3 September 2019

Pertandingan Inovasi Bahan Cetak :Bahagian Psikologi Kaunseling KPM 2019



Salam Selasa
Hari ini saya ke Puterajaya untuk menyertai pertandingan inovasi kategori bahan cetak
Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, KPM. Yang saya suka dengan pertandingan ini kerana ia percuma sahaja :)

Bahan inovasi banyak di UBK jadi angkut sahaja mana yang belum pernah dipertandingkan walaupun kami dapat short notice dalam 3 minggu kerana baru tau ttg pertandingan ini dan ngam ngam hantar borang pendafttaran pada tarikh yang dilanjutkan.

Pertama kali menyertai pertandingan kategori bahan cetak kerana sebelum ini kami menyertai pertandingan kategori sistem maklumat dari tahun 2015 dan 2016.  Ada 8 booth pameran dalam bilik saya dan 4 booth lagi di bilik sebelah.

Saya berjumpa dengan beberapa guru yang pernah mengikuti lawatan penanadaaras ke sekolah saya dan gembira kerana mereka dapat mencipta inovasi baru. Seorang peserta Pahang ni dok panggil saya sifu sifu terus teringat kat dia yang datang lawatan ke sekolah saya dan bertanya macam macam. Memang seorang yang nak belajar dan cepat belajar dan dapat menghasilkan bahan cetak seperti yang saya bimbing sewaktu lawatan penandaaras.


Buku Teratak Inspirasiku Amalan Terbaik Kaunseling dari SMK Mohd Khalid, Johor
Modul IDEA untuk latihan kepimpinan murid dari SMK Tengku Mahmud Johor
Modul SERASI mengenai program kesejahteraan mental JPN Daerah di Pahang
Buku Audit Potensi Diriku Dari Sekolah Kebangsaan di Sarawak
Buku Kapsul Kerjaya 
Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya Dari KOD Daerah di Selangor
Majalah Sanggar Teraputik Dari MGK Selangor
Modul 4 Edge Dari Pahang.

Good luck semua!

Teknik 10B
Bertenang dan bernafas
#farhanandibu







Modul IDEA untuk latihan kepimpinan murid dari SMK Tg Mahmud Johor













Juri mendengar 











Dari Sarawak mengenai buku perkembanagan murid sekolah rendah.












Modul IDEA untuk latihan kepimpinan murid dari SMK Tg Mahmud Johor
















Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya Dari Selangor




Modul Impak Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 
oleh JPN JOhor



Buku Teratak Inspirasiku Amalan Terbaik Kaunseling dari SMK Mohd Khalid, Johor




Majalah Sanggar Teraputik dari Selangor









 

Telegram Channel