Showing posts with label buku dan karya kreatif. Show all posts
Showing posts with label buku dan karya kreatif. Show all posts

31 October 2021

Pelancaran Buku : Isu Isu Kaunseling Dan Psikologi Dalam Norma Baharu anjuran PERKAMA

Pelancaran Buku : Isu Isu Kaunseling Dan Psikologi Dalam Norma Baharu anjuran PERKAMA

Sempena Penutup Bulan Kaunseling, pelancaran buku Isu Isu Kaunseling Dan Psikologi Norma Baharu telah diadakan secara dalam talian. 

Saya hanya selaku editor untuk penerbitan buku ini bersama team saya dalam poster tersebut. Hampir 30 penulis yg terlibat dalam memberikan input dalam buku ini. 
in sha Allah kami target akhir tahun ini boleh dipasarkan sekiranya tapisan akhir editing diluluskan.
Bulan ini terasa mcm student universiti buat banyak bacaan, semakan dan editing bahan bahan penulisan. 

Semoga dimudahkan urusan kami.

Bye Oktober
Always be my fav month of the year


Bye Oktober 
Will always be my fav month of the year

12 September 2021

Penerbitan Buku PERKAMA 2021

Penerbitan Buku PERKAMA 2021


Dilantik selaku editor untuk buku buku penerbitan PERKAMA. 
Team saya diketuai oleh Dr Mazli Sham selaku ketua editor untuk team penulis dari sekolah, IPG dan matrikulasi. 
Team Dr Rafidah mengetuai penulis dari pensyarah universiti.. 

Hari ini team kami buat taklimat terlebih dahulu didahului dgn 
Aturcara
9.00 pagi: Pendaftaran
9.05 pagi : Ucapan Aluan Moderator
                 : Bacaan Doa
9.10 pagi: Ucapan Perasmian Prof Dr Mansor B Abu Talib
Timbalan Presiden PERKAMA

9.30 pagi: Sesi Taaruf
10.00 pagi: Slot 1 : Pengenalan Buku oleh Dr Tan
10.20 pagi: Slot 2 : Pengalaman Dan Disiplin Dalam Penulisan oleh Tn Haji Saiful

10.50 pagi : Slot 3
Penulisan Buku oleh Dr Mazli
11.15 pagi : Sesi Soal Jawab
11.30 pagi: Bersurai

Part saya tukang buat poster..poster jemputan penulis, poster bengkel dijalankan. 
Hari ni jadi moderator. Namun cabaranya bila laptop takleh bukak sound so peserta takleh dgr suara saya. Maka kenalah pakai handphone untuk suara..muka maintain pendang laptop. Haha sbb saya host google meet dan hanya di laptop saya set up admit auto lagi mudah bukak.
Kami buka untuk 30 org lebih kurang dan mmg bukan buka penyertaan untuk beratus. 
Buku ini akan dilancar pada oktober dan masing masing buat 5 muka surat sbg satu penulisan yg bukan berbentuk ilmiah seperti kajian tindakan atau jurnal...bukan! 
Supaya pembaca dapat membaca cerita dgn santai dan dalam masa yg sama unsur intervensi yg digunakan dan cabarannya dapat dikongsikn. 
Terima kasih Prof
Slaid Tn Hj Saiful memotivasikan untuk terus menulis
Graf motivasi kita untuk menulis
Tema penulisan


Antara ahli ahli panel penulis dalam projek penulis bab dalam buku. Semoga semuanya berjaya menghabiskan tugasan yg diberi. 


Rushing to Perak..
Emergency call

28 February 2021

Bibliotherapy: e-book  untuk Murid Sekolah Rendah Memahami COVID -19

Bibliotherapy: e-book untuk Murid Sekolah Rendah Memahami COVID -19





Selamat Hari Minggu semua. Hari ini saya nak berkongsi mengenai bahan bacaan untuk murid murid sekolah rendah terutama tahap 1 darjah 1, 2 dan 3 yang akan memulakan sesi persekolahan esok. Saya berkongsi bahan Dr Haniza pensyarah UIA yang menyediakan ebook ini dalam bentuk flip untuk digunakan oleh anak -anak. Ada 19 muka surat yang sesuai untuk dibacakan atau dibaca oleh murid - murid 



Klik link berikut untuk akses ke ebook

https://online.fliphtml5.com/fnvpt/birb/ 

Versi BM


https://online.fliphtml5.com/fnvpt/aqkl/

Versi BI











Banyak cara nak bantu anak anak pra-sekolah & sekolah rendah utk faham tentang covid-19.

Ibubapa & guru-guru, cuba baca buku cerita ini bersama anak-anak. 

Sambil membaca terokai kerisauan & kebimbangan mereka. 

Beri mereka peluang untuk bertanya. 

Aktiviti interaktif menggunakan buku cerita atau bahan bacaan adalah satu strategi dalam kaunseling & pengajaran bahasa inggeris yg dinamakan biblio therapy. 


Khas untuk ibubapa, guru-guru dan GBK (Bimbingan dan Kaunselling) yang akan berhadapan dengan kerenah anak-anak untuk memulakan persekolahan esok. Semoga buku digital (e-book) ini dapat membantu anda. 


E-book dlm versi BM & English. 


Nantikan naskah terbitan buku ini dalam masa terdekat.

NOTA TAMBAHAN: Laras bahasa buku ini sesuai untuk murid pra-­sekolah dan sekolah rendah. Guru, kaunselor atau ibubapa boleh menggunakan buku ini untuk mendidik anak anak tentang COVID-­19 agar langkah berjaga-­jaga sewaktu wabak ini melanda negara. Galakkan anak-anak bertanya sambil meneroka perasaan mereka. Ambil peluang berbincang tentang keraguan dan kebimbangan mereka. Untuk sebarang cadangan dan maklum balas boleh emel hanrais@iium.edu.my

Thanks to my team for cikgu Rozita Abd Rashid, Dr Azrul Yunus, Cikgu Mohd Pilus & my talented play therapy/counseling student Eiryeen Nathasya for the illustrations, designer Aliya Nor Azman for the final touch and editor in the house Nor Azman Nordin

More to come in my Bibliotherapy for Children Book Series Dr Han 2021.

Open the link from a computer/laptop will give you a better e-book version than from the phone.

Bye February                                                                                                                                          Vaksin for COVID                                                                                                                                            May Allah ease


25 April 2019

Kelab Kerjaya 3/2019: Ceramah Bedah Buku LGBT

Kelab Kerjaya 3/2019: Ceramah Bedah Buku LGBT

Aktiviti kokurikulum pada hari ini ialah ceramah  berkaitan dengan LGBT dan penceramah merupakan penulis buku mengenai kisah hidup LGBT. Semoga memberikan panduan kepada murid murid dalam menangani isu LGBT. Setelah itu satu pameran jual beli buku karya kreatif dijalankan. Aktiviti ini digabungkan bersama Kelab Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab KKQ dan Bahasa Arab, Kelab Agama Islam.

Tarik nafas 
Deep breath..
Handle situation 
With rational emotion


































 

Telegram Channel