4 April 2021

KERTAS KERJA JOM KE SEKOLAH SMK CHERAS 2021

KERTAS KERJA JOM KE SEKOLAH : PROGRAM ZOOM IN MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH


Selamat kembali ke sekolah ye anak anak . Jumpa esok hari. Saya share kertas kerja saya bila masuk blog lari format huhu. Terima kasih YDP PIBG atas design yg cantik ini. 

   1.0 PENGENALAN

  Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, teras strategik ketiga menekankan peningkatan pembangunan modal insan untuk negara maju melalui menambahbaik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi akses memerlukan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 . Oleh itu antara inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah melaksanakan inisiatif peningkatan akses daripada prasekolah hingga menengah atas. Antaranya ialah meningkatkan peratus enrolmen murid berusia 15 tahun ke atas dalam pendidikan vokasional dan menurunkan peratus murid cicir di sekolah menengah. Berdasarkan SPI Bil.04/2018 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah, murid berisiko cicir merujuk kepada murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan bersekolah tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Program Zoom In Murid diperkenalkan mulai tahun 2015 untuk memberikan ganjaran kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah pada tahun semasa. Ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk ke sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah secara individu. Jika setiap murid seronok ke sekolah dan berusaha ke sekolah setiap hari sewaktu hari persekolahan, maka ia dapat menyumbangkan peratus kehadiran sekolah yang tinggi. 


 2.0 MATLAMAT Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah tahun 2021 3
3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT 
 5 April 2021 – 8 Dis 2021

 4.0 SASARAN Semua murid SMK Cheras 5.0 OBJEKTIF 
Melaluii ganjaran dalam program Zoom In : 1) Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama mereka merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.
 2) Murid dihargai dengan penganugerahan sijil penghargaan secara individu untuk kehadiran penuh manakala sijil penghargaan kelas untuk kelas bersama guru tingkatan dan mentor guru tingkatan mereka bagi kelas terbaik.
 3) Murid dapat dianugerahkan ganjaran hadiah sebagai penghargaan hadir penuh ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah. 

 6.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME) 
Output
100% murid kehadiran penuh menerima sijil penghargaan dan ganjaran dan 100% kelas terbaik kehadiran menerima sijil penghargaan dan ganjaran. 

Outcome
Peratus kehadiran murid ke sekolah tahun ini meningkat melebihi 88 % 

 7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
   SUMBER KEWANGAN BIL PERKARA SUMBER BUTIRAN 
1 Ganjaran kelas Tingkatan 1/2 SUWA RM 1,000 
2 Ganjaran kelas Tingkatan 3/4/5 PIBG RM 1,000 

3 Ganjaran Individu PCG Kaunseling RM 1,000 

 8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Jamil Bin Jamaludin Pengetua 
Naibb Pengerusi : Puan Marhaniza Binti Mahmud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat AJK Sijil : 
Puan Rozinani Bt Awang 
Puan Nurazlina Bt Che Omar


9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN JOM KE SEKOLAH: ZOOM IN KELAS

   Galakan murid hadir dan anugerah kelas terbaik bulanan diwujudkan. 4 kali mendapat kehadiran kelas terbaik melebihi 96% sebulan, akan menerima ganjaran kelas. 

JOM KE SEKOLAH : ZOOM IN MURID SAHSIAH TERPUJI 

Galakan murid ke sekolah dengan anugerah individu. 4 bulan kehadiran penuh mendapat sijil penghargaan dan ganjaran hadiah. 

JOM KE SEKOLAH : ZOOM IN MURID BERISIKO CICIR 
Perjumpaan murid SPOT murid berfokus berisiko cicir setiap minggu mengikut jadual waktu guru bimbingan dan kaunseling 

Bengkel menangani murid berisiko cicir setiap bulan mengikut takwim sekolah 

Ganjaran sijil untuk murid kategori Butterfly yang dapat mengubah tingkah laku sewaktu penggal kedua persekolahan Ziarah Cakna untuk murid murid yang gagal dihubungi untuk intervensi sesi kaunseling di sekolah

              9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH Unit Bimbingan Dan Kaunseling

               9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM 

Zoomm In Murid Berisiko Cicir : sesi setiap Rabu Bengkel SPOT Berfokus Murid Berisiko Cicir : setiap bulan untuk sesi ceramah bersama guru kaunseling atau penceramah

             Ziarah Cakna : hari Jumaat (kes tertentu) 

Anugerah dan Ganjaran : penyampaian sijil dan ganjaran hari Isnin setelah 4 bulan kekal kehadiran terbaik untuk kelas dan individu hadir penuh.

 10.0 PENGURUSAN RISIKO 

Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab Tidak mendapat peratus kehadiran kelas dan murid dengan segera Tidak mendapat kemaskini data dari guru tingkatan Bekerjasama secara terus dgn guru data untuk kelas terbaik Memohon peratus bulanan kelas dicetak dari setiausaha HEM untuk semakan guru kaunseling mengenalpasti murid yang hadir penuh 4 bulan Guru kaunseling SU HEM 

 11.0 KAEDAH PEMANTAUAN a) Pemantauan Perlaksanaan Program/ Aktiviti 
 1) Borang Penilaian Peserta 
 2) Borang Maklum Balas AJK 

b) Pemantauan Pencapaian Outcome 
 1) Melalui APDM: Peratus kehadiran murid tahun 2021 

 12.0 PENUTUP Diharapkan agar program Zoom In Jom Ke Sekolah ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan. 

Ulasan ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 

Disediakan oleh, 
 (Nurhaiza Bt Che Mat) 
Guru Kaunseling


 Diluluskan oleh,
 

Telegram Channel