupkan. Falsafah yang boleh dihuraikan ialah
:
i.
Manusia boleh melakukan
sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan bermotivasi apabila dirangsang. Kaitkan
dengan Teori Behavioural di mana ujian Pavlov(anjing dan bunyi loceng) serta
ujian Skinner (tikus).
ii.
Manusia boleh dibentuk dan
dibimbing dari segi tingkah laku dan sikap untuk melakukan sesuatu secara
positif atau sebaliknya. Kaitkan elemen rangsangan dengan peranan guru dengan
murid, ketua dengan ahli/AJK, pemimpin dengan anak buah dan ibu bapa dengan
anak-anak di rumah.
iii.
Manusia ramai yang suka
melakukan perkara yang mudah dan kurang berisiko berbanding dengan
perkara-perkara yang mencabar dan berani mengambil risiko. Kaitkan dengan
aktiviti di mana guru ada yang bergerak dalam jarak yang dekat/bersebelahan
sahaja dan ada yang bergerak dalam jarak yang jauh. Guru yang bergerak jauh
ibarat ianya sanggup bekerja kuat, menunjukkan kesungguhan melakukan sesuatu
dan berani mengambil risiko dan mengharungi cabaran untuk memajukan dirinya.
Dalam kehidupan seharian boleh dikaitkan dengan kesanggupan menziarah rakan
atau hadir jemputan ke majlis rakan walaupun jarak yang jauh dan mengambil masa
serta melibatkan kos. Ibarat kata pepatah ‘Jauh
Berjalan Luas Pandangan’ Mereka sangat menghargai persahabatan dan tidak
pernah timbul soal jauh, tiada masa atau lain kali..
iv.
Dalam perkhidmatan, ada guru yang berani menerima tugasan yang
mencabar dan mengambil risiko tanpa mengungkit atau berkira seperti bergerak
dari kelas ke kelas yang jauh dan melaksanakan pelbagai peranan dan tanggungjawab
tanpa rasa dipaksa.
v.
Dalam hubungan interpersonal,
ada guru yang sanggup pergi ke sana sini dari satu blok ke satu blok, dari satu
bilik ke satu bilik dalam kawasan sekolah untuk bertanya khabar sesama rakan
sekerja atau untuk mendapatkan sesuatu maklumat serta belajar sesuatu pengalaman
daripada orang lain.
vi.
Manusia mempunyai motivasi dan tingkah lakunya boleh
dibentuk serta dibimbing ke arah yang positif atau sebaliknya jika diberi
rangsangan. Kaitkan dengan rangsangan positif seperti guru dengan murid, ketua
dengan ahli/AJK, pemimpin dengan pengikut, orang atasan dengan orang bawahan
serta ibu bapa dengan anak.
1)
FASA
PENEROKAAN DAN PENDEDAHAN KENDIRI (15 - 20 minit)
Menggunakan
Konsep Tingkap Johary :
Langkah-langkah :
1.
Fasilitator memberi arahan yang seterusnya dan diikuti
dengan tiupan wisel serta diiringi dengan muzik latar.(Andaian bahawa pada fasa 2 ini setiap arahan hanya melibatkan
pergerakan guru yang berkaitan sahaja)
2. Arahan-arahan
yang seterusnya adalah seperti berikut :
a.
Bergerak tiga langkah ke
hadapan orang yang dilahirkan di Kelantan dan Terengganu. Orang yang asalnya
Kelantan, maju lagi dua tapak ke hadapan. Fasilitator seterusnya memperkenalkan
secara umum guru-guru berkenaan.
b.
Bergerak tiga langkah ke
hadapan orang yang kampungya di Kedah, Perak atau Pulau Pinang. Orang Kedah
maju lagi dua tapak ke hadapan dan orang Penang sila pusing ke belakang.
Fasilitator secara umum memperkenalkan guru-guru berkenaan.
c.
Bergerak tiga langkah ke
hadapan orang yang made in Selangor,
K.L dan Melaka. Orang Selangor sila goyangkan pinggang 3 kali, orang K.L sila
lambaikan tangan,
d.
Orang Negeri Sembilan, Johor
dan Pahang sila berdiri. Orang Johor sila maju 3 tapak lagi dan orang Pahang
undur dua tapak ke belakang. Orang Negeri Sembilan angkat tangan dan jerit
Hobin Jang Hobin.
3.
Fasilitator seterusnya memaklumkan
bahawa guru perlu bergerak dari tempat duduknya dan mencari tempat duduk lain.
Setelah duduk, guru dikehendaki memberitahu orang di sebelah kiri dan kanannya
tentang bilangan adik beradik, anak yang ke berapa, status perkahwinan dan
bilangan anak sehingga tahun 2009 dan bilangan cucu (jika ada). Yang masih
bujang dikehendaki memberiyahu tentang bilangan adik beradik, anak yang ke
berapa dan bilangan anak saudara. Arahan yang seterusnya (diikuti dengan tiupan wisel dan muzik latar) adalah seperti berikut
:
e.
Bergerak orang yang berkhidmat
kurang daripada 10 tahun….
f.
Bergerak orang yang DG 44 dan
ke atas…..
g.
Bergerak orang yang akan
bersara sebelum tahun 2020……
h.
Bergerak orang yang memilih
umur persaraanya 58 tahun………..
Fasilitator seterusnya
memaklumkan bahawa arahan seterusnya memerlukan guru bergerak dan mencari
kumpulan yang berkaitan. Arahan yang seterusnya adalah seperti berikut :
i.
Bergerak dan cari rakan-rakan
yang lahir dalam bulan yang sama
4.
Setelah guru-guru berkumpul
dalam kumpulan mengikut bulan kelahiran, fasilitator meminta setiap ahli dalam
kumpulan mengenalpasti dan mengingat rakan-rakan yang lahir dalam bulan yang
sama. Fasilitator seterusnya menerangkan personality individu mengikut bulan
kelahiran berdasarkan kajian oleh pakar personality. (seperti dalam lampiran
A).
5.
Fasilitator membuat rumusan
kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti fasa 2.
Fasilitator member fokus terhadap gelagat guru-guru sewaktu menjalankan
aktiviti yang kelihatan amat seronok dan riang
seperti anak-anak kecil. Situasi ini boleh dikaitkan dengan Teori
Psikoanalisis yang mengaitkan kehidupan dengan id, ego dan superego. Orang yang
terlalu gunakan id akan selalu tidak serius dan tidak fokus dalam kerjanya,
gurau berlebihan dan kurang matang dalam tindakan. Orang yang terlalu superego
akan sentiasa bekerja dalam suasana yang serius dan sukar menerima teguran atau
kritikan. Pendekatan aegi adalah yang terbaik dalam kehidupan. Ada ketika kita
perlu serius dan ada ketika kita perlu kepada gurauan dan unsur kecindan(lucu).
Falsafah lain yang boleh dihuraikan ialah :
a.
Masih banyak yang kita tidak
tahu mengenai diri rakan-rakan sekerja kita walaupun sudah bertahun-tahun kita
bekerja bersama-sama di bawah satu bangaunan. Begitu juga orang lain, mungkin banyak
perkara yang mereka tidak tahu mengenai diri kita walaupun setiap hari orang
itu bertemu dan menyapa kita.
b.
Kita perlu mencari dan
meluangkan masa untuk mengenali rakan sekerja kita dengan lebih dekat jika kita
ingin mengetahui dan memahami tentang perwatakan, personality dan tabiatnya.
Dengan hanya bertegur sapa belum cukup untuk kita memahami diri seseorang.
c.
Dalam hubungan personal kita
dengan rakan sekerja kita, berapa kerap kita memuji, mengucapkan terima kasih,
bertanya khabar keluarga dan menyatakan bahawa kita bangga mempunyai rakan
sekerja seperti mereka ataupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
1)
FASA
PENGHARGAAN KENDIRI (15 - 20 Minit)
Menggunakan
Konsep Teori Maslow :
Pada fasa
ini, setiap tahap yang melibatkan fasilitator menganugerahkan buah epal kepada
guru. Fasilitator akan memeluk guru tersebut (sama jantina sahaja) dengan
pelukan PERASA. Bagi guru yang berlainan jantina, fasilitator memberi
salam/tabik PERASA sebelum menyerahkan buah epal tersebut.
Langkah-langkah :
1.
Fasilitator
memberi arahan yang seterusnya dan diikuti dengan tiupan wisel serta diiringi
dengan muzik latar (Andaian bahawa pada
fasa 3 ini setiap arahan hanya melibatkan pergerakan guru yang berkaitan
sahaja)
a.
Bergerak
tiga langkah kehadapan orang yang ada membeli kereta atau motor baru pada tahun
2010. Fasilitator mengajak guru lain memberikan tepukan dan mengucapkan tahniah
kepada guru yang membeli kereta atau motor baru tadi. (*) Jika ada lebih daripada 3 orang, fasilitator meneruskan arahan
iaitu, bergerak lagi dua langkah ke hadapan orang yang membeli kereta atau
motor baru tadi untuk ibu atau bapanya. Jika tidak ada, fasilitator memberi
arahan seterusnya iaitu bergerak lagi dua langkah ke hadapan orang pergi
membeli kereta atau motor baru dengan membawa bersama-sama ibu atau bapanya.
Jika tidak ada juga, fasilitator meneruskan arahan lagi iaitu bergerak lagi dua
langkah ke hadapan orang yang membeli kereta atau motor baru untuk
adik-beradiknya atau untuk pasangannya atau untuk saudara maranya...
Jika pada arahan awal tadi (yang bertanda 8) ada guru
yang bergerak kehadapan, fasilitator ambil buah epal merah dan menyerahkan
kepada guru-guru berkenaan dan menemuramah guru tersebut dengan cuba meneroka
apa yang menyebabkan guru tersebut membeli kenderaan baru untuk ibu atau bapanya
atau membawa bersama ibu atau bapanya) atau untuk adik beradiknya atau
saudaranya dan memuji dan menghargai usaha guru berkenaan.
Falsafah
: (jika ada mainkan muzik sentimental atau lagu
ayah dan ibu)
Sewaktu kecil hingga dewasa, kebanyakan masa kita
luahkan bersama-sama ibu bapa kita. Banyak perkara yang kita lakukan, kita
merujuk dan minta pandangan mereka. Banyak perkara juga yang ibu atau bapa kita
lakukan dan membuat keputusan yang terbaik untuk kita. Apabila kita telah
bekerja dan telah mempunyai keluarga, kita jarang merujuk atau meminta nasihat,
apatah lagi meminta mereka membuat keputusan dalam pelbagai perkara. Jika
timbul masalah baru kita bak merujuk kepada ibu atau bapa kita. Ramai juga di
kalangan kita yang jarang-jarang menghubungi, apatah lagi menziarah mereka walaupun
jarak rumah tidak begitu jauh. Kita memberi pelbagai alasan seperti sibuk,
tiada masa dan sebagainya. Cuba bayangkan bagaimana jika berada di tempat
mereka. Suatu hari nanti kita akan mengalami situasi seperti itu. Hargailah ibu
dan bapa kita pada setiap masa sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat
selama-lamanya kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan
kita…mungkin hari ini, esok, minggu depan atau bila-bila masa sahaja. Kita
takut mereka tinggalkan kita tanpa sempat kita membahagiakan mereka.
Fasilitator seterusnya cuba menekankan sentuhan
PERASA dengan bertanya soalan, berapa ramaikah di antara anda yang menghubungi
ibu atau bapa mereka setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali……berapa
ramaikah di antara kita yang
meletakkan gambar ibu dan bapa kita di atas meja?biasanya kita meletakkan
gambar perkahwinan atau gambar pasangan dan anak-anak kita bukan…di manakah
kita letakkan ibu bapa kita sekarang ini?fikirlah sendiri….
b.
Fasilitator memberi arahan
yang seterusnya. Bergerak tiga langkah ke hadapan mereka yang
hadir pada hari ini sedangkan dia kurang sihat atau anaknya atau pasangannya di
rumah sedang sakit atau kurang sihat. Jika ada tidak lebih daripada tiga
orang guru yang bergerak ke hadapan, fasilitator menganugerahkan buah epal
serta mengucapkan tahniah kepada mereka dan cuba teroka situasi beberapa orang
di antara mereka tentang apa yang berlaku kepada pasangan atau anak mereka yang
sakit atau kurang sihat.
Falsafah
:
Tidak ramai orang yang sanggup menjalankan
tugas dan tanggungjawabnya dan dalam masa yang sama melakukan sedikit
pengorbanan yang sebenarnya amat besar maknanya. Manusia biasanya lebih mudah
member alas an dan menjadikan sesuatu itu sebagai alas an bagi menutup
kelemahan dirinya.
c.
Fasilitator member arahan yang
seterusnya. Bergerak tiga langkah ke hadapan mereka yang memelihara haiwan
dirumahnya. Fasilitator mengucapkan tahniah kepada mereka kerana memiliki sifat penyayang
walaupun kepada haiwan. Haiwan juga adalah makhluk tuhan. Seterusnya
fasilitator meneruskan arahan iaitu bergerak dua lagi langkah ke hadapan mereka
yang memelihara haiwan tersebut yang diambil dari tepi-tepi jalan atau yang
telah dibuang oleh orang lain atau tuannya/pemiliknya. Jika ada tidak lebih 3
orang guru yang bergerak ke hadapan, fasilitator menganugerahkan buah epal
kepada mereka dan mengucapkan syabas dan rasa kagum kepada mereka serta cuba
meneroka beberapa orang daripada mereka tentang pengalaman mereka menemui dan
memelihara haiwan tersebut.
Falsafah
:
Haiwan juga adalah makhluk tuhan yang perlu
disayangi dan dihargai. Kita mudah merasa jijik dan geli kepada sesetengah
haiwan sedangkan mereka tidak pernah mengganggu mereka. Malahan ada di antara
kita yang sanggup memaki, menendang, menyepak, memukul dan membaling haiwan
semata-mata mereka tumpang lalu atau tumpang berteduh di rumah kita atau
mengeluarkan bunyi bising, lebih-lebih lagi bila haiwan itu tidak cantik/tidak
menarik, kotor dan berpenyakit. Bayangkan jika suatu hari nanti kita atau anak
cucu atau saudara mara kita
diperlakukann sedemikian rupa. Sifat penyayang itu amat dimuliakan oleh tuhan
bukan sahaja sesame manusia malahan terhadap haiwan juga. Kaitkan dengan kisah
oleh nabi di mana orang itu dijanjikan syurga kerana member minum seekor anjing
yang sedang kahausan.
d.
(Jika masa mencukupi)
Fasilitator meneruskan iaitu bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang sudah
bertugas di sekolah ini lebih daripada lima belas tahun. Fasilitator mengajak
guru-guru lain menepuk tangan dan memberikan ucapan tahniah kepada mereka.
Seterusnya fasilitator meneruskan arahan iaitu bergerak dua lagi langkah ke
hadapan orang yang akan membuat keputusan untuk bersara di sekolah ini. Jika
ada tidak lebih dua orang guru, fasilitator menganugerahkan buah epal dan
mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka. Selepas itu, fasilitator meneroka
mereka dengan memberi fokus kepada sebab dan faktor yang mempengaruhi dan
menyebabkan mereka memilih untuk bersara di sekolah ini.
Falsafah
:
Situasi kerja yang kondusif, harmoni serta
ceria boleh mempengaruhi sebahagian individu untuk berkhidmat bagi jangkamasa
lama di sesebuah organisasi. Mereka juga akan setia dan mempertahankan
organisasi mereka serta amat bangga dengan organisasi mereka. Mereka merasakan
diri mereka adalah sebahagian daripada entity organisasi dan ada peranan dan
fungsi untuk organisasi. Tetapi persoalannya, berapa ramai di antara kita yang
betul-betul meliliki sifat setia, bangga dan seronok sehingga ke hujung
perkhidmatan mereka di sesebuah organisasi. Apabila berlaku sesuatu yang tidak
menyebelahi mereka, maka mereka mudah menuding jari dan menyalahkan organisasi.
Malahan ada yang sanggup menjaja cerita di mana-mana tentang apa yang berlaku
dengan harapan orang melihat dirinya sentiasa betul dan segala kesalahan adalah
di pihak organisasi.
e.
(Jika masa mencukupi).
Fasilitator meneruskan arahan iaitu bergerak tiga langkah ke hadapan orang yang
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun ini dan tahun lepas (2007
dan 2008). Fasilitator mengajak guru-guru lain menepuk tangan dan member ucapan
tahniah kepada mereka dan berharap mereka meneruskan kecemerlangan sampai
bila-bila. Seterusnya fasilitator meneruskan arahan iaitu bergerak dua lagi
langkah ke hadapan orang yang mendermakan sebahagian gaji yang diterima untuk
ibu bapa, adik beradik, saudara mara, rakan sekerja yang memerlukan bantuan
atau orang-orang yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, ibu-ibu
tunggal, rumah kebajikan atau kepada mana-mana organisasi. Jika ada tidak lebih
daripada tiga orang guru, fasilitator menganugerahkan buah epal dan mengucapkan
tahniah dan syabas kepada mereka dan teroka mereka mengapa mereka mendermakan
wang tersebut kepada orang-orang tertentu.
Falsafah
:
Bagi sesetengah individu, penghargaan dan anugerah
yang diterima patut dikongsikan bersama orang lain. Mereka menganggap bahawa
setiap orang dalam sesebuah organisasi adalah amat penting dan mereka mempunyai
peranan masing-masing. Peranan dan fungsi mereka turut menjadi penyumbang
kepada kecemerlangan perkhidmatan mereka. Setiap manusia juga akan melalui fasa
turun naik (pusingan roda) dalam kehidupan. Sewaktu berada di atas jangan
sesekali lupa mereka yang berada di bawah yang memerlukan bantuan dan sumbangan
kita. Walaupun kecil nilainya tetapi besar ganjarannya di sisi tuhan.
2.
Fasilitator membuat rumusan
kecil dengan menerangkan tentang falsafah di sebalik aktiviti fasa 3
dengan mengaitkan Hirarki Keperluan Manusia berdasarkan Teori Maslow. Fokus
kepada keperluan Penghargaan Kendiri di mana manusia biasa akan berasa
perlu dihargai, dihormati dan merasakan
bahawa diri mere bernilai dan berharga kepada orang lain.Falsafah lain yang
boleh dihuraikan ialah :
i.
Setiap manusia ada kehendak
dan keperluan yang perlu dicapai untuk menruskan kehidupan dengan harmoni dan
sejahtera.
ii.
Setelah keperluan fisiologi,
keselamatan dan kasih saying dipenuhi, manusia memerlukan kepada keperluan
penghargaan kendiri sebelum mencapai tahap kesempurnaan kendiri.
iii.
Rasa dihormati, dihargai dan
diiktiraf mampu meningkatkan motivasi dan prestasi diri seseorang.
iv.
Setiap manusia adalah penting
dan berharga kepada orang lain. Mereka ada peranan dan tanggungjawab tersendiri
dan menyumbang kepada keberkesanan sesebuah organisasi.
v.
Manusia kebiasaannya susah
untuk memuji dan menghargai orang lain ketika orang itu berada dekat dengan
kita tetapi akan terasa kehilangannya setelah orang itu tiada di depan mata
atau telah meninggalkannya sama ada ke tempat lain lain atau meninggal dunia.
RUMUSAN
BESAR
Sebelum menamatkan ice
breaking, fasilitator perlu membuat rumusan besar (binding) terhadap apa yang
telah dilalui dan dialami oleh guru-guru.
1. Bermula
dengan fasa jelekit, matlamat utama adalah untuk merapatkan silaturrahim dalam
kalangan guru. Selain itu, tujuan utama fasa ini adalah mewujudkan suasana yang
ceria dan santai serta mengikis sifat malu yang keterlaluan dan memecah bending
perkara-perkara yang menghalang guru-guru daripada mewujudkan hubungan
interpersonal yang mantap melalui interaksi, tindakan psikomotor dan penerapan
semangat kerja berpasukan.
2. Fasa
penerokaan dan pendedahan kendiri bertujuan untuk guru-guru mengenal dengan
lebih dekat rakan-rakan sekerja mereka tentang beberapa perkara dari aspek
latar belakang dan personality mereka. Fasa ini member peluang guru-guru untuk
mengetahui tentang rakan sekerja mereka yang selama ini mungkin mereka tidak
tahu walaupun beekerja di bawah satu bumbung. Pengalaman mengenali rakan
sekerja dengan lebih mendalam diharap dapat membantu guru-guru untuk berinteraksi
dan berkomunikasi dengan lebih baik daslam kalangan rakan sekerja mereka selain
mewujudkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.
3. Fasa
penghargaan kendiri adalah untuk menghormati, mengiktiraf dan menghargai
sumbangan dan peranan guru-guru. Selain itu, fasa ini juga ingin menerapkan
sifat rasa bangga, rasa penting diri guru-guru terhadap sekolah. Masing-masing
ada peranan dan fungsi tersendiri dan setiap orang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah dan kecemerlangan pelajar-pelajar.
Fasilitator akhirnya
meninggalkan beberapa persoalan kepada guru-guru untuk sama-sama difikirkan dan
mencari jawapan kepada persoalan itu. Persoalan-persoalannya adalah :
i.
Selama ini, berapa kerap dalam
sehari kita menegur dan bertanya khabar rakan sekerja di dalam bilik guru?
ii.
Selama ini, berapa banyak
dalam sehari kita mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja di atas
peranannya di sekolah?
iii.
Selama ini berapa ramai rakan
sekerja yang sudah kita nyatakan rasa bangga kita kerana mempunyai rakan
sepertinya dan menyatakan bahawa mereka penting kepada kita?
iv.
Selama ini berapa kerap kita
telah memohon maaf di atas kesalahan yang pernah dilakukan sama ada secara
disedari atau tidak? Atau kita sebenarnya menunggu orang tersebut untuk meminta
maaf dari kita terlebih dahulu?Persoalannya ialah adakah kita sentiasa
berkesempatan menunggu orang itu memohon maaf dari kita atau kita yang memohon
maaf daripadanya?Atau kita amat yakin sempat meminta maaf pada hari raya akan
datang?bagaimana jika orang itu pergi meninggalkan kita dahulu atau kita yang
meninggalkannya terlebih dahulu…ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan
oleh tuhan untuk saling bermaafan antara satu sama lain sementara orang itu
masih berada di depan mata. Jika mereka telah meninggalkan kita sama ada
berpindah, nazak di hospital atau meninggalkan dunia maka segalanya sudah tidak
bermakna. Memang resmi manusia, jika orang itu sudah tiada , baru rasa menyesal
dan terasa kehilangannya..
(Jika ada kesempatan masa, di
akhir slot mainkan lagu dan para guru bermaafan dan berpelukan antara satu sama
lain (sama jantina sahaja) dari satu orang ke satu orang lain sehingga selesai
kesemuanya)