6 November 2022

Hi Tea Persaraan Puan Norah

Cerita hi tea mingu lepas sempena persaraan Kak Norah our GKMP Kemanusiaan. Baru 11 bulan berkenalan terasa mesra dan boleh get along dgn Kak Norah ni. 

Hari ini kami bersua di Sunway Hotel yg mana semua pentadbir meraikan Kak Norah . Bukan itu sahaja berisan mantan pentadbir juga dijemput bersama. Dapat chit chat dgn Kak Huda guru kaunseling sebelum ini dan juga Kak Ha mantan PK Koko sewaktu sy di SMK Cheras dulu. 
Rasanya aktiviti tak formal macam ni lagi baik untuk sesi bonding dan borak santai untuk guru baru seperti saya. 

Orait mmg kenyang betul ni huhu tersandar gak 😅.

Tahniah Kak Saadah terima menantu🌷
Bersama Kak Norah
Majlis persaraan Kak Norah pada 4 Nov lepas


 

Telegram Channel