27 January 2023

Motivasi Dan Mohon Restu SPM

Esoknya program Motivasi anjuran UBK dan selepas itu slot Mohon Restu SPM bergandingan dgn Unit Peperiksaan. 

Saya menjemput ex student Muhammad Nasrul alumni 5D/2009 yg telah bekerja sebagai Senior Real Estate Negotiator untuk memberikan ceramah motivasi. Bagaimana pengurusan diri dan disiplin diri di sekolah dapat membantu untuk fokus akademik. 

Menjemput exstudent memberikan inspirasi yg signifikan kpd murid murid di sekolah sendiri. 

Selama 30 minit slot motivasi
diteruskan dgm ucapan pengetua 15 minit
ucapan PK Kokurikulum  15 minit momen terakhir sebelum bersara wajib Feb nanti. 

Acara salam mohon restu diteruskan dengan guru guru berbaris di hadapan murid dimulakan dgn pengetua, barisan pentadbir dan guru guru. Kelas 5M memulakan acara mohon restu SPM 

Saya mengingatkan adab murid murid memberi salam dengan memandang mata guru, ucapkan dengan ikhlas mohon kemaafan atas salah silap yg telah dilakukan sepanjang tahun. Mohon restu dan keberkatan guru untuk menghadapi peperiksaan. 

Tamat sesi bermaafan,saya juga memohon agar murid -murid mengelakkan dari konflik dgn ibu bapa sepanjang tempoh ini untuk keberkatan dan kesejahteraan emosi. 

Perlu menjauhi rakan rakan aura negatif yg masih lagi mengajak melakukan keburukan

Akhir sekali self love sayangi diri sendiri cakap yg baik baik pada diri sendiri. 

Good luck calon SPM 2022

Malam diadakan pula Solat Hajat anjuran panitia agama. Bila imam sendiri menyapa saya, terkejut sekejap huhu walau saya yg memberikan cadangan nama imam..tapi perubahan yg sangat ketara mantan rakan sekerja di Cheras dulu ini menyebabkan saya langsung tidak mengecamnya. Alhamdulilah yang penting semua orang sihat. Terima kasih Ustaz Nasrun terima pinangan akak utk imam majlis malam ni. 

Tq Cu tumpang rehat in between. 
Majlis Solat Hajat

Sesi tazkirah
 

Telegram Channel