Total Pageviews

14 January 2014

Hi! Mentor...hi! Mantee Guru Penyayang

Morning Monday!
Tomorrow again..
Happy holiday!

Bagi program Guru Penyayang yang dilancarkan oleh KPM pada tahun 2012 terdapat 3 perkara utama yang perlu dilaksanakan iaitu 

1) Sambutan pelajar mengalukan kehadiran mereka di pintu pagar sekolah oleh 
     guru sekolah
2) Menyambut hari perayaan bersama pelajar
3) Mengadakan program Mentor Mantee 


Hari ini merupakan perjumpaan pertama projek mentor mantee di sekolah. Perjumpaan menggunakan masa perhimpunan pertama dan perhimpunan rasmi tidak dijalankan. Bagi program ini setiap kelas mempunyai dua orang mentor iaitu mentor pertama merupakan guru kelas dan mentor kedua merupakan guru mata pelajaran. Oleh kerana pada tahun lepas, di bawah projek Guru Penyayang, program mentor mantee   tidak dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. 
Oleh kerana itu, saya merancang strategi berikut agar perlaksanaan lebih efektif
1) memasukkan tarikh mentor mantee di dalam takwim sekolah
2) memberikan taklimat kepada guru guru dalam mesyuarat
3) melantik pemantau tingkatan yang terdiri ketua bidang dan kaunselor
4) mengedar borang penilaian sebaik sahaja tamat program

Hari ini modul satu digunakan iaitu sesi mengisi maklumat peribadi, berkenalan dengan pelajar dalam kelas tersebut dan merancang sambutan hari jadi pelajar. Program berjalan lancar dengan pengetua dan barisan pentadbir bersama sama meronda agar program berjalan lancar. Hasil dari rondaan menunjukkan yang mentor memberikan kerjasama yang baik begitu juga dengan mantee. 


Mantee 3C kelas aliran agama bersama mentor En Marodzi dan Puan Tengku Laila di surau sekolah


Mantee 5S2 bersama mentor Puan Kogilam dan Puan Zalilah di pusat sumber sekolah

Mentor En Mohd Noor membantu pelajar mengisi borang maklumat diri

Mantee sedang menceritakan latar belakang diri kepada pelajar kelasnya.

Mentor membantu mantee mengisi borang maklumat diri dalam kertas edaran yang diberikan

Mantee 5V3 sedang mendengar cerita dari rakan kelas mereka

No comments: