12 March 2026

Taklimat Jom Jadi Guru Cemerlang Peringkat Bangsar Pudu

Taklimat Jom Jadi Guru Cemerlang Peringkat Bangsar Pudu

Hari ni calon calon guru cemerlang yg dicalonkan sekolah atau SSIC berkumpul di SM Teknik KL peringkat daerah Zon Bangsar Pudu. Ada seramai 80++ calon GC daerah yg berkumpul hari ini . 

tahun ini penambahbaikan dari pihak nazir, promosi permohonan GC digiatkan dan jerayawara peringkat negeri dilakukan sblm iklan keluar. Jadi persiapan lebih lama dapat dibuat dan proses memujuk dan memotivasikan calon GC untuk memohon juga lebih panjang...ahakss. 

Slot saya bentang slaid untuk dibentang depan nazir..Guide calon bina slaid dgn faktor WOW dan dalam masa sama bilangan slaid hanya 10 dan masa bentang hanya 15 minit depan nazir 

Semoga anda berjaya dalam laluan ini dan join kami family MGCKL

Majlis Pelantikan PRS

Majlis Pelantikan PRS

Tahniah bagi yg terpilih menjadi PRS dan terima kasih buat PRS Ting 5 secara rasminya dipencenkan. 
terima kasih atas sumbangan dan jasa anda sepanjang perkhidmatan 
terima kasih banyak bantu UBK.

Batch baru PRS semoga anda bersinar🥳 sahsiah terpuji




9 March 2026

Minggu Kerjaya STEMpathy

Minggu Kerjaya STEMpathy

Antara aktiviti yg kami jalankan sepanjang Minggu Kerjaya ialah
pameran IPTS
-Ceramah Hala Tuju Kelas Sains Sosial
-ceramah menulis resume dan hadiri temuduga
- bengkel STEM Ting 1
Semoga ilmu yg diberi mendapat insigjt learning kepada murid sasaran

14 February 2026

Bengkel dan Mesy Perkhidmatan  AJK MGKK kali 1/2026

Bengkel dan Mesy Perkhidmatan AJK MGKK kali 1/2026

Hari pertama Berbengkel Penyelarasan Program MGKK bersama MMU dan ada satu event yg akan dijalankan di MMU peringkat kebangsaan. 
Manakala ada satu webinar dan aktiviti antara Biro Program Murid atau Biro Profesionalisme MGKK dgn MMU . sesi fotografi dahulu manakala bengkel pada hari ketiga. 
Sebelah petang hari pertama taklimat dari En Pilus selaku pegawai HEM di BPSH, KPM. Penerangan aktiviti peringkat kebangsaan dan isu semasa
Terima kasih MMU pamplet dan brosur terkini MMU dan cenderamata t-shirt kolab MGKK MMU 
hari kedua slot UPU selama 2 jam. Terima kasih UPU
Taklimat dari JPA selama sejam mengenai penajaan dan prosedur terkini pada hari kedua
Taklimat dari penajaan MARA selama sejam hari kedua. Format terkini penajaan MARA pada hari kedua
Mesyuarat dalam Biro pada hari ketiga . Pembentangan aktiviti kepada biro biro lain.
Mesyuarat Pengurusan MGKK kali 1/2026
Pada hari kedua di sesi petang pukul 2.30 hingga 5.30 petang dengan sesi perkongsian Cikgu Ridz ke UK.
En Ariq dari SUKSES bentang date jelajah SUKSES


Perjumpaan MT dgn Pengarah BPSH

Aktiviti santai malam kami ke rumah mantan YDP Putrajaya yg cuti sakit. 



12 February 2026

Mentor Mantee 4 :Penetapan Target Akademik

Mentor Mantee 4 :Penetapan Target Akademik

Mentor mantee 4 Penetapan Target akademik dianjurkan UBK dan Unit Peperiksaan . 

Dimulakan dgn taklimat oleh AJK Unit Peperiksaan mengenai TOV , ETR berdasarkan KPI kepada guru Ting dan mentor. 

perkongsian data TOV dan ETR oleh Unit Peperiksaan kpd semua guru

pengedaran kertas penetapan target kepada murid murid oleh guru kelas atau mentor sewaktu slot mentor mantee 4 Penetapan target

Akujanji bersama ibu bapa sewaktu Hari Penetapan Target Ibu Bapa pada 14 Mac 2026



Taklimat guru

 

Telegram Channel