1 December 2013

Anugerah Guru Penyayang 2012 SMK Cheras



First projek...guru penyayang

Pada tahun 2012, saya ligat memikirkan bagaimana untuk mempromosikan program guru penyayang dan dalam masa yang sama dapat diaplikasikan oleh guru -guru di sekolah. Walaupun setiap guru mempunyai ciri-ciri penyayang mereka..tetapi dengan adanya undian di peringkat sekolah, maka dapat mengenal pasti ciri -ciri penyayang yang bagaimanakah yang menambat hati pelajar. Ini adalah projek pertama saya mewujudkan anugerah ini dan mendapat kata-kata positif dan negatif dari cikgu cikgu sendiri walau keputusan belum diketahui. Guru disiplin antara guru yang memberi sindiran untuk projek ini tetapi saya mempunyai cara saya sendiri melalui undian itu terdapat 10 ciri -ciri yang perlu pelajar respon berdasarkan kepada guru yang mereka undi. Jika 10 ciri itu terdapat pada cikgu tersebut atau sekurang-kurangnya 8 per 10 dan mendapat majoriti undian dari kelas tersebut maka cikgu tersebut layak untuk dicalonkan. Jika terdapat kelas -kelas lain juga memberikan cikgu tersebut antara top 3 maka cikgu tersebut akan menerima anugerah guru penyayang. 

Hasilnya amat memuaskan....walaupun tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi formula itu memuaskan majoriti pelajar dan guru. Ramai guru -guru disiplin juga menerima anugerah ini walau di sesi pagi atau petang menunjukkan bahawa pelajar faham bahawa personaliti guru disiplin untuk menjaga disiplin sekolah sahaja manakala di dalam kelas sewaktu PdP mereka tetap guru yang mendapat tempat di hati pelajar. Seramai 13 guru sesi pagi dan 10 guru sesi petang menerima anugerah tersebut.

Projek ini diusahakan dengan bantuan PRS sepenuhnya dari mengedarkan kertas undian hingga ke mengira undian. Proses penyampaian hadiah juga disampaikan oleh para pelajar AJK Induk PRS.

Antara pemenang anugerah guru penyayang









 

Telegram Channel