13 December 2025

KERTAS KERJA LAWATAN MURID KEHADIRAN PENUH KE SEKOLAH 2025

 

PENGENALAN

Program ACT SMART diperkenalkan untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada sesi persekolahan 2025/2026. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. Murid yang hadir penuh akan diberikan ganjaran lawatan.



2.0      MATLAMAT

          Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah sesi persekolahan  2025/2026

3.0      TARIKH/ MASA/ TEMPAT

        9 November 2025

4.0      SASARAN

          80 orang murid kehadiran penuh sesi persekolahan tahun 2025/2026


5.0      OBJEKTIF

          Melalui ganjaran dalam program ACT SMART :

1.    Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka   merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.

2.    Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk        kehadiran penuh

3.    Murid dapat dianugerahkan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah.


6.0      KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran

Outcome

Peratus kehadiran murid hadir penuh ke sekolah 2025/2026 meningkat

 

7.0     IMPLIKASI KEWANGAN

  

SUMBER KEWANGAN

         

BIL

PERKARA

SUMBER

BUTIRAN

1

Pengangkutan

PCG Kaunseling

 

2

Tiket Masuk

PIBG

 

Jumlah

                                       

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Puan Mardiana Binti Md Nor

                                            Penolong Kanan Pentadbiran

          Naib Pengerusi       : Puan Laili Norani Binti Mamat

                                            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Setiausaha                :Puan Norfaizah Binti Mohamad

          AJK Pendaftaran     : Puan Loh Chin Ying

          AJK Pengangkutan  : Puan Nurhaiza Binti Che Mat


9.0     STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1     URUS SETIA/PENCERAMAH

          Unit Bimbingan Dan Kaunseling

        

9.2     JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

 

          9 Disember 2025 (Selasa)

          7.30 pagi       : Sarapan pagi Dan Pendaftaran

          8.00 pagi       : Bergerak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya dari SMK Seri

                                  Bintang Selatan, KL

          9.00 pagi       : Tiba di Taman Warisan Pertanian Putrajaya

                               : Meneroka aktiviti

          10.30 pagi   : Bertolak dari Taman Warisan Pertanian Putrajaya ke BERLYS

                                 Chocolate Serdang Selangor

          11.00 pagi    : Tiba di BERLYS Chocolate Serdang Selangor

          12.30 t/hari   : Bertolak dari BERLYS Chocolate Serdang Selangor ke SMK

                                 Seri Bintang Selatan

          1.30 t/hari    : Tiba di SMK Seri Bintang Selatan

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kemalangan

Kecuaian

Membawa murid mendapatkan rawatan

Guru pengiring

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti

1. Borang Penilaian Peserta

2. Borang Maklum Balas AJK

b) Pemantauan Pencapaian Outcame

1. Melalui APDM : Peratus Kehadiran Murid




12.0    PENUTUP

          Diharapkan agar program ganjaran ACT SMART ini berjalan dengan lancar   dan mencapai objektif yang diharapkan.


 

Telegram Channel