Showing posts with label Program 3K. Show all posts
Showing posts with label Program 3K. Show all posts

3 December 2017

Child Online Protection: #Klik Dengan Bijak

Child Online Protection: #Klik Dengan Bijak









Program 2 hari 1 malam yang diadakan di Hotel  Marriot, Putrajaya dengan kerjasama KPM, UNICEF, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Generasi Gemilang dan DIGI. Kursus youth camp sempena cuti sekolah yang menyeronokkan dengan hotel 5 bintang, makan pun 5 bintang, penganjur dan fasilitatornya juga energetik dan tidak membosankan. Aktiviti banyak dalam bentuk bengkel dan menggalakkan peserta berkomunikasi dan memberi respon. Program peringkat kebangsaan dan saya membawa 5 murid PRS saya selaku peserta program yang berinfomatif ini. 

Tujuan utama kem ini untuk menggalakkan murid #Klik Dengan Bijak sewaktu menggunakan internet dengan menekankan kawalan diri yang bijak yang mengutamakan keselamatan, merasa selamat dan pengguna yg bertanggungjawab. Kem ini juga menggalakkan rakyat yang hidup di zaman digital ini tahan lasak dengan cabaran penggunaan dalam talian , celik media dan bertanggungjawab dalam mengendalikan media sosial dan online untuk menyumbangkan persekitaran era digital yang sihat

Tinjauan hasil dari perbualan dan perkongsian antara fasilitator dan peserta murid ini yg terdiri dari perwakilan Majlis Kanak Kanak Kebangsaan yg mempunyai wakil dari negeri negeri dan juga pemimpin murid dari sekolah di KL, Puterajaya, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Penang. Bengkel program dua hari ini diharapkan dapat menyumbangkan idea dan penguatkuasaan polisi untuk melindungi kanak-kanak sewaktu melayari internet. Peserta dibimbing bagaimana untuk membina kesedaran salah laku dalam talian dan melindungi murid dan kanak-kanak dari mangsa di dalam talian. 

Bengkel dijalankan dgn jayanya oleh barisan fasilitator DiGI dan Study Hub, Unicef dan Generasi Gemilang. Perkongsian dalam bentuk perbincangan diadakan bagi tujuan komunikasi dua hala bagi mendapatkan idea dari kanak kanak sendiri mengenai masalah mereka dan kesedaran melayari online.

Antara info penting yang saya perolehi hari ini  sama ada pandangan dari peserta sendiri yang mewakili kanak-kanak dan juga fasilitator yang sangat berpengalaman ialah

Type Of Threats

1) Personal Attack
2) Fake identity profile
3) Encourage self: harm or suicide


Do you have any friends who are/were victims of cyber bully?
What other form of threats/harrasment do they experience
-Hack sesama sendiri
- Form of person tapi guna untuk tujuan orang lain
- New in school dan seseo8rang hack akaunnya dan menyatakan tidak puas hati di sek tsb
-Pisahkan group chat untuk pisahkan conversation

Apa yg patut mangsa buli siber buat?
1) Report
Report button then submit : report this page
Cyber 999

2) Talk to someone
Kaunselor
Private befrienders
PS the children
wccpenang.org

3) know yourself
Tak confident dgn diri sendiri menyebabkan mudah mengambil serius dgn hinaan dan sindiran org lain hingga kemurungan.

Why cyber bully happens?
Pembuli tidak nampak apa yg mangsa rasa. Melontarkan ayat ayat yg tidak baik seperti
nasty thing to fb and just tag org lain so convince sebab sedar no one know me yg membuli.

Be An Active Bystander
Jangan sebarkan post yg tidak diketahui kesahihannya.

Maklumkan kemalangan atau tragedi kpd org yg betul. Jangan anggap org lain yg akan mengambil tindakan untuk membantu mangsa sesuatu tragedi..mulakan tindakan dari anda dahulu jika anda tahu mengenainya.

Jangan membuli atau menjadi penggalak kpd mangsa
-you might save a person life, the power power of words

Cyber bully use words

Emotional hurt dgn ayat yg ditujukan kpd mangsa melalui komen atau status media sosial org lain yg up tentang dirinya yg menghina atau menyindirnya.
Words can hurt.can crush life and also build  life

Choose your word. Berhati hati memberi komen terhadap status org lain di media sosial. Kerana kata kata anda can
Bring life and death

What can you do to help create awareness about what you learn today?
Bimbingan dan nasihat mengenai salah laku dan jenayah dalam talian.

Berkongsi masalah jika diugut atau dibuli dalam media sosial.

Maklumat buli disebarluaskan

Majlis Perwakilan Kanak Kanak dipromosikan

Kenyataaan yg dikeluarkan perlu fikir dahulu sebelum di post.

Be a friend
Educate the public

Why are we spending so much time on social media?
5.1 jam sehari melayari internet
2.8 jam sehari rangkaian sosial
47% warga Malaysia acsess website melalui phone.
Punca utama:
1) Fear to lost communicate and fear of missing out
2) dan kelihatan 'cool' jika tau apa yang berlaku
3) nak pengesahan mengenai sesuatu perkara
4) identity formation; bentuk identiti dalam peralihan kanak kanak ke remaja dgn melihat fesyen, hiburan dan sebagainya.
5) impression management untuk org kagum dgn dirinya
6) addiction ketagihan yg boleh membawa kemudaratan.

satu fakta yang menarik:
" walau macammana mood anda ketika itu yang down atau membosankan, tetapi apabila anda upload sesuatu yang bukan menggambarkan anda ketika itu, dengan sendirinya anda akan tersenyum bila mendapat notofikasi like pada media sosial anda" 

Pendapat murid mengapa mereka melayari internet dan sanggup berjam -jam menggunakannya.
1) Orang ramai menggunakan internet maka mempengaruhi orang lain juga untuk menggunakannya
2) Jimat menggunakan whatsapp
3) Suka stalk orang buat apa, nak tanya malu atau segan
4) mengeratkan hubungan
5) suka scroll dan membaca di media sosial untuk tau apa yang berlaku
6) bosan keseorangan: media sosial dapat bersosialisasi
7) bermain game
8) barang gajet melayari online adalah standard barang yg patut dimiliki untuk mengisi masa
9) tiada kemahiran sosial dan tidak pandai berkomunikasi face to face maka media sosial cara terbaik
10) cara meluahkan perasaan untuk meluahkan kesedihan yang memerlukan bantuan dan perhatian
11) cara motivate

Do you think sosial media is a safe place?
1)Not safe because it should have rules
- Proper content
- Hide certain info
- Anonymous remain
-  Share consequnce

So the solution
- Sistem report yang baik
- Proper setting
- Playsafe

Good depend think before post

Do you know who is interested with your profile?
1) Your friend
2) Your stalker sama ada peminat, your crush atau your ex
3) Berkaitan dengan perniagaan
4) Pembuli siber
5) Pemangsa siber


Walimatulurus and relatives bonding
That i miss ...congrats Chik and wife














26 July 2016

Denggi Patrol SMK Cheras 2016

Denggi Patrol SMK Cheras 2016


Sila berikan sokongan kepada team sekolah saya yang menyertai pertandingan SMK Cheras Bebas Denggi dengan like atau share post di facebook, twitter dan blog. Terima kasih semua :)

                                          

PROGRAM DENGGI PATROL 2016

PENGHANTARAN PENYERTAAN PROJEK

Pegawai Pendidikan Negeri, KPM akan menerangkan secara terperinci kepada wakil yang dihantar oleh sekolah yang terlibat di bawah bidang kuasa mereka. Penyertaan dibuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia. Setiap sekolah akan diberi pek Dengue Patrol yang mengandungi:
Surat pengenalan daripada KPM
Objektif Program Denggi Patrol 2016
Garis Panduan Program Denggi Patrol 2016
Buku panduan berkenaan nyamuk aedes dan denggi
Sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program ini perlu memaklumkannya kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri, KPM masing-masing
Hari terakhir untuk menghantar penyertaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri KPM adalah pada 23 Mei 2016 (Isnin)
Jabatan Pendidikan Negeri akan memaklumkan kepada sekolah yang terpilih dalam program ini mulai 24 Mei 2016 (Selasa)
Seorang guru pembimbing (maksimum 5) akan dilantik sebagai penasihat Program Dengue Patrol dan boleh memilih beberapa pelajar (maksimum 30) sebagai ahli jawatankuasa
Setiap sekolah mesti menganjurkan kesemua 3 aktiviti – Khidmat komuniti sosial media dan seni persembahan.
Setelah melengkapkan projek masing-masing, sekolah perlu menghantar segala maklumat berkaitan projek mereka secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang Dengue Patrol : Muat Turun Format Laporan Dengue Patrol 2016
Sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet, boleh menghantar laporan secara manual melalui JPN.
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 2 September 2016 (Jumaat)



PEMILIHAN PEMENANG
5 pemenang teratas keseluruhan dan 3 pemenang setiap kategori akan diumumkan dan diberikan anugerah semasa Majlis Penyampaian Anugerah pada bulan Oktober 2016 (tarikh akan ditentukan)
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh 6 orang juri yang terdiri daripada 2 wakil dari KPM, 2 wakil dari KKM dan 2 dari Sanofi

AKTIVITI AKTIVITI PROGRAM DENGGI PATROL

Sekolah yang mengambil bahagian mesti menganjurkan kesemua 3 aktiviti yang disenaraikan di bawah untuk memenangi hadiah.

Khidmat Komuniti
Objektif : Galakan penyertaan komuniti Sekolah boleh melakukan aktiviti mengikut tema yang melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekitar seperti gotong royong, pameran di sekolah, sesi penerangan dan pendidikan dan sebagainya.


Media sosial dalam Bahasa Inggeris
Objektif: Mewujudkan bahan kesedaran denggi di dunia maya Sekolah di galakkan untuk menggunakan sebanyak mungkin saluran dunia maya sebagai salah satu alat untuk menyampaikan kesedaran denggi. Contoh: laman sesawang, blog, facebook, twitter, instagram, youtube dan sebagainya.


Seni Persembahan
Objektif : Mewujudkan idea kreatif untuk menyampaikan maklumat tentang mesej denggi. Sekolah di galakkan untuk menyampaikan mesej pencegahan denggi dan nyah nyamuk aedes mereka secara kreatif melalui saluran seni persembahan.


Aktiviti Sampingan - Kuiz
Objektif : Menguji pengetahuan tentang denggi Murid-murid, guru-guru, ibu bapa, komuniti berhampiran sekolah di galakkan untuk menyertai kuiz ini untuk menambah ilmu pengetahuan tentang denggi.


KRITERIA PENJURIAN
SENI PERSEMBAHAN
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan (25%)
Bilangan pelajar yang terlibat:
1-10 pelajar (2%)
11-20 pelajar (5%)
21-30 pelajar (13%)
Lebih dari 30 pelajar (25%)
Kawasan jangkauan (25%)
Bilangan penonton yang terlibat:
1-100 penonton (2%)
101-300 penonton (5%)
301-500 penonton (13%)
Lebih dari 500 penonton (25%)
Pemaparan alat bahan Dengue Patrol (10%)
Pemaparan alat bahan (5%)
Pemaparan visual yang jelas (5%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)



MEDIA SOSIAL
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan pendedahan (20%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 visitor / views (3%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 like (7%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 comments (10%)
Bilangan saluran media sosial (5%)
1-2 saluran (1%)
3-4 saluran (3%)
Lebih dari 5 saluran (5%)
Bilangan aktiviti media sosial (15%)
5-20 (3%)
21-50 (5%)
51-100 (10%)
Lebih dari 100 aktiviti (15%)
Facebook Mr Dengue (20%)
Tag Facebook Mr Dengue di dalam setiap posting (10%)
Bilangan sekurang-kurangnya 1,000 share Facebook Mr Dengue (10%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)


KHIDMAT KOMUNITI
Konsep dan kreativiti (20%)
Kejelasan konsep (5%) Keunikan (5%) Kaitan konsep (5%) Usaha (5%)
Jangkauan (25%)
Bilangan peserta yang terlibat:
1-500 peserta (2%)
501-2000 peserta (5%)
2001–5000 peserta (13%)
Lebih dari 5000 peserta (25%)
Kawasan jangkauan (25%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah (2%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 1-5 kawasan komuniti (5%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 6-15 kawasan komuniti (10%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk 16-30 kawasan komuniti (15%)
Di dalam dan luar kawasan sekolah, termasuk lebih dari 30 kawasan komuniti (25%)
Pemaparan alat bahan Dengue Patrol (10%)
Pemaparan alat bahan (5%)
Pemaparan visual yang jelas (5%)
Laporan (20%)
Kandungan laporan (10%)
Kualiti gambar dan video (10%)
Aktiviti Sampingan – Kuiz
Penyertaan tertinggi dari 1 Sekolah Rendah dan 1 Sekolah Menengah akan diberi anugerah (minimum 500 penyertaan)
Alamat Laman sesawang untuk kuiz – http://denguemissionbuzz.org/
Dengue Patrol 2016 – Cara Menyertai Kuiz : Muat Turun Fail
Dengue Patrol 2016 – Kod Khas untuk Sekolah yang Terlibat : Muat Turun Fail

1.  Gabungkan kesemua 3 kategori dan hantarkan melalui satu laporan sahaja (bahagikan kategori masing-masing kepada 3 bahagian)
2.  Sila tambah bilangan slaid mengikut bilangan aktiviti yang dijalankan (Contoh, jika ada 10 aktiviti yang dijalankan dalam kategori khidmat komuniti, pastikan ada bilangan slaid yang menunjukkan kesemua 10 aktiviti tersebut)
3.  Setiap aktiviti dijalankan mesti mengandungi maklumat dibawah ini dalam setiap laporan:-



     













Hectic week
Notice my inhalation and exhalation

16 July 2016

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana


Minggu yang penat...terus terang..balik dari cuti seminggu beraya utara selatan..tup tup bermula Isnin dengan pembentangan di JPWPKL , then meeting zon, pembentangan dan pemantauan minggu ini. Yang terkini kami semua minggu ini cuba mengemaskini dokumen dan bergotong royong satu sekolah bagi menyambut kedatangan nazir bila bila masa minggu hadapan. Ini kerana pengetua mendapat tawaran baharu dan ia merupakan satu anugerah jika berjaya untuk mengangkat mertabat sekolah ke tahap yang lebih baik. Walaupun agak penat minggu ini melayan selsema dan batuk juga, kami cuba memastikan point point penting yang diinginkan dalam pemantauan nazir dapat dipenuhi. 

Aktiviti gotong -royong walaupun UBK mempunyai 4 guru kaunseling, kami diberikan tugasan yang berbeza oleh pihak sekolah. Saya di bilik kaunseling menjaga bilik khas, Rozinani di laluan PPDa, Raudzah di bilik mesyuarat dan Padali memastikan aspek keselamatan sekolah di tahap terbaik. Masih dalam mood beraya, tidak ramai murid yang hadir jika dibandingkan dengan bilangan murid hampir 1200 orang. Namun oleh kerana setiap guru diminta mencari 6 orang murid untuk membantu tugas gotong royong masing - masing maka sasaran kami hampir 500 murid sepatutnya hadir. pun tidak sampai. Tetapi Nasi lemak tajaan PIBG laris juga hahaha dan terima kasih kepada ibu bapa atas inisiatif KSIB untuk membantu.

What yo do today
Can improve 
All your tomorrows
#brainyquote


















2 November 2015

Program Selepas Peperiksaan PT3: Misi Gempur Denggi ;Danque Petrol

Program Selepas Peperiksaan PT3: Misi Gempur Denggi ;Danque Petrol

                                  

Hari ini merupakan hari pertama program Selepas PT3. Sekolah menyertai pertandingan pendidikan Aedes untuk pasukan COMBI dan kami UBK membantu pihak urusetia COMBI menyediakan keperluan dan aktiviti yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
 1) gotong -royong dan mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk aedes.
Pasukan misi gempur tempat pembiakan nyamuk aedes yang berpotensi. Gotong royong dijalankan 3 kali setahun untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

2) Persembahan pendidikan pencegahan nyamuk aedes
Mengadakan aktiviti persembahan drama, nyanyian atau bersajak untuk dipersembahkan mengenai pendidikan aedes.

3) aktiviti membuat folio mengenai pendidikan pencegahan aedes untuk tujuan pameran. Murid -murid membuat rencana, karangan atau melukis di kertas warna untuk dipamerkan di papan tapak perhimpunan. Selain itu pada bulan April aktiviti pameran pendidikan pencegahan aedes telah dijalankan di sekolah dengan kerjasama Klinik Kesihatan yang membawa model nyamuk dan risalah.

4) pertandingan menyiapkan rencana pendidikan aedes untuk dimuatkan ke dalam blog UBK dan Facebook UBK. Murid diminta menaip mengenai rencana pendidikan pencegahan aedes untuk diterbitkan pada blog dan page UBK.

Walaupun ini pengalaman pertama urusetia COMBI mengambil bahagian, sekurang-kurangnya pengalaman ini akan banyak membantu untuk persediaan yang akan datang. Dan yang paling penting murid menjalankan aktiviti dengan seronok di samping mendapat pengetahuan baru.

Significant date for a lifetime
Happy birthaday my dear sis Khaty
Happy birthday my dear bff  Idah
 

Telegram Channel