9 November 2013

Travel to Bebek Tepi Sawah : Ubud -Bali

Wow!!   
 To describe this place
 Best !!
 To describe the food

Travel ke Bali sewaktu cuti sekolah bulan Jun selama 3 hari 2 malam. Hari terakhir di Bali saya ke restoran Bebek Tepi Sawah. Tempat makan yang highly rekemen by my sister. Wow memang jatuh cinta kali pertama dgn tempat ni. Setting tpt makan di kawasan sawah padi. Pondok yg agak berjauhan antara satu dengan yg lain menjaga privasi dan perbincangan di waktu makan. Jika ingin meminta bantuan pelayan, hanya menekan button sahaja.  Udara yg bertiup dari arah tanah yg terbentang mmg mendamaikan. Mengingatkan saya dengan nostalgia sewaktu kecil di kampung. Buka pintu dapur je angin bertiup dari arah sawah padi. Ada pondok kecil beratap rumbia yg dibina moyang menjadi tempat berehat atau bermain. Ukiran dalaman restoran ni juga sangat cantik. Saya diberitahu yg pemilik restoren ini asalnya pengukir kayu yg berjaya. Oleh itu restoren ini umpama galeri untuk pameran dan penjualan kraftangan seni ukir di bahagian hadapan. Patutla mmg cantik deco sampaikan rekaan dalaman tandas pun  berukir ukir. Cakap psl makanan yg sedap..Yeah..mari try makan bebek umphhh mmg sedap dicicah sambal special.
 

Telegram Channel