Total Pageviews

6 March 2014

Seminar Minat Sains Dan Math

Outing lagi
Bawa student ke Kolej YPC

Hari ni bawa student 20 org ke Kolej YPC dgn 3 kereta cikgu yg mmg cap sardin mujurla dekat jer. Angkut semua student 3c dan 8 student dari kelas lain yg semuanya PRS. Seminar minat sains dan matematik. Dalam program ini saya selaku AJK Penceramah yg kena stand by kat situ dan bantu urusan penceramah jika ada apa apa keperluan dan stand by jika penceramah tidak hadir. Mujurla program berjalan lancar. Duduk 5 jam kat sini sambil depan dengar ceramah ..saya duduk di belakang apalagi keluarkan laptop dan buat kerja pengurusan kertas kerja Minggu HEM dimurnikan lagi...edit sana sini so esok ngadap boss untuk sign. Siap gak paperwork by the end of the programme.

Penceramah yg menarik dari guru cemerlang Sains SMK Maluri iaitu Encik Saad memang pandai dia buat joke sampai saya pun dok tergelak. Then guru cemerlang Matematik dari SMK Yaakob Latif yang sampaikan pengajaran Matematik dengan cara yang mudah.


No comments: