3 November 2013

Trip To Tiger Cave & Elephant Camp at Krabi, Thailand-

Ke Krabi, Thailand 
Spent a whole day with my dear sister
On her special day 2 Nov 
Happy birthday

Ke Krabi pada 2 - 4 Nov 2013 dengan trip guru kaunseling Zon Pudu seramai 16 orang. Untuk kali pertama saya travel menggunakan perkhidmatan tour guide kerana byk sgt urusan dan dlm kump yg agak ramai ke luar negeri mmg agak sukar untuk saya mengurus sendiri. Kami berada di LCCT seawal pukul 5.30 pagi untuk penerbangan pukul 7.15 pagi. Perjalanan hanya memakan masa sejam setengah dan tiba di Krabi..kami telah disambut oleh agen di sana pula.

Program 2 November 2013:
Tempat pertama persinggahan kami ialah di Tiger Cave. Wow!! Dengan jumlah anak tangga mencecah seribu lebih agak sukar untuk kami tiba ke puncak bukit utk menikmati pemandangan sekitar Krabi. Dengan peruntukan masa selama sejam dan byk tpt untuk dilawat, saya memilih untuk mendaki tangga sehingga tangga ke 300 sahaja..itupun dah rasa penat dan berpeluh peluh. Tapi kalu bukan pergi dengan tour, confirm saya akan ke puncak juga untuk menikmati pemandangan yang best . Then kami bergambar di sekitar tiger cave yg terdapat banyak kuil dan sami kelihatan di mana - mana. Melihat upacara orang di situ memohon dari sami sami di situ mmg sangat menarik perhatian biasanya tengok kat televisyen sahaja.

Kemudian bergerak ke Marine Fish Farm dan singgah sekejap di tepi jalan untuk mengambil gambar Dataran Krabi dengan pemandangan mountain dan crab dibelakangnya. Lunch disatu restoren halal..dan tomyam seafood sangat sedap!! Check in di Krabi Heritage Hotel di Aunang sambil menunggu agenda seterusnya.

Pukul 3 petang, waktu tempatan kami ke Nosey Parkers Elephant Camp iaitu satu dari pusat untuk trekking menggunakan gajah. Bayaran antara RM100 seorang bedasarkan bayaran kepada tour guide. Kalau tak pakai tour guide antara RM80 sahaja. Kami mendapat gajah yang agak baik kerana gajah tersebut mengikut kata tuannya. Sampai di satu tempat, tuan gajah itu turun dan menyuruh saya pula yang duduk di kepala gajah itu dan membawa gajah tersebut!! Huhu cuak gile..Sewaktu sampai cuaca agak baik tetapi apabila kami sudah menaiki gajah itu dan menyeberangi sungai, cuaca bertukar menjadi sangat buruk dan hujan turun dengan lebat dan angin kuat. kami berhenti sebentar di bawah pokok dan gajah mulai kelihatan resah. Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik memandangkan kami perlu menyeberang sungai yang deras airnya. Sewaktu datang tadi saya hanya menutup mata sebab terlalu gayat bila gajah itu bergerak menyusur sungai..inikan waktu ballik bile keadaan cuaca yang tidak stabil. Setelah itu kami memberikan gajah itu makan sambil bergambar. Apa yang menarik mengenai penjaga gajah di sini difahamkan tinggal bersama dalam kem ini berdasarkan binaan rumah-rumah yang seperti rumah orang asli di Malaysia zaman 90an dulu. Dan penjaga gajah ini juga tanpa segan silu memohon tips dari anda jika dia dapat memberikan khidmat terbaik dan memuaskan hati anda.

Kami terus ke hotel memandangkan baju yang dah basah kuyup dan kemudian kami makan malam di sebuah restoren terapung Islam. Apa yang menarik kat sini...suasana restoren yang mendamaikan..dan resepi keropok kerabu dan tomyam putih isi ikan..huhu memang sedap makanan kat sini. Pukul 7.00 malam kami ke pasar malam di bandar kat sini memang murah dan boleh tawar menawar harga untuk apa saja benda yang ingin dibeli. Sini sangat terkenal dengan handmade dari kasut, baju, beg..wah mmg kena beli. Makanan Islam ada dijual dan mari kita mencuba :). Pukul 8.40 kami bertolak pulang ke hotel.




 

 








Kemudian kami singgah di Ladang Akuakultur. .Marine Farm. Apa yang best kat sini ialah ternakan ikan yang besar macam kerapu, merah dll. Ikan pari sangat jinak dan macam tau yang orang ramai sedang perhatikannya lalu ikan ini membuat aksi !




Elephant Camp - Nosey Park di Krabi. .








Restoran terapung makanan Islam

Pasar malam ..mari kita tawar menawar.
 

Telegram Channel