Total Pageviews

9 February 2014

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Day 2

Bermalam di sekolah
Bilik kaunselingku...bilik tidurku

Tetiba dah senyap dari keadaan hiruk pikuk student buat aktiviti..pukul 3 pagi kot!

Seawal 5 pagi saya meronda kawasan sekolah dari blok ke blok untuk memantau kawasan dan aktiviti student ketika ini. Berjalan sorang diri dalam gelap merasai suasana pagi yg sgt mendamaikan.
Hari ni aktiviti riadah. Yg menariknya fasi berjaya create senamrobik yg sgt lincah dengan step baru dan muzik yg segar dan rancak. So cam cikgu dia pun nak join senamrobik sama. 
Then hari ini aktiviti pecah rahsia si pengirim misteri surat rahsia. Aktiviti ini bermula sejak semalam lagi, fasi menyerahkan satu nama kpd setiap peserta so peserta perlu observe org tersebut dan memberikan kata positif dan dipos ke dalam sampul surat peserta tersebut. Setiap peserta menampal sampul surat mengikut kumpulan pada dinding dewan. Jadi hari ini setiap peserta diperkenalkan dengan si pengirim surat. Amalan untuk meningkatkan etika kerahsiaan PRS kerana setiap org begitu bersemangat untuk mengetahui siapa pengirim misteri dan dalam masa yg sama memerhatikan orang lain.

Acara penutup penyampaian hadiah
Kumpulan terbaik : hijau
Peserta terbaik lelaki: Faris
Peserta terbaik perempuan: Farisha
Fasi dr group terbaik: Izzati dan Aimuni 

No comments: