31 December 2022

Regulasi Emosi Tahun 2022

Salam tahun baru 2023. Berkesempatan untuk update posting setelah hampir dua bulan senyap. Mari soroti apa yang saya rasa sepanjang tahun 2022

Perkara  menceriakan hari saya :)
Selaku Guru Pembimbing
Johan Video Kreatif Peringkat Zon Pudu Karnival Kaunseling WPKL
Naib Johan Video Kreatif Karnival Kaunseling WPKL
Tempat Ke 5 Pertandingan Penjelajahan Kerjaya Peringkat Zon Pudu WPKL


Selaku Peserta Pertandingan
Pengurusan Kaunseling Terbaik Peringkat WPKL
Tempat ke4 Pertandingan Inovasi Kaunseling WPKL
Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Kaunseling Peringkat Antarabangsa
Johan Amalan Terbaik Sahsiah Peringkat WPKL


Inovasi Konti PEER SMK Cheras  projek yg saya usahakan dari setting bilik konti, pembelian brg brg kemudahan bilik konti hinggalah setiap pagi menemani DJ di bilik konti 2021 hingga Mac 2022 bagi membiasakan mereka duty. Time PKP setting youtube PEER pula agar mereka sentiasa ada dan berfungsi. Request partner lama Rozi untuk masuk pertandingan bawa projek konti ni kerana mmg saya aim utk tahun 2022 bagi simposium HEM . Alhamdulillah projek ini Menerima Naib Johan Inovasi Kaunseling KL dan Johan Amalan  Terbaik Psikososial. Semoga projek ini diteruskan dgn imej yg lebih segar 
Dah masuk sekolah baru pun .dipanggil oleh YDP PIBG untuk penyerahan sijil dan baucer koop kerana berjaya mengutip yuran 100 peratus

Perkara yg membuatkan saya teruja 
Menjadi petugas pilihan raya dan mengalami sendiri bagaimana operasi ini dijalankan


Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

Saya sedang mengusahakan satu projek dan apabila reshuffle saya kena digerakkan ke sekolah lain, pause jap projek tersebut.  Tetiba eh! eh! tak gerak gerak terus hingga terbeku progress projek tersebut  untuk 8 bulan. nak start sambung balik projek tu ibarat menyeru dan menyeru semangat yg pudar.  


Perkara yg buat saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
Walaupun baru 8 bulan di sini, saya membawa nama UBK untuk ke peringkat negeri dan kebangsaan bagi Simposium HEM. Walaupun untuk peringkat kebangsaan, pertama kali tidak mendapat top 5 untuk pengurusan kaunseling kerana impak yg kurang dlm 8 bulan ni.. namun terubat dgn inovasi kaunseling pingat emas peringkat antarabangsa. 
result amalan terbaik sahsiah yg mana UBK kami akan mewakili KL juga di perungkat kebangsaan yg mungkin akan dipertandingkan 2023 nanti. 



Perkara yg membuatkan saya sedih

Tahun ini graf emosi saya berada pada regulasi emosi yg paling rendah 

1 Feb kematian kawan dalam keadaan tragis pada tarikh yg signifikan pada saya...maka semakin melekatla tarikh ini dalam minda saya

Mac digerakkan ke sekolah lain oleh JPN setelah 22 tahun di SMK Cheras...short notice 3 hari dalam keadaan PKP dan tidak sempat berjumpa dgn murid murid to say good bye. Rasa mcm mimpi je dgn suasana kerja baru dan emosi seronok bekerja kena diri sendiri pujuk setiap hari.
Team baru saya di SBS Faizah dan Loh

Hari pertama raya hingga sebulan juga dalam mood sedih kerana sekali lagi ujian kehilangan juga dalam keadaan yg tragis. Menangis bersungguh sungguh dan dalam situasi traumatic event for me kerana mengalirkn air mata  pertama setiap kali teringat..esp dlm tempoh 3 bulan selepas kejadian

Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
Reshuffle dgn Nabira dari SMK Cochrane. Kami sama sama posting dan tidak pernah digerakkan selama 22 tahun. Dapat mesej dari Nabira dia kena gerak ke SMK Cheras. Waktu ni saya tgh cuti kuarantin covid... hmm sapa pulak antara kami ber3 yg akan dikeluarkn dari Cheras memandangkan saya tidak dapat surat lagi ketika ini. Notis  pindah berkuatkuasa 3 hari lagi 

Perkara yang membuatkan saya menarik nafas panjang..hembus ..tarik nafas lagi huhu

Team PRS di sekolah baru ini ada 4 orang ahli sahaja dgn PKP tahun 2020 hingga 2022 tiada ahli baru yg diambil. Saya datang dari sekolah Cheras yg mmg gah selaku Ikon PRS dan menjadi lawatan penandaaras kerana kejayaan PRS penarafan cemerlang negeri dan kebangsaan nampaknya di sini saya perlu bermula dgn 1 kembali menjenamakan PRS. Dengan kekuatan 4 orang ahli pada hari saya mendaftar masuk ke sini saya create aktiviti mengalukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah  terlebih dahulu. 

Perkara yg membuatkan saya blur
Perkara biasa yg dibuat tetapi prosedur kerja tak sama di sekolah baru. Maka mendiamkan diri dan say ya ya adalah lebih baik dari query kenapa mcm ni, knp mcm tu untuk kesejahteraan emosi dulu. Bila dah blur follow je bila disuruh buat A buat A. Suruh buat B follow juga buat B, bila tiada arahan dok diam diam  dulu sementara nak memandai tahun kedua nanti huhuhuhuhu. 

Perkara yg buat saya malas
Oh ya saya memang ada masalah MALAS dan kurang semangat dgn regulasi emosi yg kerap rendah tahun 2022. Maka  nak uodate blog tahun 2022 memang terasa MALAS dgn masa yg semakin mencemburui...tapi saya ok je reply messenger dan follower yg nak bahan. Bagi yg nak akses bahan baik pm saya dulu nama bahan dan nama email yg anda guna utk akses dan date yg anda request sbb utk sy approve mmg tak sangup dgn deretan approve setiap hari dari tiga email yg berbeza. Mana yg saya boleh bantu saya cuba dgn pm ye. Insha Allah..
 Mari doakan saya rajin semula tahun 2023 dan seronok ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Šuntuk rajin update semula. 

Selamat tahun baru semua. Menghabiskan sisa sisa 2022 ini dengan pakej demam batuk selsema ๐Ÿ˜…. 
Semoga 2023 ini memberi kesihatan terbaik, keceriaan yg signifikan untuk dikenang. 


 

Telegram Channel