Total Pageviews

13 March 2014

Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling KL 2/14

Cuaca tak menentu
Jerebu Cheras cecah IPU 170
Meeting di KL nampak berasap
Sampai Kajang hujan pulak

Hari ni mesyuarat JK Guru Kaunseling WPKL di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane di Jalan Maran dekat Taman Tasik Titiwangsa tu. Meeting jumpa muka muka batch baru untuk jawatankuasa ni. Byk betul agenda yg nak dibincangkan dlm perjumpaan pertama ni. Antaranya Karnival Kaunseling Kerjaya yg akan diadakan dengan bajet rm 8k untuk gabungan menengah dan rendah. Satu bajet yg agak lumayan. Walaupun kerjaya peringkat negeri hanya tawarkan tempat untuk eksplorace dan rekabentuk grafik tapi kami bercadang mengadakan semua kerjaya jugak untuk melibatkan ramai pelajar tetapi dgn format baru seperti
-EAK dengan multimedia sahaja tanpa buku dokumentasi
-Folio dengan buku sahaja tanpa presentation
- Sketsa mengenai apa sahaja kerjaya

Tiba tiba baru tau kena gabung dgn sek rendah ligatla otak nak pikir rombak paperwork sbb nak add on nama AJK dan list pertandingan yg lebih panjang. Lepas ni kena duduk dgn AJK sek rendah untuk bincang detail before penyelaras bentang paperwork 18 Mac ni.
Okey format PPSDM juga ditukar dari fokus kepada ponteng dan masalah seksual kepada fokus terhadap buli dan kesopanan. Okey program ni serentak satu negara so modul akan digubal dan melatih JU PPSDM terlebih dulu dgn modul baru. Makanan, tempat dan peralatan sebanyak RM 1600 untuk satu slot PPSDM dengan sasaran 80 orang pelajar. Menarik tu...dahla mintak sponsor untuk program ni juga so bolehla tambah apa yg patut. 
Pengerusi MGKKL minta agar seorang kaunselor membayar RM 20 seorang untuk yuran selama 4 tahun. Apa taknya sbb 3 tahun lately ni MGKKL tolong bayarkan untuk ahlinya yuran ke KLCA.
Antara input penting utk disebarkan ke ahli zon ialah
~Ahli SST seramai 10 orang dr setiap zon
~Sepkm dah boleh key in
~Psikometrik on mcm biasa
~Make sure KPI disiplin sekolah
~Make sure KPI ponteng sekolah
~Mesti ada profil pelajar untuk setiap kes bermasalah.
~bilangan pelajar urban poor yg tidak mendapat mkn yg cukup
~ Nama guru kaunseling yg belum mendaftar dengan Lembaga Kaunselor
  Yang selebihnya boleh refer handout di bawah

No comments: