22 November 2014

Majlis Persaraan Dan Majlis Penutup Akhir Tahun 2014

Majlis Persaraan Dan Majlis Penutup Akhir Tahun 2014

What screws us up most in life
Is the picture in our head of
How it's supposed to be

Hari yg sangat menduga kakiku.Program hari ini sebenarnya saya hanyalah pengurus kepada sub program penyampaian hadiah bagi pelajar ting 3 sahaja. Tetapi apabila sedikit demi sedikit dari Isnin lepas ada sahaja program yang ingin juga dijalankan pada hari ini bermula dengan penyampaian hadiah selepas peperiksaan sesi petang, Majlis Penutup Program Dakwah oleh panitia Agama Islam, majlis persaraan En Cheah guru sesi petang dan tetiba PK HEM minta dimasukkan juga ke majlis persaraan ketua kerani iaitu En Hazairin. Well saya dah tak mampu untuk buat dengan team UBK je. Slot yang sepatutnya kecil sahaja terus jadi event yang besar dan dilantik secara tak rasmi sebagai pengurus projek untuk slot hari ini. Berderet setiap hari dalam minggu ini saya mengejar ketua ketua subprogram untuk memastikan program berjalan lancar mengikut aturcara. 

En Cheah terkenal di sekolah sebagai guru yang suka menghiburkan. dan sinonim dengan belon. Hampir semua guru diberikan belon pada masa masa tertentu dengan bentuk tertentu yang dipelajarinya. Sewaktu majlis penutup ini, En Cheah menghadiahkan  belon berupa sejambak bunga tulip kepada puan pengetua. Hadiah disampaikan oleh puan pengetua hasil kutipan sumbangan dari guru dan pelajar sesi petang.
Selain itu hadiah persaraan kepada Encik Hazairin juga diserahkan dan kepada guru guru yang dapat berpindah. Sesi persembahan khas untuk yang bersara diteruskan oleh guru dan para pelajar.

Majlis penyampaian hadiah diteruskan kepada semua pemenang program selepas peperiksaan dan persembahan oleh guru dan pelajar untuk program Penutup Dakwah dan Kem Membaca 1Malaysia. Tamat sahaja program, semua yang hadir hari ni ke sekolah menikmati jamuan secara percuma di kantin.

 Tertarik dengan ketua jamuan mempunyai idea yang sangat bernas. Memandangkan hari akhir persekolahan jamuan projek guru penyayang akan diadakan sebaik sahaja habis aturcara di dataran perhimpunan maka AJK Jamuan mempelbagaikan menu makanan dan menjalankan jamuan secara berpusat di kantin dengan membuka kaunter kaunter makanan yang ditetapkan iaitu nasi briani, sate, nugget ayam, spageti, buah buahan dan air secara percuma tanpa perlu membuat kutipan duit dari pelajar. Meja untuk yang diraikan diletakkan di kantin untuk menikmati jamuan dan semua orang bebas menikmati makanan di kantin dalam suasana yang sungguh muhibbah.




En Cheah sedang berucap
Majlis Penyampaian Hadiah Program Pelajar Ting 3
Jamuan makan  RIMUP 1Malaysia
Bersantai makan di Astaka sekolah

21 November 2014

Lawatan Ke Rumah Jagaan Warga Emas

Lawatan Ke Rumah Jagaan Warga Emas


Making someone smile
Is probably
One of the best feeling

Sekali lagi saya ke sini kali ni bawa student form 3 pula bersama guru sivik memandangkan silibus sivik ting 3 berkaitan dengan warga emas. Kali ni saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut sbb exstudent saya Razneil bertugas sebagai staf di sini dan pengalamannya mengambil warga emas dari hospital yg tidak mempunyai waris memang menginsafkan saya. Selain itu tempat ini juga mengambil bayaran bagi yg ingin menempatkan warga emas untuk penjagaan pada hari biasa dan hujung minggu diambil untuk bersama keluarga.

19 November 2014

Konvensyen PRS Peringkat Kebangsaan

Konvensyen PRS Peringkat Kebangsaan

Keep fit
Then you can be
A best helper

Balik je ke sekolah setelah selesai lawatan ke Pusat Sains saya terus ke Kolej YPC untuk menghadiri Konvensyen PRS Peringkat Kebangsaan anjuran Selangor. Intipati penting program sehari ini untuk meningkatkan keyakinan peserta PRS dan sentiasa dalam keadaan  terbaik dari aspek fizikal, mental dan emosi untuk menjadi PRS yang berkesan. Seramai 4 org peserta dari setiap sekolah yg terpilih menghantar wakil menghadiri seminar.
Yang bestnya bila join program peringkat kebangsaan ini, kita dapat berjumpa dengan geng lama yang dulunya bersama - sama sebagai guru kaunseling di Zon Pudu sebelum masing masing dah berpindah ke Selangor. Sempat bertukar cerita dan mengambil nombor telefon terkini. Melihat pakaian seragam PRS dari sekolah lain memberikan idea untuk melaksanakan pemakaian baju seragam memandangkan kami hanya mempunyai baju TShirt rasmi PRS. 

Lawatan ke Pusat Sains

Lawatan ke Pusat Sains

Be the change
You want to see
In the world

google www.psn.gov.my untuk arrange lawatan ini dengan melihat promosi dan program menarik.

Lawatan ke pusat sains memang sentiasa mendapat sambutan setiap tahun. Dengan pakej lawatan pelajar serendah rm3 seorang ia satu trip yg sangat berbaloi. Pada lawatan kali ini tiada tema tertentu seperti tahun lepas iaitu Sains Dari Tamadun Islam. Jadi harga tiket pun adalah normal. Yang menariknya lawatan kali ini mengenai penyiasatan kematian mangsa bunuh. Jadi pelajar boleh berangan seperti detektif muda yg menyelesaikan misteri pembunuhan dan hadiah akan diberikan kepada sesiapa yg dapat mengenal pasti suspek pembunuhan. Saya pun join sekali tetapi sekerat jalan je...huhu malas nak menyiasat sampai habis


18 November 2014

Pengurusan Akaun Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu

Pengurusan Akaun Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu

To Columbia Asia Hospital Puchong:
Get well soon Sepul

Pagi tadi saya dengan Naib Pengerusi saya ke SMK Jinjang menguruskan kewangan Zon memandangkan bendahari tidak dapat memenuhi tarikh tarikh yg diberikan oleh bendahari Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur - MGKKL. Sejak MGKKL telah dilantik sebagai pemegang akaun bagi semua Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon, bendahari zon perlu berurusan dengan bendahari MGKKL untuk urusan memasukkan wang dan mengeluarkan wang. Ketua Unit HEM JPWP mengarahkan agar akaun yang dibuka di setiap Zon tidak digunakan lagi untuk urusan penajaan atau memasukkan duit kerana dianggap akaun Zon perlu ditutup. Ini kerana MGKKL merupakan pertubuhan yg diiktiraf dan urusan mengutip wang sumbangan dan kewangan lebih sah dijalankan dari segi undang undang. Agak dilemma pada mulanya kerana AJK lebih suka berurusan dengan bendahari Zon tanpa melibatkan banyak peringkat untuk memudahkan urusan tuntutan kewangan. Begitu juga dengan penajaan untuk program, lebih mudah untuk berurusan dengan penaja jika akaun menggunakan akaun Zon. Prosedur keluar masuk duit juga lebih memudahkan pemantauan dan urusan duit keluar masuk juga boleh diperolehi oleh AJK dengan lebih cepat.

Sebenarnya berurusan dengan bendahari MGKKL agak mudah juga tetapi komitmen untuk berurusan perlu melalui tatacara tertentu. AJK Zon yang perlukan sumber kewangan perlu berurusan dengan bendahari Zon dan bendahari Zon pula akan mengumpul dokumen dan menghantar ke Bendahari Zon melalui email atau pigeon hole sekolah bendahari MGKKL. 

Jika dahulu sewaktu saya bertugas selaku setiausaha Zon, cek keluar duit akan ditandatangani oleh pengerusi dan bendahari Zon atau setiausaha Zon, tetapi sejak dua tahun ini mesti melalui MGKKL atas arahan Ketua Unit JPWP. Namun demikian apabila  Bendahari saya tidak dapat bersemuka dengan bendahari MGKKL atas tarikh yang dipersetujui, maka saya sendiri ke sekolah Bendahari MGKKL untuk berurusan dan mendapatkan gambaran sebenar tentang prosedur kemasukan dan pengeluaran wang. Memandangkan saya sendiri tidak berapa jelas mengenai prosedur baru.ini, maka saya dengan Naib Pengerusi ke sekolah bendahari nun jauh di Zon Sentul untuk berurusan mengenai kewangan. 

17 November 2014

Lawatan Pelajar Ting 3 ke Zoo Negara

Lawatan Pelajar Ting 3 ke Zoo Negara

Pray for my bff
Semoga cepat sembuh

Sebelum mengatur lawatan, google ke www.zoonegaramalaysia.my

Hari ni saya bertugas mengawasi pelajar ting 5 SPM exam Perakaunan. Mengawasi pelajar bermaksud saya perlu menjaga kebajikan dan disiplin calon SPM yg mengambil peperiksaan ini seawal 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Rozi pula sibuk di kaunter pendaftaran ting 1 di bilik mesyuarat maka yg tinggal Padali kena bawa student ke Zoo Negara sambil menjalankan aktiviti Zoo Hunt bersama pelajar dari SMK Seri Tasik. Seramai 80 pelajar terlibat dengan aktiviti ini. Pelajar membayar sebanyak RM 15 sahaja manakala pengangkutan dan makanan ditaja oleh pihak sekolah. Pelajar dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan dan mereka perlu menjejak maklumat seperti soalan yg diberikan. 


skpm: Elemen Pengurusan UBK dan HEM, Pembangunan Sahsiah

skpm: Elemen Pengurusan UBK dan HEM, Pembangunan Sahsiah

Travel Kluang - KL

skpm sekolah untuk dinilai bagi tahun 2014. Check setiap item dan sediakan eviden untuk dinilai dimanakah tahap kita berada sama ada untuk sahsiah, UBK dan huhu item keselamatan pun kena sediakan eviden. Memang kena tempias check keselamatan sebab saya selaku setiausaha keselamatan sekolah. 

 

Telegram Channel