17 January 2020

Panduan Menghasilkan Kajian Tindakan Yang Berciri Pengajaran Berinovasi






Hari ini jadual saya padat namun memandangkan sudah ingin ke penghujung Januari , saya perlu juga menjalankan bengkel kepada panitia Bahasa Inggeris yang tidak dapat menyertai bengkel ini Sabtu yang lalu kerana terlibat dengan program yang lain.


Panduan untuk guru yang ingin menulis kajian tindakan yang mempunyai ciri ciri inovasi

1) Kajian Tindakan yang melibatkan amalan dari sekolah lain dan digunakan oleh sekolah sendiri kita panggil amalan terbaik iaitu satu kajian tindakan amalan terbaik terhasil yang memberikan mata merit 10 mata terhadap kajian tetapi bukan INOVASI.

Jika tidak menghasilkan impak peningkatan malah penurunan gred pula, maka kajian tindakan masih terhasil dengan mata merit 10 mata untuk splkpm namun kajian tindakan tersebut bukanlah menghasilkan kajian untuk amalan terbaik.

JIka anda memulakan semula kajian tindakan dengan gelung kedua , satu kajian tindakan amalan terbaik dihasilkan maka anda akan mendapat mata merit splkpm yang baru pula iaitu 10 mata merit. Dalam setahun penyelidikan maksimum mata merit adalah 20 mata merit.

2) Menggunakan kaedah inovasi dari pengajaran guru lain memberikan mata merit 10 mata terhadap kajian tindakan kerana amalan terbaik inovasi tersebut menghasilkan impak peningkatan kepada pengajaran guru tetapi ia masih lagi belum boleh diangkat sebagai Kajian Tindakan BERINOVASI.

3) Menggunakan inovasi ialah satu kaedah yang lari dari tradisonal guru mengajar untuk membolehkan lebih ramai murid memperolehi manfaat dengan pemahaman yang jelas, peningkatan gred yang meibatkan lebih ramai murid dan boleh pula dimanfaatkan kepada panitia di sekolah lain.

Contoh

  • inovasi melibatkan sistem maklumat dan multimedia dengan mencipta sistem yang baru dalam pengisian atau tayangan multimedia yang berkaitan dengan topik pengajaran lengkap dengan manual penggunaan perisian tersebut
  • Mewujudkan modul baru iaitu kaedah  yang bermaksud langkah-langkah dalam pengajarnnya yang direka khusus untuk murid cepat memahami dan mengaplikasikannya terhadap sesuatu topik pengajaran seperti modul 
  • Mencipta alat untuk memudahkan seperti alat-alat bantu mengajar seperti kad-kad bersistematik, permainan bahasa
  • Mencipta teknik seperti lagu untuk menghafal kata kunci, lagu menghafal formula, 


Contoh contoh perkara di atas adalah satu inovasi. Menguji inovasi menggunakan kajian tindakan membolehkan kajian tindakan anda diangkat sebagai kajian tindakan bercirikan pengajaran inovasi. Anda boleh menyertai pertandingan inovasi kerana dapat membentangkan impak yang anda telah uji. Mata kajian tindakan adalah 10 mata dan inovasi yang diiktiraf mendapat 20 mata merit.

Wow wow sangat kan...marilah mencuba memandangkan Februari adalah bulan untuk memulakan kajian tindakan anda.

Akhinya panitia Bahasa Inggeris hari ini dapat mengeluarkan idea mereka tentang inovasi dan akan menjadikan dalam metadologi berbentuk eksperimen dan kawalan.
Kajian ini memrlukan murid yang sama tahap pengetahuan mereka untuk memudahkan perbandingan impak dan mengurangkan ralat sampel diambil.

Good Luck.


Ooo...fever please go away






 

Telegram Channel