Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan pentadbir, guru" dan rakan" yang dikasihi. Saya Adriana dan saya Faid Hadi dan kami merupakan ahli Skim Lencana Anti-Dadah pada tahun ini. Berdirinya kami disini adalah kerana kami ingin menyampaikan sebuah cerita tentang kesan buruk vape pada diri .
Ramai anak muda percaya tiada kesan buruk terhadap tabiat menghisap vape. Namun bahan terlarang ada di dalam cecair termasuk nikotin. Ramai percaya cecair ini hanya perisa tanpa menyedari ia mengandungi nikotin yang sangat berbahaya bagi kesihatan dalam jangka masa panjang.
Ketagihan pada nikotin sangat bahaya kerana ia memberi kesan ketagihan. Masa yang sama ia mempengaruhi saraf serta otak seseorang dan lama kelamaan amat sukar untuk seseorang itu melepaskan diri daripada ketagihan. Fromalin, timah, merkuri, timbal dan juga bahan perasa lain yang juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser.
Namun selagi belum sakit, selagi itulah tiada kesedaran timbul. Satu perkongsian dari pengguna facebook, ingin menimbulkan kesedaran pada anak muda yang masih ketagih menghisap vape.
Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada menghisap vape dan merokok.
Spontaneous pneumothorax ialah komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini mengakibatkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke empat.Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru- paru saya seperti biasa.
Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita bertapa bahaya nya vape ini. Dulu saya seperti anda semua juga tidak mengambil endah. Tapi selepas saya sudah kena, saya amat menyesal akan perbuatan saya.
Berdasarkan kisah ini, kita perlulah mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Dadah Durjana
Dadah durjanaKau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara
Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.