Sabtu yg tak bekerja
Tak ke sekolah mcm biasa
Setelah sekian lama
Tak ke sekolah mcm biasa
Setelah sekian lama
Kajian mengenai keberkesanan buku kawalan diteruskan untuk mengawal kadar ponteng kelas sesi 2014. Hari ni nak share hasil kajian tahun 2012 yang saya jalankan untuk mengetahui sejauh mana sistem buku kawalan kelas ini dilaksanakan dan penambahbaikan yang pihak pentadbir sekolah akan lakukan untuk memantapkan lagi sistem buku kawalan kelas ini.
1.0
Refleksi
Yang Lalu
Peratus kehadiran pelajar ke
sekolah bagi tahun 2011 adalah lemah kerana hanya 85% sahaja pelajar yang hadir
setiap hari. Dengan jumlah kehadiran yang lemah, peratus pelajar yang ponteng
kelas juga meningkat . Statistik dari data SSM iaitu salah laku pelajar
menunjukkan pelajar yang ponteng kelas bagi tahun 2011 seramai 62 orang. Dari
buku kawalan kelas juga menunjukkan kes pelajar yang ponteng kelas berlaku setiap hari, sama ada pelajar yang pertama
kali ponteng kelas atau pelajar yang sama dan mengulangi kesalahan yang sama.
Kesalahan ponteng kelas adalah satu kesalahan yang serius kerana pada hari
tersebut guru kelas akan mencatatkan kehadiran pelajar sebagai hadir dalam
jadual kedatangan . Oleh itu, jika berlaku musibah kepada pelajar yang ponteng
kelas itu di luar sekolah, maka pihak sekolah juga yang akan menerima implikasi
yang teruk.
2.0 Fokus Kajian
Fokus kajian ialah
terhadap guru mata pelajaran yang akan melaporkan mengenai kedatangan pelajar
pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
3.o Objektif Kajian
Objektif
Umum
Agar
dapat mengurangkan kadar ponteng kelas pelajar SMK Cheras
Objektif Khusus:
1) Agar
guru-guru lebih peka untuk mengira bilangan pelajar sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran.
2) Agar
guru-guru mencatat jumlah pelajar di dalam buku kawalan kelas dan mengenal
pasti bilangan pelajar yang ponteng kelas.
3) Agar
guru-guru mata pelajaran bagi kelas tersebut dapat mengenal pasti nama pelajar
yang ponteng kelas untuk diambil tindakan.
4.0 Kumpulan Sasaran
Semua
guru SMK Cheras
5.0 Perlaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Masalah pelajar ponteng
kelas dan merayau-rayau di dalam kawasan
sekolah. Pelajar datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran mereka
dicatat sebagai hadir pada hari berkenaan oleh guru kelas tetapi kemudian
pelajar ponteng kelas. Pelajar bukan sahaja ponteng dan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah bahkan keluar dari
kawasan sekolah dan melepak di kawasan Medan Selera atau siber kafeteria di
Taman Tenaga, Veledrom dan kawasan yang lain. Perkara ini amat merbahayakan
mereka kerana ibu bapa percaya pelajar berada di dalam kawasan sekolah .
Ditambah lagi dengan sikap tidak peka guru –guru mata pelajaran untuk mencatat
jumlah pelajar yang semakin kurang di dalam kelas atau mencatat nama pelajar
ponteng, menyebabkan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku melibatkan pelajar
tersebut maka implikasi terhadap pihak sekolah bertambah buruk. Ini kerana pada
ketika itu dicatatkan pelajar berada di dalam kawasan sekolah kerana kehadirannya
di sekolah. Oleh itu, pihak pentadbir ingin menangani masalah pelajar ponteng
kelas agar dapat mengawal kadar ponteng kelas kepada yang paling minimum atau
penurunan kes dari Januari hingga April 2012 . Oleh itu kajian kes akan
dijalankan bagi bulan Januari – April 2012 untuk mengetahui sejauh mana
keberkesanan program dapat mengurangkan pelajar ponteng.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
1. Analisis bilangan masa pelajar ponteng
kelas berdasarkan buku kawalan kelas.
2. Analisis
bilangan masa guru yang gagal mencatat dalam buku kawalan kelas dengan betul.
3. Analisis
bilangan guru yang tidak mencatat langsung dalam buku kawalan kelas.
5.3 Tindakan Yang Akan Dijalankan
Tindakan 1 : Mengadakan format buku kawalan kelas yang
lebih baik.
Penambahbaikan format buku kawalan kelas dengan memasukkan
jadual masa pelajar yang ponteng dan tindakan yang diambil dari aspek disiplin
dan kaunseling.
Oleh
kerana terdapat kes kehilangan buku kawalan kelas, maka hanya guru masa pertama
atau guru kelas sahaja yang dibenarkan mengambil buku kawalan kelas dari
pejabat manakala guru masa terakhir akan memulangkannya ke pejabat.
Buku
kawalan kelas juga dibuat dalam 2 versi iaitu versi pertama dari Januari – Mei.
Manakala versi kedua dari Jun- November.
Tindakan 2 : Melantik AJK bagi pengurusan buku kawalan
kelas.
Melantik guru-guru
disiplin yang bertanggungjawab menyelia buku kawalan
kelas untuk diambil
tindakan seterusnya.
Tindakan 3. Mengenal pasti guru-guru yang tidak mencatat
data bilangan pelajar dengan betul.
Melalui
pemantauan buku kawalan kelas, maka pemantau dapat mengenal pasti guru – guru
yang tidak mencatat bilangan pelajar dengan betul. Ini kerana pelajar lebih
peka untuk hadir sentiasa pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran kerana
mengetahui bilangan pelajar dikira di dalam kelas.
5.4 Refleksi Kajian
Setelah
menjalankan 3 tindakan di atas, didapati bilangan para pelajar ponteng kelas
tidak menurun kerana mereka masih cenderung untuk ponteng kelas memandangkan
setiap masa pengajaran dan pembelajaran masih terdapat guru-guru yang tidak
peka terhadap kiraan bilangan pelajar di dalam kelas sama dengan bilangan
pelajar yang hadir pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar yang sama
ponteng kelas akan ponteng dalam beberapa masa pengajaran dan pembelajaran yang
lain. Bukan sahaja data dikira, bahkan nama pelajar yang ponteng juga akan
ditulis di dalam buku kawalan kelas untuk tindakan guru disiplin.
Oleh
itu dari data yang ditunjukkan di bawah menunjukkan sistem buku kawalan kelas
sekolah perlu dimantapkan lagi.
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan masa pelajar ponteng kelas dari Januari hingga
April.
TING
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
PERALIHAN
|
0
|
0
|
0
|
0
|
TING 1
|
2
|
10
|
5
|
15
|
TING 2
|
24
|
16
|
25
|
52
|
TING 3
|
48
|
77
|
132
|
88
|
TING 4
|
22
|
90
|
101
|
70
|
TING 5
|
15
|
23
|
27
|
45
|
Berikut merupakan kelas yang
mempunyai kadar masa ponteng tertinggi:
Sesi petang
1) 2 Luhur dengan 29 masa ponteng
2) 2 Setia dengan 21 masa ponteng
3) 2 Makmur dengan 18 masa ponteng
Sesi pagi
Tingkatan 4:
1) 4K5
dengan 164 masa ponteng
2) 42V
dengan 61 masa ponteng
Tingkatan 3:
2) 3 Efisien
dengan 78 masa ponteng
3) 3 Makmur
dengan 70 masa ponteng
4) 3 Tekun
dengan 54 masa ponteng
Tingkatan 5:
1) 5S2
dengan 41 masa ponteng
2) 5V1
dengan 31 masa ponteng
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari Januari hingga
April.
TING
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
PERALIHAN
|
0
|
0
|
0
|
0
|
TING 1
|
1
|
3
|
3
|
3
|
TING 2
|
9
|
8
|
10
|
10
|
TING 3
|
12
|
10
|
10
|
9
|
TING 4
|
15
|
15
|
14
|
15
|
TING 5
|
5
|
8
|
8
|
8
|
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat langsung dalam buku
kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April.
TING
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
PERALIHAN
|
22
|
8
|
10
|
5
|
TING 1
|
173
|
173
|
109
|
160
|
TING 2
|
127
|
93
|
82
|
185
|
TING 3
|
107
|
51
|
61
|
100
|
TING 4
|
96
|
102
|
126
|
137
|
TING 5
|
92
|
120
|
127
|
192
|
Berdasarkan
jadual di atas, di dapati kelas – kelas tersebut mempunyai kadar tertinggi
bilangan masa guru tidak mencatat langsung dalam buku kawalan kelas dalam bulan
Januari hingga April iaitu :
Sesi petang
Tingkatan 1
1) 1 Jujur dengan 83 masa
2) 1 Tekun dengan 67 masa
Tingkatan
2
1) 2 Tekun dengan 94 masa
2) 2 Dedikasi dengan 79 masa
Sesi
pagi
Tingkatan
3
1) 3 Setia dengan 60 masa
2) 3 Tekun dengan 54 masa
Tingkatan
4
1) 42V dengan 87 masa
2) 4ST dengan 55 masa
Tingkatan
5
1) 5K3 dengan 96 masa
2) 5S2 dengan 87 masa
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat dengan lengkap dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari
hingga April.
TING
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APR
|
PERALIHAN
|
6
|
1
|
1
|
12
|
TING 1
|
29
|
22
|
23
|
49
|
TING 2
|
143
|
131
|
109
|
217
|
TING 3
|
29
|
9
|
12
|
9
|
TING 4
|
5
|
10
|
16
|
15
|
TING 5
|
4
|
8
|
7
|
9
|
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Kajian
seterusnya mendapati adalah lebih baik jika penguatkuasaan buku disiplin ini
dimantapkan dengan melengkapkan data kehadiran pelajar dengan lengkap terlebih dahulu oleh guru
kelas atau ketua kelas. Penguatkuasaan sistem terhadap guru-guru mata pelajaran
yang tidak melengkapkan buku tersebut dengan menegur secara lisan atau
bertulis. Buku kawalan kelas juga perlu diperbaharui setiap bulan. Tindakan
disiplin juga hendaklah dilaksanakan sebaik sahaja pelajar tersebut ponteng
kelas dan guru disiplin perlu menulis di dalam ruang buku kawalan kelas
tersebut komen sama ada pelajar tersebut telah dikenakan hukuman atau tidak
bagi menunjukkan kepada pelajar bahawa tindakan ponteng adalah serius dan
tindakan segera akan diambil.