Whatever makes you happy
SAVE IT
Folio Kerjaya/ Buku Skrap Kerjaya ialah projek tahunan UBK sejak tahun 2001 lagi. Jika dahulu pertandingan buku skrap dengan penyertaan individu dari tahun 2001 hingga 2005. Sejak tahun 2006 pertandingan ini merubah konsep kepada folio kerjaya dengan penyertaan 4 orang dengan pembentangan lisan. Folio kerjaya sekolah ini sering menjadi rujukan dari sekolah sekolah lain sejak Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon, Daerah dan Negeri serta Kebangsaan diwujudkan. Hasilnya setiap tahun kami mendapat tempat johan di peringkat Zon Pudu sejak tahun 2001 dan diperingkat negeri sama ada johan atau naib johan. Di peringkat kebangsaan, sebanyak dua kali kami mewakili WPKL, wakil sekolah ke peringkat kebangsaan.
Namun sejak tahun 2009 pertandingan ini tidak dipertandingkan di peringkat kebangsaan lagi kerana masalah bajet kewangan dari KPM dan fokus pada peringkat negeri dan zon sahaja. Namun demikian setelah peringkat negeri juga menghentikan karnival ini pada tahun 2013 kerana kami sempat menjadi tuan rumah untuk peringkat negeri pada tahun 2012. Maka pertandingan ini hanya dipertandingkan ke peringkat zon sahaja pada tahun 2013 dan tahun ini. Koleksi folio kerjaya tidak pernah kami merasa untuk disimpan di sekolah kerana folio yang dipertandingkan ke peringkat WPKL menjadi milik penganjur. Hanya folio tahun 2012 ini yang berada dalam simpanan kerana pada ketika itu sekolah saya menjadi tuan rumah mewakili Zon Pudu sebagai tuan rumah. Sewaktu karnival hebat dijalankan, sempat saya merasa menjadi hakim folio kerjaya peringkat zon lain iaitu zon Bangsar, Keramat dan Sentul. Saya tidak pernah menjadi hakim WPKL untuk folio kerjaya kerana setiap tahun sekolah terpilih untuk pertandingan ini. Jika sekolah mendapat naib johan folio kerjaya peringkat WPKL, barulah saya berpeluang menjadi hakim peringkat kebangsaan. Hahahaha...Ini kerana johan folio sahaja akan terpilih ke peringkat kebangsaan.
Andaikata pertandingan ini tidak lagi dipertandingkan di peringkat zon pula, saya bercadang untuk meneruskan projek folio ini kepada para pelajar Kelab Kerjaya kerana folio kerjaya yang cantik dan menarik sangat menangkap mata sesiapa sahaja untuk mendekati dan membacanya. Projek folio memang kami selalu mulakan awal..seawal Januari atau akhir tahun lepas untuk mencari peserta projek agar mereka dapat mencari maklumat sepanjang cuti sekolah yang panjang atau mencari maklumat dan design folio seawal Januari bagi memberikan masa sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum pertandingan untuk disiapkan sebanyak 100 muka surat.