Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

16 September 2021

Spektrum Kesihatan Mental : Webinar MGCKL

Spektrum Kesihatan Mental : Webinar MGCKL

Selamat Hari Malaysia

Assalammualaikum Dan Selamat Hari Malaysia. 
Hari ini bertindak selaku panel untuk tajuk Guru Dan Pandemik: Bersangka Baik Jangan Stress! 
Saya belajar sesuatu juga dari Dr Sangeeta
Pengasas Emerging Journey Asia yg fokus kesihatan mental. 
Ilmu yg sy belajar hari ni dari panel hari ni ttg Spektrum Kesihatan Mental

Kategori Krisis 
Sangat risau
Sangat rendah mood
Ponteng
Keletihan
Very poor sleep
Berat badan turun


Kategori Struggling
Kerisauan
Kemurungan
Keletihan
Performance rendah
Poor sleep
Prestasi kerja yg rendah

Kategori Surviving
Risau
Nervous
Susah tidur
Sad
Irritable
Terganggu
Menarik diri

Kategori Thrieving
Positif
Calm
Performing
Sleep well
Eat normally
Normal sosial activity


Kategori Excelling
Cheerful
Joyful
High Performance
Energetic
Flow
Capai potensi yg ditetapkan

Yang mana satu kategori anda? 
Kita boleh berada pada tahap excelling hari ini tetapi esok mungkin surviving. 
Yg pasti jgn lebih dua minggu kita berada dalam keadaan surviving. Dapatkn bantuan atau bercakap dgn seseorang

Jom ikuti webinar dari Majlis Guru Cemerlang KL


Selamat hari jadi Liza
Semoga impian tercapai
Selamat hari jadi buat adik
Semoga kesihatan terbaik

10 September 2021

Rakan Bantu Rakan: Sayangi Diri Hidupkan Harapan

Rakan Bantu Rakan: Sayangi Diri Hidupkan Harapan


Buat jaringan dengan SMK Cochrane untuk aktiviti Minda Sihat yang mana tajuk Rakan Bantu Rakan fokus kpd PRS membantu rakan yg mempunyai masalah kemurungan. Cara berkomunikasi secara lisan dgn bukan lisan utk berhadapan dgn murid ini. 

Sempena hari ini adalah hari Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri


Antara intipatinya:
Kriteria tingkah laku rakan yg perlu diberi perhatian awal
Pernyataan pernyataan dari kawan setelah dua minggu dlm kemurungan. 
Cara mendekati kawan kawan yg perlukn pertolongan. 

Semoga membantu

Happy birthday kak Raudzah
Semoga yg baik baik muncul dalam hidup


27 July 2021

PEER Siri 6 : Serlahkan Potensi Diri

PEER Siri 6 : Serlahkan Potensi Diri

Musim baru PEER untuk Siri 6 hingga 11 saya minta murid pula yg memberikan panduan. Saya guide tajuk yg sesuai dan mereka akan cari dan skrip saya akan semak yg mereka akan gunakan.
Pembuka PEER musim baru ini saya gunakan video Lutfan yg mendapat naib johan dalam pertandingan video inspirasi motivasi peringkat JPWPKL tahun lepas. 
Saya share link youtube  di sini

Klik link youtube di bawah.





Selamat hari lahir abah
Semoga sihat dan dilindungi Allah SWT
Hug dari jauh buat abah....

update 2 ogos

23 July 2021

Motivasi Pendidikan: PdPR Takdir Yang Menyakitkan

Motivasi Pendidikan: PdPR Takdir Yang Menyakitkan

                                            


   Link berikut:  https://youtu.be/zxxOWX70THQ



Assalammualaikum dan salam Khamis:)


Hari ini saya dijemput oleh Unit JAWI untuk motivasi siri pendidikan bersama JAWI bagi topik PdPR Takdir Yang Menyakitkan...seriau juga dengan tajuk ni tapi saya cuba memandangkan hubungan baik saya dengan JAWI dari tahun lepas lagi membantu dalam siri psikososial dan kesihatan minda bagi warga Kuala Lumpur.

Saya memulakan dengan istilah konsep VUCAH dan bagaimana guru dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kini.

Saya kongsikan mengenai 4 tindak balas psikologi dalam tindak balas kerana distress iaitu fawn, freeze, fight atau flight. Dimanakah anda berada?

Kredit untuk kakak saya Nurhema Che Mat . Saya ambil dari grafik instagram psikologi_wanita yang baru di set up olehnya. Boleh follow lepas ni..

Strategi self care 

Semoga membantu.


Salam Takziah buat guru kaunseling SABJK ...semoga ditempatkan dalam kalangan org yg beriman..#covid19

3 July 2021

Peranan Guru Kaunseling Meningkatkan Motivasi Murid Hadir PdPR

Peranan Guru Kaunseling Meningkatkan Motivasi Murid Hadir PdPR

 

Salam Sabtu!


Hari ini saya selaku ahli Majlis Guru Cemerlang KL berkerjasama dengan pejabat pendidikan daerah sentul menjalankan webinar mengenai boost up kehadiran murid dalam tempoh PdPR. 

Mengetengahkan peranan guru bimbingan kaunseling sebagai sistem sokongan bagi guru -guru menarik murid untuk masuk ke kelas.

Saya kongsikan antara amalan terbaik kami di sekolah bagi meningkatkan boost up kehadiran murid daei Mei ke Jun dengan peningkatan mendadak dengan sokongan dari perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kpd pengurusan akademik sekolah.

Saya sharekan link perkongsian saya difacebook PPD Sentul. 

http://www.facebook.com/ppwskl


Tengah syok bercakap rupanya dah lag...dah 9 slaid saya bercakap tapi tengok kat hp kenapa moderator yang keluar huhuhu rupanya dah terkeluar saya dari streamyard kerana line yg tak stabil.

Dari bilik tingkat atas, berlari ke dapur tempat yang paling kuat line internet ..konon kononlah. Mau 5 minit gak gap masa saya lag jenuh moderator masuk cover line.

Pengalaman satu perkara yg saya tak berapa suka live waktu petang..

Yang dibawah merupakan aktiviti kami untuk mengesan keciciran murid dengan program SOLIDARITI Cherasian.



Digerakkan awal Jun apabila kehadiran PdPR Mei yg tidak memuaskan. Peratus kehadiran tertinggi 5 Farabi hanya 87 peratus manakala murid 3 Intiaz di tempat kedua jauh jaraknya dgn 75 perstus sahaja. 

Saya memohon agar semua guru subjek post nama murid yang tidak hadir atau hadir (yg mana paling sikit) untuk di up dalam group whatsappp induk kelas.Ia bukanlah sesuatu yg rahsia untuk group kelas tersebut krn rakan rakan yg lain sudah maklum setiap kali online. Setiap guru subjek mempunyai channel tele atau whatsapp masing masing. Saya mohon agar update nama di group induk. Bukan sekadar bilangan semata - mata. Ia menunjukkan solidariti iaitu murid tahu setiap guru subjek tau patern kehadiran murid kelas tersebut.  Oh ye kami guru kaunseling berada dalam semua whatsapp group. saya in charge group ting 5 2020 dan group ting 5/2021 sebanyak 18 buah kelas. Rozi berada di 18 buah kelas ting 4 dan ting 3. Azlina berada dalam group whatsapp kelas ting 2 dan ting 1. Jadi kami boleh nampak pattern budak masuk keluar dan crosscheck murid murid yg langsung tak muncul, yang jarang -jarang muncul atau murid kejap ada kejap takda. kami akan memulakan intervensi sebelah petang pukul 5 ptg hingga ke malam iaitu waktu murd murid aktif online dan ibu bapa juga dah berehat bagi yg bekerja tu. 

Aktiviti SOLIDaRITI ini boost up kehadiran kerana peningkatan peratus kehadiran murid dlm PdPR berbanding Mei 2021. Guru guru subjek up nama dan UBK sbg sistem sokongan akan buat crosscheck dan menjalankan intervensi sesi bimbingan bermula petang. 

Saya akan memberikan penghargaan bagi murid yg hadir . Murid yg telah dihubungi akan sentiasa diingatkn tentang kontrak diri mereka. Saya akan forward nama yg tak hadir kpd murid murid yg akan menjalani sesi intervensi pada hari tersebut dan memulakan sesi bimbingan. 

Murud murid semakin alert kerana antara tindakan yg akan dijalankan dgn memasukan ibu bapa dlm group whatsapp kelas dgn pemantauan maksimum dari ibu bapa. 

Aktiviti ini menyebabkan murid diperhatikan oleh semua guru. Oh ye kami tidak mengenakan hukuman kpd murid tetapi ingin membantu murid. 

Antara punca yg kami dapat kesan iaitu murid tiada gajet , maka kami sedang berusaha tebar surat permohonan ke sana ke mari memohon bantuan tab atau telefon bimbit. Buat masa ini , 4 tab sudah diperolehi..kami menunggu result permohonan kami dari pelbagai agensi utk mendapatkan 25 tab lagi dan 5 laptop terutama utk murid menengah atas.


bagi muird yg tiada line internet, kami bantu dengan tabung top up internet untuk murid. Maklumlah gerobok rezeki kami tutup dahulu memandangkan beras, tepung dan makanan rosak jika lama asyik PKP, PKPD, PKPP ke ..Lne internet berbentuk unlimited untuk sebulan. Hasilnya tadaaa mmg meningkat kehadiran murid murid ini  

Bagi yang bermasalah sikap tidak minat tu,  kami menjalankan sesi bimbingan dgn murid atau konsultasi dgn ibu bapa. Hasilnya dari jarang jarang kadang kadang...bolehla masuk balik dlm kelas dlm kuantiti yg byk sikit. Saya masih lagi betjalan dari group whatsapp ke group whatsapp yg seterusnya. Alhamdulillah yg mana kami dah singgah ada perubahan yg positif. Caiyok caiyook guru kaunseling semua...tak dapat semua..dapat yg kita tariik ke kelas dlm minggu itu dah dapat perubahan positif. 

Bagi yg tiada gajet kita cuba usahakan, ada masalah kesihatan seperti sakit kronik dan sakit yg lain kita reserve tepi dan murid yg ada gajet dan internet yg tu kita zoom. Andaikata intervensi murid dah, intervensi ibu bapa dah...murid masih tak masuk kelas...cikgu dah buat yg terbaik. 

Jangan lupa up kehadiran ye setiap bulan sama ada dlm bentuk poster atau video. Samaada penghargaan utk setiap tingkatan atau keseluruhan. Kami buat untuk setiap ting dan keseluruhan. Ganjaran utk kelas terbaik PdPR dan tiada hukuman utk yg rendah. Kunci kata raikan yg hadir..pujuk yg tidak selagi terdaya. Ambil tau...Dah buat intervensi touch masalah baru lah rasa lega tak tercari cari lagi knp mengapa. Yang tak dapat dihubungi pun ada..tapi nanti bila dah habis PKP..PKPD ni..kita buat intervensi  cari punca.

Saya kongsi mengenai pengisian UBK dengan slot tetap kami pula untuk murid murid sering dijentik emosi mereka untuk tetap mengikuti PdPR online.

Isnin : Program PEER offline yotube mengenai ekspresi emosi murid dan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling untuk menanaganinya. Ada google form juga disediakan untuk murid memberi respon dan ditagging sebagai program dalam e-rekod kaunseling


Selasa: Infografik ditebarkan bersama google form untuk murid memberi respon mengenai cara mereka menangani topik dalam infografik tersebut.



Rabu : Slot CARE online pukul 2.00 -2.45 petang secara google meet rotate setiap tingkatan. Satu tngkatan satu minggu untuk dibincangkan berkenaan dengan topik psikososial dan kesihatan mental dalam bulan Jun - Julai. Akan disambung pula dengan pemantapan sahsiah pada bulan Julai dan Ogos. Penilaian dan maklumbalas google form juga diberikan sebagai rujukan guru mencari klien.


Khamis : Soft skill google meet bersama pemimpin sekolah tajuk mengenai kepimpinan dan pembangunan sahsiah. 

Jumaat : Perkongsian PEER murid -murid mengenai satu topik yang diberi oleh guru kaunseling mengenai cara murid menangani survival masing-masing dalam topik yang dilontar oleh guru kaunseling. Maklum balas dari google form yang diberi pada hari Isnin program PEER dan guru kaunseling akan membuat sesi bimbingan pada hari Khamis untuk menjalankan sesi bersama murid untuk mengetahui cara mereka survive dan seterusnya mencari pemenang slot PEER minggu ini. Hari Jumaat perkongsian murid akan di up semula ke dalam semua group whatsapp kelas sbg panduan kpd murid murid lain utk melihat panduan dari rakan sebaya sendiri survive di musim pembelajaran secara PdPR ini. 

Ini slot tetap kami bagi sentiasa mengingatkan murid mengenai kepentingan penjagaan diri dan psikososial kesihatan mental.

Semoga terus istiqomah


Selamat hari lahir Johan..semoga berjaya dalam akademik dan kerjaya:)







 

Telegram Channel