Total Pageviews

1 February 2014

Minit Mesyuarat Unit Kaunseling 114

Happy Chinese New Year
A long holiday
Stay rumah jer
And countdown for 4 February

Hari ni fokus menyiapkan minit mesyuarat UBK dan minit mesyuarat 3K. Hmmm..nila hasil berjam-jam mengadap. Dapat jawatan setiausaha untuk 5 unit..delay minit mesyuarat akan menambah beban di lain masa. Orait ni minit mesyuarat UBK kali 1/2014.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI PERTAMA  2014

                                                                 SMK CHERAS              


1.                1.     PERUTUSAN PENGERUSI

1.1          Tuan pengetua mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan

mengalu-alukan kehadiran semua AJK.

      Tindakan : Makluman

     2.     PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1       Minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Encik Che Mohamad Padali dengan pindaan.


     3.     PERKARA BERBANGKIT

3.1  Perkara (4.1 pada minit 4.1.2.4) pada muka surat 4 :Projek Mentor Mantee Guru Penyayang telah dijalankan dengan jayanya

                                Tindakan : Makluman

3.2  Perkara (4.1 pada minit 4.1.3.3 ) pada muka surat 5. Program Minda Sihat membantu guru kaunseling mengetahui lebih cepat untuk membantu pelajar. Bagi guru kelas merujuk pelajar yang bermasalah psikologi, guru mata pelajaran perlu membuat laporan tingkah laku pelajar tersebut sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa format untuk laporan guru mata pelajaran telah disediakan.

Tindakan : Makluman

3.3  Perkara (4.1 pada minit 4.1.3.4) pada muka surat 5  : Puan Sapura mencadangkan agar guru kaunseling menyediakan format borang untuk laporan kesihatan mental dan diletakkan di bilik PK HEM atau di luar kawasan sekolah. Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa format untuk kesihatan mental disediakan selepas berbincang dengan AJK Program Minda Sihat dari Klinik Kesihatan Cheras 2014.

                                                                                                                                    Tindakan: Makluman



3.4 Perkara (4.2 pada minit 4.2.2) pada muka surat 7  : Program Penetapan Matlamat Fasa 3, pada 20 September 2013 akan dijalankan secara berfokus kepada kumpulan pelajar projek mentor mantee Permata.  Pengisian bagi fasa 3  dibentuk mengikut ceramah pecutan akhir PMR dan SPM. Encik Che Mohamad Padali memaklumkan program ini sudah dirangka dan sudah dikenalpasti penceramah bagi pecutan akhir PMR dan SPM iaitu Dr Osman Affan yang berpengalaman dalam program motivasi belajar dan peperiksaan.

                                                                                                                                Tindakan: Makluman

3.5  Perkara (4.3 pada minit 4.3.1) pada muka surat 9 : Minggu Suaikenal .  Pn Rozinani    memaklumkan bahawa pada tahun 2014 format bentuk buku kertas A4 telah diagihkan kepada pelajar semasa membuat pendaftaran. (Buku Maklumat Murid).

           Tindakan: Makluman

3.6  Perkara   (4.4 pada minit 4.4.1) pada muka surat 10 : Pn Lee Wan Yee menyatakan masalah peras ugut di dalam kawasan tandas sekolah dan Pn Rozinani memaklumkan bahawa  perkara tersebut telah dimaklumkan semasa perhimpunan rasmi sesi petang.

                                                                                                                          Tindakan: Makluman



3.7 Perkara (4.4 pada minit 4.4.6) pada muka surat 11: Puan Farah Hanum memaklumkan ada ibu bapa yang memberikan cadangan  agar salinan penetapan target PMR dibuat salinan untuk ibu bapa. Encik Che Mohamad Padali memaklumkan bahawa sekolah telah berbincang dengan pentadbir salinan target boleh diberikan kepada ibu bapa tetapi kemungkinan untuk sesi 2014 jika mendapat dana  dari PIBG sekolah untuk membuat salinan kepada ibu bapa pada Hari Terbuka sekolah.

                                                                                                                     Tindakan: Makluman              

4.         PELAPORAN

4.1 Pelaporan oleh Puan Nurhaiza Che Mat

     4.1.1 Laporan Sesi Kaunseling

4.1.1.1 Laporan kaunseling individu seramai 389 pelajar menerima perkhidmatan kaunseling dengan 173 pelajar kerana kes disiplin. 97 pelajar kerana kes psikososial,56 orang kes akademik, 33 orang kes kerjaya dan 14 kes dadah/HIV dan rokok manakala seorang kes peribadi.

                                                                                                Tindakan: Makluman

4.1.1.2Laporan kaunseling kelompok menunjukkan seramai 781 pelajar menerima perkhidmatan kaunseling kelompok dengan 264 orang akademik, 215 orang psikososial, 135 orang kerjaya, 126 orang kes disiplin, 32 orang dadah/HIV/AIDS , 5 lain-lain kes.

                                                                                                Tindakan : Makluman

4.1.1.3 Laporan sesi kaunseling individu menunjukkan 532 sesi kaunseling telah dijalankan dengan 235 sesi kaunseling akademik, 131 sesi psikososial, 75 sesi akademik, 48 sesi kerjaya, 24 sesi dadah/HIV, 18 sesi lain-lain dan 1 sesi peribadi

                                                                                                Tindakan: Makluman

4.1.1.4 Laporan sesi kaunseling kelompok menunjukkan 276 sesi kaunseling telah dijalankan dengan 74 sesi kaunseling akademik, 52 sesi psikososial, 74 sesi akademik, 66 sesi kerjaya, 17 sesi dadah/HIV, 5 sesi lain-lain dan 4 sesi peribadi

                                                                                                Tindakan: Makluman

4.1.1.5 Pengetua memohon pembentangan dalam bentuk data yang boleh dijadikan perbandingan dengan tahun lepas berdasarkan peratus pelajar dan enrolmen pelajar.

                                                                                          Tindakan: Puan Nurhaiza

                4.1.2 Program Selepas PMR

4.1.2.1 Program Selepas PMR telah dijalankan dengan pengagihan aktiviti kepada panitia Tingkatan 3 bagi menggerakkan aktiviti. Di bawah UBK hanya 7 hari sahaja aktiviti yang dianjurkan. Oleh itu penting kreativiti panitia untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dan menyeronokkan. Program Lepas PMR pernah dicadangkan agar dijalankan sesi pengajaran bagi mata pelajaran wajib Tingkatan 4 tetapi tiada sambutan kerana pelbagai kekangan dari panitia.

                                                                                                Tindakan: Makluman

4.1.2.2 Pada tahun ini program lepas PMR tidak dianjurkan oleh UBK lagi kerana PBS Tingkatan 3 berterusan sehingga akhir sesi persekolahan 21 November 2014.

                                                                                                Tindakan: Makluman

                4.1.3  Program Minda Sihat

4.1.3.1 Program Minda Sihat telah dijalankan dengan saringan pelajar yang terlibat dengan skor stress teruk dan sangat teruk pada Januari ialah 38 orang Tingkatan 4 dan 28 orang Tingkatan 2. Saringan kedua pada April menunjukkan peningkatan pelajar yang mendapat skor stress teruk dan sangat teruk ialah 50 orang Tingkatan 4 dan 44 orang Tingkatan 2.

                                                                                                Tindakan: Makluman

4.1.3.2 Rujukan pelajar yang terlibat dengan saringan minda sihat akan banyak menggunakan masa sesi kaunseling kerana fokus pelajar ini lebih lama berbanding kes sesi kaunseling lain kerana pelajar telah mengalami stress dan kemurungan yang teruk dan sangat teruk dan memerlukan rujukan ibu bapa dan berkait dengan kes yang memerlukan prosedur perundangan dan agensi lain yang berkaitan.

                                                                                                Tindakan: Makluman



                  4.1.4  Program Guru Penyayang          

 4.1.4.1Pada tahun lepas, perlaksanaan modul tidak dapat dijalankan setiap bulan bagi program mentor mantee. Oleh itu pada tahun ini, program mentor mantee dimasukkan ke dalam takwim.

                                                                                                Tindakan: Makluman

                 4.1.5 Program Mentor Mantee Permata

4.1.5.1Pada tahun lepas, 12 peserta projek ini memperolehi ‘straight’ A. Mentor memberikan cadangan agar program ini dijalankan seperti tahun 2012 yang mana hanya 25 mantee terlibat dan nisbah mentor mantee boleh dikurangkan agar lebih fokus.

              Tindakan: Pn Nur Asyikin Ho/ Pn Looi Len Eng


                        4.1.5.2  Puan Nur Asyikin Ho mencadangkan agar ‘peer group’ dijalankan dan 

                                    AJK bersetuju agar 25 mantee kumpulan pertama projek permata akan

                                    mendapat mentor guru manakala 25 mantee kumpulan kedua akan

                                    menghadiri kumpulan ‘peer group’ dengan bimbingan guru.

                                                                        Tindakan : Puan Nur Asyikin Ho/ Pn Looi Len Eng


                        4.1.5.3 Senarai nama mantee Tingkatan 3 boleh diperolehi dari guru peperiksaan

                                   Tingkatan 2.

                                                                                                            Tindakan: Puan Nurhaiza



                4.1.6    Kelas Tuisyen NADI

4.1.6.1 Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen NADI dan penyertaan akan   

            dibuka terlebih dahulu kepada mantee program permata yang layak.

                                                                                                                                               Tindakan :Makluman

               





4.2       Pelaporan Oleh Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat

            4.2.1    Program Penetapan Matlamat

4.2.1.1 Program Penetapan Matlamat pada 2013 telah dijalankan kepada pelajar program  Permata Mentor Mantee oleh Dr Osman Affan.

                                                                                                Tindakan: Makluman


4.2.1.2 Penetapan Target SPM akan dijalankan di dewan oleh penceramah Kolej INTI pada 28 Januari melibatkan semua pelajar Tingkatan 5.

                                                                                                 Tindakan: Makluman


            4.2.2    Kursus Kepimpinan Sekolah

4.2.2.1 Program telah dijalankan di Nur Bukit Unggul pada bulan Jun melibatkan program 2 hari 1 malam.

                                                                                                Tindakan : Makluman

            4.2.3    Program Minggu Kerjaya

4.2.3.1 Program Halatuju SPM dan PMR akan diadakan di mana 14-18 April 2014 diadakan ceramah dan lawatan. Ceramah akan melibatkan penceramah dari kolej yang berfokuskan kemahiran.

                                                                                                                   Tindakan: Makluman


            4.2.4    Pecutan Akhir PMR dan SPM

4.2.4.1 Pecutan akhir PMR akan dijalankan pada 11 Ogos 2014 manakala pecutan akhir SPM akan dijalankan pada 8 Oktober 2014 di Kolej INTI NILAI melibatkan semua pelajar Tingkatan Lima meliputi makanan dan pengangkutan.
                                                                                                                                    Tindakan : Makluman           
             
            4.2.5    Program Pembangunan Sahsiah Dan Disiplin Murid
4.2.5.1 Pihak sekolah akan menjalankan program ini di sekolah pada 19 Februari    2014 dan 26 Februari 2014. Manakala bulan Julai akan diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah.
                                                                                                                   Tindakan: Makluman

4.2.5.2 Pada tahun lepas seramai 5 orang terlibat dengan program ini di PPD dari ujian pra menunjukkan tahap sahsiah yang rendah hanya datang ke sekolah kerana orang lain hadir ke sekolah. Walaubagaimanapun selepas program intervensi dijalankan, tahap sahsiah adalah tinggi kecuali seorang pelajar.
                                                                                                                                             Tindakan : Makluman


                   4.2.5.3 Bagi program Jati Diri difokuskan kepada pelajar perempuan sahaja. Pra    ujian menunjukkan sahsiah yang sederhana tetapi selepas intervensi di tahap yang tinggi.

                                                                                                                                              Tindakan: Makluman


4.2.5.4 Data hasil ujian urin menunjukkan daripada 49 orang yang dibuat ujian urin, didapati seorang positif. Walaubagaimanapun pelajar tersebut telah berpindah keluar dari SMK Cheras.

                                                                                                                                               Tindakan : Makluman

            4.2.6    Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

4.2.6.1 LDP pada tahun 2014 akan dijalankan sebanyak 4 kali dengan LDP pertama pada 8 Mac 2014. LDP Kedua pada 3 Mei 2014, LDP Ketiga pada 23 Ogos 2014 dan LDP Keempat pada 18 Oktober 2014. Encik Mohamad Padali akan bertindak selaku pemangku sementara menunggu pengesahan pengganti En Pua yang akan bertindak selaku Setiausaha LDP.
                                                                                                                    Tindakan : Makluman

            4.3       Laporan dari Pn Rozinani Awang
            4.3.1   Minggu Suaikenal
4.3.1.1 Minggu Suaikenal tahun ini telah dijalankan dengan lancar dengan format baru dengan mengadakan buku maklumat pelajar. Agar pelajar dapat menampal maklumat di dalam buku tersebut agar tidak tercicir dan memudahkan urusan mengumpul dokumen pelajar.

                                                                                                                        Tindakan: Makluman

            4.3.2    Program Guru Penyayang

4.3.2.1 Pada tahun ini program guru penyayang untuk aktiviti sekolah akan  diadakan mengikut panitia pula untuk memilih guru penyayang mengikut panitia. Ia merupakan inisiatif UBK dan bukan berdasarkan aktiviti dari KPM.

Tindakan: Makluman

            4.3.3    Program Dasar Warga Emas Negara

4.3.3.1  Aktiviti ini telah dijalankan melibatkan pelajar PRS Tingkatan 4 dan pelajar mata pelajaran Sivik kelas 4V3. Aktiviti melawat rumah orang tua sambil berkomunikasi dengan mereka.

                                                                                                Tindakan: Makluman

            4.4       Pelaporan Dari Penyelaras Tingkatan

4.4.1    Pn Ang memaklumkan bahawa ada seorang pelajar yang bermasalah untuk bergerak tetapi bapanya memaklumkan bahawa status anaknya tidak melayakkan untuk mendapat OKU. Pn Sapura memohon agar Pn Ang merujuk kepadanya untuk Pn Sapura menghubungi ibu bapa pelajar tersebut untuk menerangkan kondisi sekolah.

                                                                                                                        Tindakan: Pn Ang


4.4.2    Encik Chen memaklumkan setakat ini masalah disiplin pelajar Tingkatan 1 terkawal dengan jumlah pelajar yang agak kecil dalam satu kelas iaitu antara 20 hingga 25 orang sahaja.

                                                                                                                        Tindakan : Makluman


4.4.3    Puan Khamziyah memohon agar tangga di sebelah pusat sumber ditutup kerana pelajar sesi petang gemar berkumpul di situ sewaktu pertukaran kelas. Pengetua bimbang jika berlaku kecemasan pintu tersebut harus segera dibuka. Oleh itu pengetua mencadangkan agar pelajar dilarang menggunakan tangga tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

                                                                                                                                   Tindakan : Pn Khamziyah


4.4.4    Puan Khamziyah memohon agar peraturan pelajar naik turun tangga berkuatkuasa semula kerana kesesakan di tangga sewaktu pertukaran masa antara sesi pagi dan petang. Guru disiplin akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada pelajar pagi agar menggunakan tangga di sebelah pusat sumber untuk turun dari blok sewaktu balik.
                                                                                         Tindakan: En Mohd Noor

4.4.5   Puan Farah memaklumkan bahawa pelajar yang berpindah masuk ke SMK Cheras berjumlah 24 orang dengan pelbagai kes dan ada yang rayuan semula dan ada pelajar lembam.

                                                                                             Tindakan: Makluman


4.4.6    Pn Roszita memaklumkan mengenai jumlah pelajar Ting 4 setakat ini ialah 307 orang. Kelas MPV telah penuh manakala kelas 4 Sains 1 seramai 10 orang akan memasuki 4S2.
                                                                                            Tindakan : Makluman

4.4.7    Pn Tan Nyok Moi memaklumkan bahawa 308 pelajar Tingkatan Lima. Pendaftaran ramai pelajar baru dari SMK Seri Mutiara 
                                                                                          Tindakan : Makluman
5.            Hal-Hal Lain
5.1  Pn Khamziyah meminta senarai baru untuk mengenal pasti dokumen yang diperlukan untuk pelajar yang baru masuk ke SMK Cheras terutama bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Tindakan : Puan Sapura

6.             Penutup

       Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang



Disediakan oleh,                                                                                



(Puan Nurhaiza Bt Che Mat)                                                 

Setiausaha                 

Unit Bimbingan Dan Kaunseling                                            

SMK Cheras





                                                                                                                                               


No comments: