Total Pageviews

13 September 2018

Laporan Dalam Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir




Terbang ke Alor Setar Kedah untuk taklimat kepada peserta guru bimbingan dan kaunseling di Perlis bagi modul Serlahkan Keunggulan Diri Anda iaitu modul SUDI untuk menangani masalah murid berisiko keciciran sekolah. 

Memandangkan saya antara panel pembina modul untuk sekolah menengah, maka Bhgn Pengurusan Sekolah Harian meminjam khidmat 4 panel pembina modul iaitu saya dan Kak Julia sebagai fasilitator modul sekolah menengah manakala Harriani dan Shafawati fasilitator modul sekolah rendah. 

Saya ditugaskan slot khas iaitu mengisi borang penilaian impak program intervensi murid berisiko cicir dan bagaimana dari dapatan impak itu satu penulisan kajian tindakan dapat dihasilkan. 







BORANG PENILAIAN IMPAK
PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR

BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFI

NAMA SEKOLAH    : SMK CHERAS
KOD SEKOLAH      : WEB 0210
LOKASI                     : JALAN YAAKOB LATIFF, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KL
NEGERI                      : WPKL
NO TELEFON SEKOLAH: 03-91318517

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PROGRAM
NAMA PROGRAM : SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)
KUMPULAN FOKUS: MURID BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH
TEMPOH PERLAKSANAAN: 3 BULAN ( atau anda boleh menulis tarikh cth 1 Ogos hingga 20 September) 
JUMLAH MURID BERISIKO CICIR TERLIBAT: 12 ORANG ( atau jumlah yg telah diintervensi iaitu 40/65 org) 

a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah:
Strategi
Menurunkan kadar ponteng sekolah melalui intervensi kaunseling

Komponan
#Ada 4 fokus isitu sahsiah, disiplin, kerjaya dan psikososial 
Jika murid sederhana ramai tetapi jatuh sedeehana sebab skor akademik yg teruk tetapi kehadiran baik, maka boleh guna komponen kerjaya sbg cth.
Fokus Peningkatan Disiplin


Aktiviti
1) LDK  melalui modul Hati Ke Hati dan Minda Sihat
2) Kawalan kad SPOT
3)Talian Kasih

Faktor Risiko Yang Di Atasi
Ponteng kelas, ponteng sekolah, salah laku

Keberkesanan
Contoh:

% kehadiran murid ke sekolah meningkat

Peningkatan 15% kehadiran murid ke sekolah berbanding sebelum program.

% salah laku menurun
Penurunan 1% salah laku di sekolah oleh murid sasaran

Pencapaian akademik yang meningkat
5 murid sasaran telah lulus semua subjek

atau
3 murid sasaran telah meningkat bilangan subjek lulus




b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah:
            Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi            isu keciciran murid di sekolah.
             Konsultasi ibu bapa dua kali seminggu sekali melalui Talian Kasih


-      
Disemak oleh,                                                                                 Disahkan oleh,


(PK HEM)                                                                                          (Pengetua)





KAJIAN TINDAKAN
PROGRAM SPOT THE BUTTERFLY

OLEH

NURHAIZA BT CHE MAT
GURU KAUNSELING SMK CHERAS


1.0       REFLEKSI YANG LALU
            SMK Cheras merupakan sebuah sekolah harian biasa yang mempunyai peratus kehadiran yang rendah iaitu 89% pada tahun 2017. Murid sekolah ini sahaja purata 20 -30 murid dibuang sekolah setiap tahun dan Ini meningkatkan lagi kes keciciran murid di sekolah.
            Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan projek SPOT berdasarkan teori tingkah laku Skinner pada awal tahun lagi untuk memantau murid yang ponteng tegar dengan penggunaan kad SPOT. Oleh kerana itu, projek SPOT ini menjadi salah satu dari aktiviti di bawah kategori Butterfly. Terdapat 3 kriteria dalam projek SPOT iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng kelas, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau salah laku murid. Murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru kelas, guru subjek, guru disiplin dan guru kaunseling sendiri.

Murid – murid SPOT ini akan diberi pengiktirafan kepada murid yang bermasalah disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid dalam kategori ini dibuat setiap tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.





2.0       Fokus Kajian
            Fokus Kajian adalah terhadap 12 murid berisiko tinggi keciciran sekolah
            yang pernah dibuang sekolah.

3.0       OBJEKTIF
            Di akhir program,
            a) Peningkatan kehadiran murid ke sekolah melalui pemantauan tingkah laku                    murid secara maksimum dengan penggunaan kad SPOT
            b) Peningkatan tingkah laku positif melalui ganjaran kepada murid yang telah                 menunjukkan perubahan yang baik dalam sahsiah mereka

4.0       KUMPULAN SASARAN
            12 murid yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah dari sekolah lain yang masuk ke  SMK Cheras

5.0         PERLAKSANAAN  
5.1       TINJAUAN MASALAH     
              Peningkatan kemasukan murid yang dibuang sekolah dari sekolah lain                           ke SMK Cheras dan bilangan murid yang pernah dibuang sekolah dan                                 menerima surat amaran meningkatkan aduan guru terhadap salah laku.
                   

5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH

            Data tahun sebelum atau data bulan Januari – Mac yang menunjukkan masalah       dari laporan guru, buku kawalan kelas, atau apa sahaja

5.3       TINDAKAN YANG DIJALANKAN                        :
BIL
AKTIVITI
TINDAKAN

1
Murid mendaftar masuk
Penyelaras tingkatan
2
Sesi kaunseling murid
Guru kaunseling
3
Sesi konsultasi ibu bapa
Guru kaunseling
4
Menyerahkan surat aku janji murid SPOT kepada murid
Guru kaunseling
5
Menyerahkan surat makluman kepada ibu bapa mengenai SPOT
Guru kaunseling
6
Guru kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru disiplin dan guru tingkatan
Guru kaunseling
7
Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna merah
Guru kaunseling
8
Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua guru disiplin/ guru kaunseling pada masa 1 selama sebulan
Guru disiplin
9
Murid perlu mendapatkan tandatangan pada setiap guru subjek selama sebulan
Guru mata pelajaran
10
Guru subjek bebas mencatat apa sahaja dalam buku catatan sama ada lewat masuk kelas, tidak menyiapkan latihan, atau tidur dalam kelas, atau memuji murid kerana menyiapkan buku latihan.
Guru subjek
11
Guru kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai murid SPOT dalam buku kawalan kelas untuk pemantauan bersama guru mata pelajaran
Guru kaunseling
12
Perjumpaan sebulan sekali bersama pentadbir dan kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum balas dari kad SPOT
Pengetua/PK HEM/ PK Petang
13
Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:
 jika tidak berpuas hati dengan kehadiran, lewat atau masalah salah laku murid

Kad kuning:
Jika terdapat perubahan yang lebih baik dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku

Kad hijau:
Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada masalah salah laku.

Intervensi kaunseling dalam bentuk LDK

Guru kaunseling
14
Follow up dengan ibu bapa murid SPOT bagi kes kad merah yang berterusan dan talian kasih

Guru kaunseling
15
Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3 bulan akan diberikan kepada murid yang menerima kad kuning atau kad hijau sahaja.
Setiausaha HEM







5.4       PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN IMPAKNYA


            % kehadiran murid ke sekolah meningkat



            % pencapaian akademik




6.0       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

            Konsultasi ibu bapa dua kali seminggu sekali melalui Talian Kasih


Morning Perlis
Pulut ikan manis 















2 comments:

Unknown said...

TERIMA KASIH CIKGU ATAS BIMBINGAN
DARIPADA
CIKGU NAGENDRAN
SJKT SARASWATHY
KEDAH

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sama -sama Cikgu Nagendran