1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Minggu Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kesedaran murid bahawa dadah akan memudaratkan kesihatan serta membahayakan keselamatan dan nyawa masyarakat.
2.2 Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkan gaya hidup ini dalam kehidupan seharian.
3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT
Tarikh : 6/8/2024-9/8/2024
Tempat : SMK Seri Bintang Selatan
4.0 SASARAN
Semua murid SMK Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah.
5.2 Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan
penyertaan murid dalam proses pembelajaran pendidikan pencegahan dadah.
5.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.
6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
OUTPUT |
Penglibatan sekurang-kurangnya 50% murid dalam aktiviti yang dirancang. |
OUTCOME |
Peningkatan kesedaran murid dalam menyertai pertandingan-pertandingan program PPDa |
7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN:
BIL |
SUMBER KEWANGAN / CATATAN |
JUMLAH (RM) |
1
|
Sumbangan PIBG SMK Seri Bintang Selatan
|
RM470.00
|
|
Jumlah |
RM470.00 |
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Puan Norlela binti A. Wahid (Pengetua)
Naib Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)
: Encik Zam Zam bin Abdul Aziz (PK Kokurikulum)
NAMA AJK |
DESKRIPSI TUGAS |
Penyelaras Pn. Loh Chin Ying |
· Membantu dan bekerjasama dengan AJK program dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar.
|
Teks ucapan Pn. Norhayati bt Mat Zain
|
|
Buku Program Pn. Husmazurain bt Che Hussien |
· Menyediakan buku program untuk majlis perasmian.
|
Jurugambar Pn. Loh Chin Ying |
· Mengumpul semua gambar untuk dihantar kepada AJK Dokumentasi. · Menyediakan kolaj program. |
Pertandingan Melukis Doodle Antidadah Pn. Nor Suryati bt Mohamad Tajuddin
|
· Memilih 5 murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL. · Memberi nama pemenang kepada SU PPDa.
|
Pertandingan Mencipta Puisi dan Lagu Antidadah En. Luqman Hazim bin Mohd Hilmi |
· Memilih 5 kumpulan murid yang menang berdasarkan garis panduan pertandingan yang ditetapkan oleh JPWPKL. · Memberi nama pemenang kepada SU PPDa.
|
Pertandingan Video Public Service Announcement (PSA) PPDa Pn. Nurhaiza binti Che Mat |
|
Pertandingan Buku Skrap Digital Pn. Norfaizah binti Mohamad |
|
Ceramah dan Pameran Antidadah En. M Ravinthiran A/L P Muthoo (Ceramah) Pn. Norfaizah binti Mohamad (Pameran) |
· Menyediakan surat jemputan untuk menjemput penceramah untuk memberi ceramah Antidadah. · Menyediakan surat jemputan untuk menjemput agensi-agensi untuk membuat pameran antidadah di sekolah.
|
Pengucapan awam mesej 5 minit anti dadah Pn. Aimi Athirah binti Muhammad Amin |
· Menyediakan murid yang akan menyampaikan mesej 5 minit anti dadah. · Menyediakan slaid yang akan dipapar di skrin LED.
|
Hadiah Pn. Loh Chin Ying (Menyediakan Hadiah) Pn. Husmazurain bt Che Hussien (Menyusun Hadiah)
|
· Mendapatkan nama semua murid yang memenangi pertandingan Program PPDa. · Menyediakan hadiah kepada pemenang dan penceramah. · Menyediakan resit kepada penyelaras program.
|
Dokumentasi Pn. Loh Chin Ying |
· Mendapatkan maklum balas setiap JK selepas majlis berlangsung. · Mendapatkan salinan bahan hardcopy / softcopy daripada AJK. · Menyiapkan dokumentasi program selewat-lewatnya dua minggu selepas program tamat.
|
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
9.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti.
9.3 Majlis pelancaran
9.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah
9.1 URUS SETIA/ PENCERAMAH
Unit PPDa
9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
NO |
TARIKH |
AKTIVITI PPDa |
AJK YANG TERLIBAT |
CARA PELAKSANAAN |
1 |
6/8/2024 (Selasa) |
Pelancaran Minggu PPDa 1.Taklimat Penyelaras PPDa 2.Ucapan Pengetua 3.5 Minit Mesej Antidadah 4.Ikrar Antidadah oleh Wakil Murid 5. Nyanyian Lagu Dadah Dujana |
Penyelaras
|
Dijalankan ketika perhimpunan rasmi |
2 |
7/8/2024 (Rabu) |
Pameran Info Lebih Baik Cegah: Generasi Madani, Sekolah Bebas Dadah |
1.Pn. Norfaizah binti Mohamad 2.Guru-guru Kaunseling 3.Ahli SLAD dan Ahli KPJ |
Pameran akan berlangsung mulai 9.00 pagi-1.30 tengahari. Jadual lawatan akan dilampirkan.
|
3 |
8/8/2024 (Khamis) |
Ceramah :Penyalahgunaan Dadah |
AJK Ceramah |
Dijalankan semasa perjumpaan kelab persatuan (3.00 petang -4.00 petang) |
4 |
6/8/2024-16/8/2024 |
Pertandingan-pertandingan bermula pada 6.8.2024 dan tarikh hantar karya adalah sebelum 16.8.2024. |
Penyelaras pertandingan |
Hebahan diatas talian melalui Group Rasmi Sekolah dan setiap group kelas murid. |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Pertandingan yang dianjurkan tidak mendapat sambutan daripada murid. |
Kekurangan masa untuk menyediakan hasil karya. |
Tarikh akhir penghantaran karya telah dilanjutkan ke 16.8.2024.
|
Semua JK yang terlibat. |
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti
Borang penyertaan murid (Google Forms)
b. Pemantauan Pencapaian Outcome
Borang maklum balas (Google Forms)
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan kesedaran murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(LOH CHIN YING) Penyelaras PPDa SMK Seri Bintang Selatan Tarikh : |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan Tarikh: |