23 March 2023

Kertas Kerja Motivasi Dan Smart Study Ting 4 Oleh Osman Affan



PENGENALAN

 

Murid –murid tingkatan empat adalah kumpulan murid yang akan berada di peringkat menengah atas . Pada minggu pertama persekolahan sesi 2023 ini, program motivasi dan hala tuju murid akan dijalankan supaya murid-murid tingkatan 4 lebih bersedia melangkah ke tingkatan 4. Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk mereka bersedia dengan pembelajaran yang lebih sukar. Diharapkan slot ini dapat meningkatkan lagi semangat untuk konsisten hadir ke sekolah dan menjalankan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dengan persediaan seawal minggu pertama persekolahan, maka murid-murid dibimbing untuk meneroka keupayaan dan potensi diri masing -masing berdasarkan minat dan keupayaan berada di dalam pengaliran kelas yang telah diagihkan.  

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi dan sahsiah murid untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah dan segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah dalam keadaan minda  dan emosi yang sejahtera.

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 24  Mac  2023 di Sanggar Bijaksana

 

4.0        SASARAN

Semua murid tingkatan 4 SMK Seri Bintang Selatan

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Mengenal pasti keperluan murid melalui senarai semak keperluan murid dalam meningkatkan motivasi dan sahsiah murid.

2)        Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan sahsiah dan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas tamat persekolahan

 

 

 

 

 

 

 

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

 

Output

Murid mengetahui mengenai potensi masing – masing dalam  pencapaian akademik murid

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam kehadiran ke sekolah, mengamalkan budi pekerti yang mulia dan komited dalam menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang untuk murid.

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

       

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi                : Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)

           Naib Pengerusi       : Pn Sabidara Binti Mahmud

                                             Penolong Kanan HEM

Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras Ting 4    : Encik Chow Swee Ching

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Dokumentasi Dan Penilaian

Puan Loh Chin Ying

 

Menyediakan dokumentasi program

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

AJK Makanan

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan makanan kepada peserta program

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     23 Mac 2023 (Khamis)

                    

                     Slot 1

                     7.30 pagi  - 8.00 pagi         : Taklimat Hala Tuju Murid

8.00 pagi – 10.00 pagi       : Ceramah Ting 4M,4K,4J DAN 4G

 

Slot 2

10.00 pagi – 10.30 pagi     : Taklimat Hala Tuju SPM

10.30 pagi – 12.30 t/hari    : Ceramah Ting 4A,4B,4C DAN 4D

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

LCD tidak berfungsi

Masalah teknikal

Menggunakan dua jenis LCD untuk persediaan awal

Puan Nurhaiza

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan HEM,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 

 

Salam 1 Ramadhan 





 

Telegram Channel