21 August 2014

Pertandingan Persembahan Kelab bagi Hari Merdeka

Good night!!
Prepare slaid presentation
Feeling to zzzzzzzzzzzzzzz

Aktiviti kelab yang terakhir pada hari ini ialah berlatih untuk persembahan bagi pertandingan Hari Merdeka. Kelab kerjaya bergabung dengan kelab katering dan Kelab Pencegah Jenayah untuk pertandingan ini. Padali menaip lirik lagu yang sesuai untuk dipersembahkan. Walaupun tiga kelab bergabung tetapi apabila tiba masa untuk memilih peserta...bukan senang. Akhirnya kami bercadang agar setiap kelab wajib menghantar 5 orang wakil agar dapat membina satu pasukan seramai 15 orang bagi mewakili kumpulan kami. Sekarang cabaran ialah masa berlatih...bila agaknya 15 orang ni boleh beri komitmen memandangkan sekarang musim trial exam tingkatan 5 dan tingkatan 3 dah busy dengan kelas tambahan masing masing untuk PT3. Yang diharapkan sekarang betul betul pelajar tingkatan 4 yang sememangnya tak ramai pun dalam kelab kami. Isnin depan saya dan Padali akan berkursus di Melaka selama empat hari iaitu pada hari pertandingan dijalankan dan kami berharap pada Rozi untuk membantu kami menguruskan peserta. Semoga Kelab Kerjaya mendapat tempat untuk pertandingan ini.
 

Telegram Channel