20 January 2014

Ceramah Masalah Sosial Remaja


Hi Monday
Hari ni jalan tak jejak tanah
Rasa cam berlari lari
Ke sana ke mari

Tahun ni everything saya masukkan agenda dalam telefon for reminder atau apa sahaja task. Well nila akibatnya bila software telefon problem dan cam dapat telefon baru.. .zero data. Datang jer sekolah pagi ada aktiviti mesyuarat Agong permainan then program Kesihatan Remaja, then meeting UBK, then meeting PRS, masa ni jugaklah pegawai polis perhubungan sekolah datang..then appointment dengan Setiausaha PIBG tentang Majlis Amal Makan Malam, then Setiausaha JK Guru Kaunseling Zon dtg sek untuk semak minit mesyuarat...wah..wah..nampaknya kena buat cam dulu jugak BUKU NOTA SAYA.. Secara bertulis dalam buku ;) 

Hari ini program Kesihatan Remaja dijalankan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 4 UKM yang diadakan di dewan sekolah yang merupakan tugasan bagi subjek elektif kejururawatan mereka iaitu kesihatan komuniti. saya berurusan dengan student Sharifah dari minggu lepas lagi mengenai keperluan mereka untuk menjalankan program yang mendapat kelulusan dari KPM. Seramai hampir 100 student yang terlibat dari kelas 4v1, 42v, 4k3, 4k4 yang didedahkan dengan ceramah mengenai Masalah Sosial Remaja. Modul yang mereka gunakan sangat menarik untuk dijadikan pengisian bagi slot PPSDM pihak sekolah. Aktiviti multimedia sangat interaktif untuk menunjukkan bagaimana cara menjaga diri dan bagaimana untuk mengelak diri dari terbabit dengan masalah sosial remaja. Seramai 6 orang pelajar jurusan jururawat terlibat dengan program ini dan 2 orang pensyarah mereka yang memantau aktiviti dijalankan. Ceramah yang disampaikan oleh pelajar kejururawatan itu sendiri sangat menarik jika pelajar mendengar dan memberikan perhatian. Sebelum aktiviti ceramah, setiap pelajar dibekalkan dengan buku modul Rahsia Remaja yang memberikan info menarik mengenai dunia remaja itu sendiri. Pelajar kejururawatan ini juga pandai untuk tackle pelajar dengan menyediakan sagu hati dalam angpau dan memberikan angpau tersebut sebagai hadiah bagi pelajar yang dapat menjawab soalan spontan mereka dengan betul. 

Ceramah dari Dr Ariza pakar perunding obstetrik dan ginekologi dari Ampang Puteri Specialist Hospital juga diadakan berkaitan Masalah Seksual Remaja. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan misi hari ini tercapai mengenai memberi kesedaran mengenai pentingnya kesihatan yang baik serta pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja melalui ceramah kesihatan yang disampaikan.
 

Telegram Channel