15 November 2026

Program Pasca UASA ; Unlock Your Potential

Hari ni jadi tokey fun fair iaitu makanan minuman Karnival Koperasi  oleh AJK Koop dan pengusaha booth . Sambil makan minum, team pentas yg dikendalikan oleh UBK dan PRS menganjurkan Unlock your potential.  Dua mingu promosi dijalankan oleh PRS untuk mendapatkan peserta yg dapat mempamerkan apa sahaja bakat. oh ya PRS juga buka kaunter claim hadiah birthday untuk penggal kedua.
Antara bakat membuat dan mengedit video Deepavali


1.0            PENGENALAN

Program Unlock Your Potential merupakan satu program pembangunan potensi diri yang dirancang bagi membantu murid mengenali kekuatan, bakat dan kebolehan diri masing-masing. Program ini memberi penekanan kepada pembentukan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan, pemikiran positif serta motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Melalui pelaksanaan program ini, murid akan diberi peluang untuk meneroka potensi diri, membina keberanian mencuba sesuatu yang baharu dan meningkatkan keupayaan diri agar dapat menjadi individu yang lebih yakin, berdaya saing serta mempunyai hala tuju yang jelas. Setiap murid mempunyai potensi dan keistimewaan tersendiri. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang masih belum menyedari kelebihan diri, kurang keyakinan dan tidak berani mengetengahkan kebolehan yang dimiliki. Sehubungan itu, program ini dirancang sebagai satu inisiatif untuk mencungkil potensi murid melalui aktiviti yang menarik, interaktif dan bermakna. Program ini diharapkan dapat membantu murid membina kepercayaan terhadap kemampuan diri serta berani melangkah ke arah kecemerlangan.

 

2.0       MATLAMAT          

Melahirkan murid yang mengenali potensi diri, mempunyai keyakinan yang tinggi, berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah diri.

 

Bakat wusyu
Aerodance

  3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT       

Tarikh                : 13 November 2026

Masa                  : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat             : SMK Seri Bintang Selatan

 

Tutorial make up

 4.0       SASARAN                                    

             Semua murid SMK Seri Bintang Selatan

 

Nyanyian
Main drum

 

5.0       OBJEKTIF

Di akhir program,

  1. Murid dapat mengenali dan menghargai potensi serta kelebihan diri.
  2. Peningkatan keyakinan dalam berkomunikasi dan berinteraksi pada murid.
  3. Murid mempunyai sikap positif dan berani mencuba perkara baharu.

 

Membina model kereta
menyanyi dan bermain gitar

 6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output

Murid -murid dapat dicungkil potensi diri mempersembahkan pelbagai bakat yang ada.

Outcome

Tidak terhad hanya murid tertentu sahaja yang sering membuat persembahan malahan kepada lebih ramai pilihan bakat yang boleh diketengahkan.

 

                                Menyanyi            

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN


 

 

 

 

 

 8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

            AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                       :             Puan Hadilah binti Abdul Hamid

Naib Pengerusi 1         :             Puan Ummi Kalthum binti Haji Mohd Rais

Naib Pengerusi 2         :             Puan Mariana binti Zaini

Naib Pengerusi 3         :             Encik Mohd  Zullzailah bin Zakaria

Setiausaha                    :             Puan Nurhaiza binti Che Mat

1

AJK Pendaftaran

Puan Loh Chin Ying

Mempromosikan penyertaan murid melalui Kumpulan kelas Whats App dan Telegram kelas.

2

AJK Persembahan & Teknikal

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menguruskan murid -murid yang membuat persembahan

3

AJK Peralatan

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan peralatan dan prop yang diperlukan oleh persembahan

4

AJK Makanan

Puan Loh Chin Ying

Menguruskan kupon makanan dengan JK Koperasi sekolah untuk murid-murid yang membuat persembahan

5

AJK Teknikal

Muhammad Nazrin Bin Rosnan

Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik

6

AJK Disiplin

Azham Bin Abas

Muhammad Izzwan Alif Bin Rosdee

Azam Muzaffar Bin Ahmad Mokhtar

Menyediakan kawalan disiplin murid sepanjang program berlangsung

7

AJK Pengacara Majlis

Puan Norfaizah Binti Mohamaad

Melatih murid untuk pengacaraan majlis

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

             Persembahan Kumpulan

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

            Unit Bimbingan dan Kaunseling

          

 

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

   Jumaat

11.30 pagi- 12.30 tengah hari

Ucapan pengacara majlis

Persembahan

Bersurai

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal

PA Sistem yang tidak berfungsi dengan baik

Ada PA Sistem yang lain yang dapat alternatif jika kerosakan pada PA Sistem utama

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 

 



 

Telegram Channel