5 November 2022

Jalan Jalan Cari Makan Di Kuching,Sarawak

Jadual kami sangat pack. Sebab kami attend simposium hingga petang kecuali hari kedua ada sampai malam. 
Terima kasih geng guru kaunseling yang menyantuni saya, bawa makan ke sana sini menikmati hidangan makanan Sarawak. 

Antara tempat tempat yg saya sempat pergi tentunya di Waterfront memandangkan hotel rasmi Kuching ialah di Riverside Waterfront Kuching. Jom scroll ke bawah antaranya Kek Lapis Mama Su yg mana kami boleh jalan kaki sahja ke sana.  Tapi hujan lebat maka grab je dgn RM 10 harga kalau tak hujan maybe RM 3 je kot grab ni. Macam macam perasa Punyalah borong sekotak masa wrap baru tau ada cawangan di Bangi yg hanya 10 minit je dari rumah saya huhuhu. 
Tapi tentunya air tangan dan packaging dari Sarawak tu ialah sesuatu yang lain kan. 

2hb Malam Gala makan sotong yg lupa nak tanya spesifik dari jenis apa macam plastik dan sup ikan masin . 

3hb Naib YDP MGK Sarawk Kak Hamisah and the geng bawa saya makan seafood di Topspot sebaik sahaja sidang petang selesai . Sayur maman , udang butter , ikan dan siput sedut masak kicap. Jgn lupa ada sup juga ..

Malam tu kenalan dari guru kaunseling Sarawak Abri bawa pegi jalan makan kat My Village Barok. Restoren unik dua tingkat sesuai untuk pelancong. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis ruang utk menempatkan tetamu. Dari jenis yg boleh duduk bersila hingga ke jenis duduk di kerusi. Suasana dalam restoren ni macam ala ala kampung dengan perabot dan hiasan dalaman. 

Sebelum balik ke hotel sempat lagi Abri bawa kami ke restoren IG gula apung aiskrim . Ada byk cawngn tapi yg lain berbentuk kiosk boleh beli utk bungkus bukan dine in. Kami pegi cawangan yg boleh dine in mmmg cantik deco dalamannya..

4hb hari dah nak balik ke KL. Pagi pagi lagi kami tunggu roti butter Mita panggilan org Sarawak. Saya tengok mcm kek . Takda Grab food amik order untuk hantar maka kena beli sendiri. Org Sarawak kata beli pagi pagi sbb lambat mmg habis. Kami borong 5 kotak je dan mmg betul by tgh hari dah habis huhu sbb ada kenalan yg usha kotak Mita kami, dia kata dia nak beli dah habis. Cantik packaging Mita ni utk gift dan mmg sedap  

Fight Air Asia kami delay hikmahnya AaQbolehla jalan tgk Regatta yg bermula hari ni. Pertama kali tgk acara Regatta menyebabkan perkhidmatan perahu ke seberang dihentikan seketika..sedangkan niat asal ke situ sbb nak naik perahu. 

Tgh jalan kat Regatta , Air Asia bagi notice flight delay lagi untuk kali ke 3. So kita jalan lagi ke tpt makan Cendol Mami. Beraneka jenis cendol seperti cendol tapai, cendol barli, cendol cincau hmm mcm 20 jenis je kot list cendol yg ada. Mkn makanan seperti rojak buah, kangkung sotong dan cucur campur ada buah keledek. Waa enjoy je ye. Lepas tu termengah mengah rushing ke airport haaa sblm tu sempat kami kaut kain Sarawak untuk tiga guru kaunseling kami. 








Mee kolok 


Roti MITA viral

Bonding time dgn exCherasian
Tahniah Kak Normah
Dewan Serbaguna Alam Damai

 

Telegram Channel