2 February 2014

Kes pergaduhan antara pelajar

Selamat Hari Wilayah
Anak anak WPKL
Walau di mana jasad berada
Kuala Lumpur tetap di hati

Tgh buat report lengkap kes di sekolah pukul 4.30 pagi buta ini so masih fresh nak cerita kat sini tapi of course tak sedetail seperti laporan sesi kaunseling yang sulit.

Kes gaduh kali ni melibatkan tingkatan yg berbeza dari form 3, form 4 dan form 5. Puncanya pelajar G telah berlaga bahu dgn student I. Tapi I marah dan mengatakan G kurang ajar. Tiba - tiba kawan G iaitu S masuk campur. I memprovokasi G dengan mengajak menyelesaikan perkara ini di luar sekolah . S tidak berpuas hati kerana menganggap isu ini telah selesai.

Tamat waktu sekolah, I dah tunggu dgn P dan B di tpt parking motor. G dgn S datang dan bercakap dengan mereka sehingga tiba -tiba seseorang memukul kepala S. G mengambil topi keledar dan memukul kepala P bila dia nampak P bawa S ke arah lain.  B pula menyerang S tetapi  B tersungkur dan muka bercalar dan terjatuh. G ambil peluang menendang pinggang B . Pergaduhan berhenti bila pengawal keselamatan datang dan menyergah mereka.


Okey mari check kronologi cerita.
Kenapa I setakat laga bahu dgn G tapi marah sangat?
Orait cerita lama dari luar sekolah. G dan S pelajar baru di sekolah ini. G ada masalah dgn geng luar sekolah I  . Jadi bila masuk sekolah ni I cari pasal dengan G.
Kenapa B yang takde kena mengena masa kes di kantin masuk campur tetapi B pulak yg berlanjutan dlm kes gaduh ni?
B bergeng dgn I. Jadi kalau I ada masalah mestilah kena tolong dan rupanya B dan I satu geng luar sekolah. Apabila B tak puas hati kena belasah dgn S, dia minta diulang pergaduhan dengan membawa geng dari luar. Yang menariknya dgn B ni, dia tak sedar tindakan itu salah. Dia tetap mengatakan settle cara baik dan dia tidak menggunakan senjata. Jadi dia tidak bersalah. Tetapi geng G dan S menggunakan senjata iaitu helmet. Student perlu diingatkan provokasi bermula dengan geng I . Itu dah salah. Sentuhan bermula juga dari geng I which is jelas disitu berlaku kekasaran. G menggunakan senjata iaitu helmet kerana mempertahankan diri tidak salah kerana dalam keadaan kelam kabut seseorang tidak boleh membezakan niat orang lain terhadapnya terutama kpd semua geng I. Sepatutnya bila berlaku provokasi dan ugutan, G dan S perlu memberitahu kpd pihak sekolah agar tindakan awal dapat dibuat. Tetapi G dan S tidak memberitahu pihak sekolah dan berlanjutan bersetuju untuk menyelesaikan di luar dengan pergaduhan. Itulah kesalahan G dan S pula.
Lihat bagaimana kes gaduh ni berpunca dan melarat. Bagaimana student ni ada bonding yg cukup baik dgn kroni mereka hingga kes luar sekolah di bawa ke dalam sekolah. Sesi merasionalkan student B cukup berhati hati...student yg panas baran dan pernah dibuang sekolah. Well saya terpikir apa yg dibuat oleh student ni sewaktu dibuang sekolah dan menyambung kembali sekolah tahun lepas. Dikelilingi oleh kawan yang terlibat dgn masalah sosial tidak sihat untuk zaman remajanya.  Baru berapa minggu bersekolah semula setelah setahun keciciran nampaknya pelajar ini sukar menyesuaikan diri agar tidak melibatkan diri dalam sebarang masalah disiplin memandangkan ikatan geng yang begitu kuat..memang lumrah masalah sosial di luar sana..semangat pentingkan kumpulan yang kuat menandingi diri sendiri.
Begitu juga dengan student G baru Ting 3 tetapi rangkaian geng dah ada di luar. Ingatla once you dah join dgn geng di luar, agak susah menarik diri. Walau ke mana anda bertukar sekolah tetapi musuh lama tetap ada untuk mencari pasal. Berhati hati memilih kawan.. dapatkan sokongan keluarga dan kena ada kawalan diri yg kuat untuk menahan diri dari terlibat dgn unsur negatif di luar sana.
Ibu S mengambil tindakan yg sewajarnya dengan menukarkan anak ke sekolah lain kerana of course keselamatan di sekolah boleh diberi jaminan oleh pihak sekolah tetapi tidak di luar sekolah seawal melangkah kaki ke luar pagar sekolah krn pelajar pelajar ni masing masing ada geng di luar sana yg tidak bersekolah. Begitu juga dgn G, keluarga mengambil langkah menukarkan anak ke sekolah yang lain. Bagi B yg berstatus pelajar rayuan semula memang agak susah untuk kekal di sini  dgn kes disiplin yg baru. I pula hingga kini masih belum dapat dihubungi begitu juga ibu bapanya yang masih tidak dapat hadir ke sekolah lagi.


 

Telegram Channel