10 June 2023

Kertas Kerja Kursus Asas Tahap Bongsu PRS 2023



Hari ni buat kursus pada PRS yang tidak mengikuti kursus secara dalam talian. Dari 35 orang, seramai 20 orang sahaja yang dipilih mengikuti kursus bersemuka ni alternatif bagi yang tidak mengikuti secara dalam talian agar tidak ketinggalan jauh. 



1.0          PENDAHULUAN

 

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di sekolah merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah murid. Oleh itu, guru kaunseling memerlukan murid yang mempunyai komunikasi yang berkesan di kalangan murid agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah. Mereka yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan komunikasi agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan murid-murid lain di sekolah. Selain itu, mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid.

 

 

2.0     Matlamat

         

          Meningkatkan kemahiran PRS untuk membantu rakan dengan kemahiran

komunikasi dan menolong dengan kursus yang diberi.

 

 

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

          10 Jun 2023 / 8.00 pagi – 2.00 petang/ Galeri Wawasan

 

 

4.0      SASARAN   

           20 murid PRS

5.0       OBJEKTIF

1)       Meningkatkan kemahiran  PRS seperti kemahiran  menolong, kemahiran  komunikasi  dan lain-lain.

2)             Mengaplikasikan kemahiran membantu dengan lebih baik dalam

membantu murid lain.

 

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

 

Output

Murid mengetahui mengenai kemahiran asas menolong

Outcome

Murid mengaplikasikan kemahiran menolong dengan berkesan sebagai agen guru kaunseling

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

            Sumber Kewangan:

            PCG Kaunseling:        RM 10.00  x  20 orang                 =          RM    200.00

 

            Perbelanjaan

            Pakej makanan           RM 10.00  x  20 orang                =          RM    200.00

 

 

8.0       JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                              : Puan Norlela Binti A. Wahid

Timbalan Pengerusi             : Puan Sabidara Binti Mahmud

Setiausaha                            : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

 

AJK Kerja

AJK Pendaftaran/Makanan    : Pn Norfaizah Binti Mohamad

AJK Sijil                                       : Cik Lily Norliyana Azfar Binti Norli

                                                     : Cik Intan Faridah Nabela Binti Azmi

AJK Modul/Dokumentasi       : Pn Nurhaiza Bt Che Mat

AJK Penilaian                           : Puan Loh Chin Ying

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     10 Jun 2023 (Sabtu)

                    

                     7.30 pagi  - 8.00 pagi         : Pendaftaran

8.00 pagi - 8.20 pagi          : Ice Breaking

                     8.20 pagi – 9.00 pagi         : Slot 1 : Konsep Kendiri

                     9.00 pagi – 9.40 pagi         : Slot 2 : Salasilah Keluarga

                     9.40 pagi – 10.20 pagi       : Slot 3 : Halangan Komunikasi

                     10.20 pagi – 10.50 pagi      : Rehat

                     10.50 pagi – 11.30 pagi      : Slot 4 : Asas Komunikasi

                     11.30 pagi – 12.10 t/hari     : Slot 5 : Perkembangan Remaja

12.10 pagi – 12.50 t/hari    : Slot 6 : Media Peribadi

12.50 t/hari – 1.30 t/hari     : Slot 7 : Team Building

1.30 t/hari                          : Penilaian program          

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

LCD tidak berfungsi

Masalah teknikal

Menggunakan dua jenis LCD untuk persediaan awal

Puan Nurhaiza

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0          PENUTUP

Kursus   PRS  ini diharapkan dapat  dijalankan dengan jayanya dan diharapkan ahli PRS dapat memenuhi kedatangan yang ditetapkan selepas kursus ini agar mendapatkan input lanjut untuk melengkapkan diri sebagai pelajar yang dapat membantu pelajar lain.

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan HEM

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 

Congrats AJK PIBG sesi 2023  

 

 


 

Telegram Channel