Silence
Is my best medicine
Is my best medicine
Hari ni sambung kerja menyiapkan kajian tindakan. Sepatutnya pukul 11 pagi tadi dah submit by email kat supervisor tapi skrg pukul 8 malam pun tak email lagi. Nak touch up sikit lagi.
Orait baru boleh share sekarang.
GERAK
GEMPUR BUKU REKOD KAWALAN KELAS
Oleh
Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling
SMK Cheras
Kajian ini
bertujuan untuk mengurangkan kadar ponteng kelas dalam kalangan pelajar dan di
kelas – kelas yang berisiko tinggi untuk ponteng kelas. Data pelajar ponteng
kelas diperolehi dari buku kawalan kelas bagi setiap kelas sesi pagi. Kajian
dijalankan pada Mac hingga Mei 2013. Tindakan diambil untuk mengurangkan kadar
ponteng kelas ialah dengan menambahbaik format buku kawalan kelas dengan
memasukkan jenis hukuman dan tindakan yang diambil terhadap pelajar ponteng
kelas, menubuhkan jawatankuasa guru penyemak buku kawalan kelas yang terdiri
dari guru disiplin dan guru kaunseling, mengadakan tindakan susulan oleh guru
disiplin dengan mengenakan hukuman dan pelajar menulis surat akuan kesalahan
dan intervensi dari guru kaunseling berbentuk sesi kaunseling individu,
kelompok, kaunseling keluarga dan melaksanakan modul perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling sewaktu kelas ganti terutama di kelas kelas berisiko tinggi untuk
ponteng kelas. Selain itu, sewaktu acara rasmi sekolah juga diadakan slot
penetapan sahsiah dan disiplin murid setiap pagi Khamis di tapak perhimpunan
oleh guru kaunseling dan guru disiplin. Akhir sekali ceramah dan bengkel
penetapan sahsiah dan disiplin diadakan bagi pelajar dan kelas –kelas yang
mempunyai masalah disiplin yang tinggi. Hasil dari tindakan yang dijalankan,
penurunan bilangan pelajar ponteng kelas dari Mac hingga Mei 2013. Amalan guru
kaunseling dalam melindungi masa instruksional lebih dilihat sebagai suatu
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan,
tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi
kaunseling yang membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk
meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh
bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan,
sosial dan vokasional.
1.0 PENDAHULUAN
Masa instruksional bermaksud suatu
proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan,
tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk lain bertujuan
membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala melindungi masa
instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid
bermaksud pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi
mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran
murid. Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006) menyatakan bahawa
rasional penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah
kerana tugas hakiki guru mata pelajaran ialah mengajar dan tumpuan utama mereka
menyampaikan pengetahuan atau membina perkembangan minda pelajar sahaja dan
tidak banyak masa yang digunakan untuk membantu pelajar secara langsung tentang
perkara – perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran . Oleh itu guru
kaunseling ditugaskan dengan program yang tersusun untuk membantu pelajar dalam
aspek fizikal mahupun psikososial. Suradi Salim (1996) menekankan antara sebab
mengapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diadakan dan dikukuhkan di
sekolah ialah membantu pelajar berkembang dalam semua bidang, menolong pelajar
membuat penyesuaian yang paling baik di sekolah dan di luar sekolah, mengenal
pasti dan memotivasikan pelajar yang kurang bernasib baik dan mengatasi masalah
kemerosotan disiplin. Oleh itu guru kaunseling membantu meningkatkan
keberhasilan pembelajaran murid dan melindungi masa instruksional di sekolah.
2.0 LATAR BELAKANG DAN KAJIAN LITERATUR
Sekolah
Menengah Kebangsaan Cheras merupakan sekolah menengah harian biasa di Kuala
Lumpur. Sekolah merangka masa instruktional yang ideal, namun masa berkenaan
tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkesan kerana faktor gangguan
tertentu yang berlaku di sekolah atau dalam bilik darjah seperti dari guru
sendiri iaitu guru mata pelajaran menghadiri kursus atau mesyuarat di luar atau
mengiringi murid dalam akademik atau faktor gangguan dari para pelajar sendiri yang
mempunyai masalah disiplin. Oleh itu
guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam membantu meningkatkan
keberhasilan pembelajaran pelajar dengan meningkatkan masa instruksional di
antara guru kaunseling dengan pelajar dan membantu pihak sekolah menangani
masalah disiplin pelajar terutama bagi pelajar yang ponteng kelas. Zuraimey
Ahmad, Mohd Najib Bin Sapari, A Mohamed Sharif Mustaffa (2008) menyatakan
kauseling sebagai proses pembelajaran iaitu proses menolong untuk menyedarkan
individu tentang dirinya dan satu proses pembelajaran individu untuk mencapai
tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui. Kaunseling keluarga sebagai
proses membantu individu yang mempunyai masalah yang berpunca dari institusi
sebuah keluarga yang mempunyai perubahan sosial yang mendadak serta konflik
nilai dan sikap ahli – ahli keluarga. Lorenzo (2004) dalam kajian kes mengenai
kejayaan program mengurangkan bilangan pelajar ponteng sekolah menjelaskan
bahawa antara penyumbang kejayaan program ialah sesi kaunseling kelompok,
pengawasan dari guru kaunseling setiap hari dan kehadiran ibu bapa ke sekolah.
Violeta (2009) juga menjelaskan bahawa intervensi berfokuskan motivasi boleh
mengurangkan kadar ponteng dalam kalangan pelajar melalui sesi kaunseling
berfokuskan intrinsik untuk mengubah tingkah laku dengan melakukan kontrak
dengan pelajar dan teknik pengukuhan untuk menggalakkan pelajar hadir sekolah.
3.0 OBJEKTIF
1) Memastikan masa dimanfaatkan dengan
aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu
menyumbang ke arah
memperkembangkan minda dan menggilap potensi murid
2) Membantu murid mendapat sesuatu input
atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran.
3) Masalah disiplin murid semasa pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas diminimakan agar dapat
membantu perlaksanaan masa
instruksional yang lebih berkesan bagi memperbaiki imej diri yang
negatif.
4) Memberi atau memberi jalan agar pelajar dapat mengurus
dirinya sendiri sama ada dari segi mental,
emosi, kerohanian dan tingkah
lakunya dan meningkatkan keberhasilan pembelajarannya.
4.0
KAEDAH
PERLAKSANAAN AMALAN TERBAIK
Gerak Gempur Buku Rekod Kawalan
Kelas
4.1
Tinjauan Masalah
Kajian
ini dijalankan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang ponteng kelas. Masalah
pelajar yang ponteng kelas dan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah. Pelajar
datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran mereka dicatat sebagai hadir pada
hari berkenaan oleh guru kelas tetapi kemudian pelajar ponteng kelas. Pelajar
bukan sahaja ponteng dan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah bahkan keluar
dari kawasan sekolah dan melepak di kawasan Medan Selera atau siber kafeteria
di Taman Tenaga, Veledrom dan kawasan yang
lain.
Perkara
ini amat merbahayakan mereka kerana ibu bapa percaya pelajar berada di dalam
kawasan sekolah . Oleh itu, guru kaunseling ingin menangani masalah pelajar
ponteng kelas yang lebih efisyen melalui pendekatan disiplin dan bimbingan dan
kaunseling agar dapat mengawal kadar ponteng kelas. Ini kerana bilangan pelajar
yang ponteng kelas pada bulan Januari dan Februari 2013 lebih tinggi dari bulan
Januari dan Februari tahun 2012. Data ini agak membimbangkan kerana Februari
2013 hanya mempunyai masa persekolahan selama 2 minggu sahaja.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar sesi
pagi yang ponteng kelas dari
Januari
hingga April 2012
TING/
BULAN
|
JANUARI
|
FEBRUARI
|
MAC
|
APRIL
|
TING 3
|
12
|
10
|
10
|
9
|
TING 4
|
15
|
15
|
14
|
15
|
TING 5
|
5
|
8
|
8
|
8
|
Data ini menunjukkan tiada penurunan bilangan pelajar
yang ponteng kelas dari bulan ke bulan dan statistik lebih membimbangkan
apabila Januari dan Februari 2013 bilangan pelajar ponteng kelas juga mempunyai
trend yang hampir serupa seperti pada tahun 2012. Dikhuatiri bilngan pelajar
ponteng kelas akan meningkat pada bulan – bulan yang berikutnya jika tindakan
segera tidak diambil.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar sesi
pagi yang ponteng kelas dari
Januari
hingga Februari 2013
TING/
BULAN
|
JANUARI
|
FEBRUARI
|
TING 3
|
13
|
14
|
TING 4
|
9
|
8
|
TING 5
|
8
|
10
|
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
1.
Analisis bilangan pelajar ponteng kelas
berdasarkan buku kawalan kelas
2.
Analisis bilangan pelajar ponteng kelas
di kelas –kelas berisiko untuk diberi perhatian
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan
1 : Mengadakan format buku kawalan kelas yang lebih baik.
Penambahbaikan
format buku kawalan kelas dengan memasukkan waktu masa pelajar yang ponteng dan
tindakan susulan yang diambil dari aspek disiplin dan kaunseling. Guru disiplin
akan mengenal pasti nama pelajar yang ponteng untuk diambil tindakan dan
mencatatkan dalam buku tersebut hukuman telah dikenakan. Guru kaunseling pula akan
mengesan nama murid ponteng kelas dan menjalankan sesi kaunseling individu
sewaktu masa persekolahan. Ini kerana bagi kes pelajar bermasalah disiplin,
masa instruksional yang sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling adalah sewaktu
masa persekolahan kerana mereka bersedia untuk menerima kaunseling berbanding
selepas waktu persekolahan.
Waktu
|
Nama pelajar
|
Catatan
|
Tandatangan
guru
|
Tindakan susulan
|
||
Hukuman
|
Tandatangan
Guru Disiplin
|
Tarikh/Masa
|
||||
Tindakan
2 : Melantik AJK bagi pengurusan buku kawalan kelas.
Melantik ahli jawatankuasa khas untuk menyemak buku
kawalan kelas setiap hari yang terdiri dari guru-guru disiplin dan guru
kaunseling yang bertanggungjawab menyelia buku kawalan kelas untuk mengenal
pasti pelajar-pelajar ponteng yang akan dikenakan hukuman dan menghadiri sesi
kaunseling.
TING
|
GURU
DISIPLIN
|
GURU
KAUNSELING
|
TING 3
|
GURU A
|
NURHAIZA
|
TING 4
|
GURU B
|
4S1 – 4K3 : NURHAIZA
4K4 – 4V3 : CHE PADALI
|
TING 5
|
GURU C
|
CHE PADALI
|
Tindakan
3 : Tindakan Susulan Oleh Guru Disiplin Dan Guru Kaunseling
Guru disiplin atau guru kaunseling
memeriksa buku kawalan kelas sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.
Hukuman yang berkesan
dijalankan keesokan harinya dengan memanggil pelajar tersebut dari tapak
perhimpunan ke bilik disiplin.
Pelajar akan diberikan
surat pengakuan kesalahan untuk direkodkan kesalahan pelajar oleh guru disiplin
Guru disiplin mencatatkan dalam
buku kawalan kelas hukuman yang telah dijalankan
(Bentuk tindakan
seperti amaran keras atau di rotan)
Guru kaunseling
memastikan pelajar tersebut menjalani sesi kaunseling individu/kelompok
Pelajar menandatangani
surat akujanji/ surat kontrak diri di hadapan guru kaunseling
Bagi kes pelajar
ponteng kelas yang berulang lebih 3 kali
Ibu bapa dimaklumkan
mengenai kes disiplin oleh guru kelas atau guru disiplin
Kaunseling keluarga dengan ibu bapa dan guru
kaunseling
Tindakan
4 : Meningkatkan masa instruksional pelajar berisiko dengan guru kaunseling
sewaktu kelas ganti
Perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, pembangunan diri
murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah dapat dijalankan dengan
terancang melalui perancangan modul kelas bimbingan kepada pelajar mengikut tingkatan sewaktu kelas ganti. Guru
kaunseling mempunyai masa instruksionalnya tersendiri dan menggunakan modul
kelas ganti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Bagi
kelas berisiko pelajar ponteng kelas, kelas tersebut diberi perhatian kerana
rekod pelajar menunjukkan kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar risiko
ponteng kelas lebih dari 5 orang dari data ponteng kelas tahun lepas. Kekerapan
perjumpaan antara pelajar dengan guru kaunseling akan membantu meningkatkan
sahsiah pelajar di samping sesi kaunseling individu dan kelompok. Guru
kaunseling akan menggunakan modulnya sendiri dan tidak menggunakan bahan dari
guru mata pelajaran yang perlu diganti.
Tindakan 5
: Memenuhi masa instruksional semasa
acara rasmi sekolah dengan memasukkan nilai murni yang dapat diterapkan.
Slot
untuk guru kaunseling dan guru disiplin diadakan pada setiap hari Khamis sewaktu
perhimpunan pagi pada pukul 7.20 pagi. Pada hari tersebut, guru disiplin akan
bergilir-gilir dengan guru kaunseling untuk menerapkan sahsiah dan pemantapan
disiplin dalam kalangan pelajar.
Begitu
juga untuk aktiviti program dan bengkel berkaitan sahsiah dan disiplin kepada
pelajar-pelajar bermasalah disiplin, akan diadakan sewaktu masa persekolahan
kerana pihak unit bimbingan dan kaunseling percaya bahawa masa instruksional
pelajar di dalam kelas akan lebih baik dan berkesan jika masalah dalam diri
pelajar itu dapat dibantu terlebih dahulu untuk meningkatkan keberhasilan
pembelajaran mereka. Para pelajar di kelas – kelas berisiko ponteng akan
dilibatkan dalam aktiviti ini.
5.0 IMPAK AMALAN TERBAIK
Setelah
menjalankan 5 tindakan di atas, didapati bilangan para pelajar ponteng kelas menurun
berbanding pada tahun lepas berdasarkan data ponteng kelas.
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari Januari
hingga
April 2013
TING/BULAN
|
JANUARI
|
FEBRUARI
|
MAC
|
APRIL
|
MEI
|
SEBELUM
|
AWAL
KAJIAN
|
SEMASA
KAJIAN
|
AKHIR
KAJIAN
|
||
TING 3
|
14
|
14
|
31
|
14
|
10
|
TING 4
|
8
|
8
|
25
|
15
|
8
|
TING 5
|
7
|
7
|
10
|
8
|
6
|
Jadual
di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas di kelas
berisiko dari bulan Januari hingga April 2013
TING/BULAN
|
JANUARI
|
FEBRUARI
|
MAC
|
APRIL
|
MEI
|
SEBELUM
|
AWAL
KAJIAN
|
SEMASA
KAJIAN
|
AKHIR
KAJIAN
|
||
3 DEDIKASI
|
0
|
3
|
5
|
3
|
2
|
3 GIGIH
|
2
|
3
|
5
|
3
|
2
|
4K3
|
2
|
2
|
3
|
0
|
0
|
4K5
|
4
|
3
|
8
|
7
|
4
|
5K4
|
1
|
3
|
5
|
2
|
1
|
52V
|
1
|
0
|
5
|
0
|
0
|
Buku
rekod kawalan kelas merekodkan kehadiran murid dan guru semasa pengajaran dan
pembelajaran. Ia mencatatkan nama murid yang tidak hadir dan murid yang ponteng
sekolah. Ia juga penanda aras yang penting bagi mengesan kehadiran guru dalam
bilik darjah.. Hasil kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan buku kawalan
kelas adalah satu dokumen penting yang merekodkan kehadiran guru dan salah laku
pelajar. Guru mata pelajaran yang prihatin dengan bilangan pelajar, masalah
pelajar lewat masuk kelas dan salah laku pelajar akan membantu dari aspek
penurunan bilangan pelajar yang bermasalah dan melindungi masa instruksional
guru mata pelajaran mengurus disiplin pelajar. Pihak sekolah mengambil tindakan
segera kerana sewaktu kajian ini dijalankan data pelajar ponteng Februari agak
membimbangkan walau hanya 2 minggu sesi persekolahan dan dijangkakan peningkatan
kadar ponteng kelas yang mendadak pada Mac 2014 kerana pelajar yang ponteng
kelas telah dapat mempengaruhi pelajar lain kerana pelajar yang ponteng kelas
kerap terlepas dari tindakan disiplin.
Format buku kawalan kelas yang baru yang
mencatatkan hukuman kepada pelajar yang ponteng yang menunjukkan pihak sekolah
bersungguh menangani masalah ini dan boleh dirujuk oleh pelajar dan guru mata
pelajaran dalam kelas tersebut. Apabila bentuk hukuman juga dicatat dalam buku
kawalan kelas, pelajar lain bimbang untuk mengulang kesalahan disiplin yang
sama. Tindakan yang diambil sebaik sahaja pelajar tersebut ponteng juga
merupakan pengukuhan yang baik agar pelajar tidak mengulang kesalahan tersebut.
Komitmen dari guru disiplin dan guru kaunseling
untuk menyemak buku kawalan kelas tersebut setiap hari antara faktor
utama pengurangan bilangan pelajar ponteng kelas. Sekiranya pelajar masih mengulang
kesalahan tersebut, pelajar bimbang apabila guru menghubungi ibu bapa sama ada
melalui surat amaran atau telefon. Ini kerana kebanyakan kes pelajar, apabila
guru bertemu ibu bapa pelbagai masalah dari aspek akademik hingga disiplin akan
dibincangkan antara ibu bapa dengan guru.
6.0 CADANGAN UNTUK AMALAN TERBAIK
1) Bekerjasama
dengan Jawatankuasa Jadual Guru Ganti Sekolah untuk memberikan guru kaunseling kelas
ganti bagi memenuhi masa instruksional guru kaunseling dalam perlaksanaan
modul. Apabila Jawatankuasa tersebut memahami keperluan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling maka kelas ganti yang diberikan adalah dari kelas yang berbeza
atau kelas yang diperlukan oleh guru kaunseling dalam minggu tersebut untuk
menjalankan modul dan bukannya menggunakan modul guru mata pelajaran
semata-mata. Ini untuk mengelakkan guru kaunseling dieksploitasikan untuk
dijadikan guru ganti pilihan pertama semata – mata hingga ada sekolah yang
mencecah 10-15 masa seminggu walhal sesi kaunseling individu dan kelompok juga
merupakan masa instruksional guru kaunseling di bilik kaunseling.
2) Penguatkuasaan
buku kawalan kelas juga perlu dilaksanakan oleh semua guru mata pelajaran
dengan mengira dengan betul jumlah pelajar yang terdapat di dalam kelas dan
memastikan nama pelajar yang dicatatkan tidak dibuat sambil lewa kerana ia akan
menggalakkan pelajar untuk ponteng kelas jika tindakan awal dari guru mata
pelajaran sendiri tidak dijalankan. Para pentadbir bertanggungjawab juga untuk
memeriksa buku kawalan kelas untuk mengenal pasti guru – guru mata pelajaran
yang tidak mencatat kehadiran pelajar.
7.0 KESIMPULAN
Guru
kaunseling juga mempunyai masa instruksionalnya yang perlu dilindungi mengikut
perancangan tahunannya. Kebanyakan guru atau pentadbir hanya memikirkan
mengenai masa instruktional adalah di antara masa pelajar dengan mata pelajaran
semata-mata. Oleh kerana itu terdapat sekolah yang tidak membenarkan guru
kaunseling menjalankan sesi kaunseling bersama pelajar atau mempersoalkan
mengenai keperluan menjalankan program ceramah atau taklimat sewaktu masa
pembelajaran akademik. Oleh itu diharapkan melalui penulisan artikel ini,
amalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruktional lebih dilihat
sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid
berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui
ceramah, taklimat dan sesi kaunseling membolehkan murid belajar secara lebih
berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang
lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi,
kemasyarakatan, sosial dan vokasional.
RUJUKAN
Amla
Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006), Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.
Selangor: UKM.
A. Trujillo
L (2004) . School Truancy : A Case Study Of A Successful Truancy Reduction
Model In The Public Schools . UC Davis Jounal
Of Juvenile Law And Policy Vol
10:1 pages 69-98 . Retrieved 25 April 2014, from http//www.jjlp.law.ucdavis.edu
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,(2013). Sarana
Ibu bapa. Putrajaya: KPM
Mohamed
Fadzil Che Din,(2012). Pengenalan
Kaunseling. Kota Bharu: Excellent
Mind
Resources
Suradi
Salim.(1996). Bimbingan Dan Kaunseling.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Violeta
(2009). Motivational Solution Focused Intervention For Reducing School Truancy
Among Adolescent. Jounal Cognitive And
Behavioral Psychotheraphy Vol 9:2 pages 185-198. Retrieve 25 April 2014,
from http//www. scipio.ro/7c37f84b-ccc5-4d35-95cd
Zuraimey
Ahmad, Mohd Najib Bin Sapari, A. Mohamed Sharif Mustaffa (2008). Amalan Serta Peranan Dan Tanggungjawab Kaunselor Di
Sekolah Dalam Menangani Masalah Kekeluargaan. Seminar Kaunseling Keluarga. Dicapai
pada 25 April 2014 daripada http//www.eprints.utm.my
LAMPIRAN
FORMAT BUKU KAWALAN KELAS
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR
TAHUN 2013
SISTEM
PEMANTAUAN KEHADIRAN DAN DISIPLIN KELAS
GURU TINGKATAN : TINGKATAN:
Hari
|
|
Bilangan
Pelajar Dalam Buku Daftar
|
|
Kehadiran
Hari Ini
|
|
Bilangan
Tidak Hadir
|
|
Nama pelajar-pelajar yang tidak hadir
|
|
1.
|
6.
|
2.
|
7.
|
3.
|
8.
|
4.
|
9.
|
5.
|
10.
|
PEMANTAUAN
KEHADIRAN MENGIKUT WAKTU MENGAJAR
Waktu
|
Mata pelajaran/
Waktu Guru Ganti*
|
Guru
|
Bil Pelajar
|
Tandatangan Guru
|
1
|
||||
2
|
||||
3
|
||||
4
|
||||
5
|
||||
6
|
||||
7
|
||||
8
|
||||
9
|
||||
10
|
PELAJAR-PELAJAR
YANG TIADA DALAM KELAS/ CATATAN DISIPLIN
Waktu
|
Nama pelajar
|
Catatan
|
T/Guru
|
Tindakan Susulan
|
||
Hukuman
|
T.T Guru
Disiplin
|
Tarikh & Masa
|
||||
# Guru Ganti diminta mencatatkan No Bahan/ Tajuk
Latihan yang diberi semasa menjalankan tugas
____________________________
T.T
Pengetua/ PK HEM/ PK Petang
Tarikh
:
LAMPIRAN
PERLAKSANAAN
MODUL
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
|
BIDANG
|
PERKARA
|
3A
|
3B
|
3C
|
3D
|
3E
|
3G
|
3J
|
3L
|
3M
|
3S
|
3T
|
1
|
A
K
A
D
E
M
I
K
|
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN
|
|||||||||||
2
|
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN
|
||||||||||||
3
|
KEMAHIRAN MENDENGAR
|
||||||||||||
4
|
KEMAHIRAN MEMBACA
|
||||||||||||
5
|
PENGURUSAN MASA
|
||||||||||||
6
|
KEMAHIRAN MENGINGAT
|
||||||||||||
7
|
PENEMPATAN SELEPAS PMR
|
||||||||||||
8
|
K
E
R
J
A
Y
A
|
HALATUJU SELEPAS PMR
|
|||||||||||
9
|
MENGENALI POTENSI DIRI
|
||||||||||||
10
|
HALATUJU DAN PERANCANGAN KERJAYA
|
||||||||||||
11
|
BIDANG YANG DIMINATI
|
||||||||||||
12
|
MAKLUMAT KERJAYA
|
||||||||||||
13
|
PSIKO
SOSIAL
|
PERKEMBANGAN REMAJA
|
|||||||||||
14
|
KEIBU
BAPAAN
|
KOMUNIKASI
|
|||||||||||
15
|
PERKEMBANGAN INDIVIDU
|
||||||||||||
16
|
KEPIMPINAN
|
||||||||||||
17
|
KERUKUNAN
|
||||||||||||
18
|
PEMBANGUNAN DIRI MURID
|
SALASILAH KELUARGA
|
|||||||||||
19
|
BIODATA KELUARGA SAYA
|
||||||||||||
20
|
TEGAS DIRI
|
||||||||||||
21
|
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
|
KONSEP KENDIRI/ PENGHARGAAN KENDIRI
|
LAMPIRAN
PERLAKSANAAN
MODUL
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
|
BIDANG
|
PERKARA
|
4
S1
|
4
S2
|
4
S3
|
4
K1
|
4
K2
|
4
K3
|
4
K4
|
4
K5
|
4
V1
|
4
2V
|
1
|
A
K
A
D
E
M
I
K
|
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN
|
||||||||||
2
|
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN
|
|||||||||||
3
|
KEMAHIRAN MENDENGAR
|
|||||||||||
4
|
KEMAHIRAN MEMBACA
|
|||||||||||
5
|
PENGURUSAN MASA
|
|||||||||||
6
|
KEMAHIRAN MENGINGAT
|
|||||||||||
7
|
PEMIKIRAN KREATIF
|
|||||||||||
8
|
K
E
R
J
A
Y
A
|
MATA PELAJARAN ELEKTIF
|
||||||||||
9
|
SISTEM PERSIJILAN
|
|||||||||||
10
|
MERITOKRASI
|
|||||||||||
11
|
UJIAN PERSONALITI/
MINAT KERJAYA
|
|||||||||||
12
|
MAKLUMAT KERJAYA
|
|||||||||||
13
|
PSIKO
SOSIAL
|
KEMAHIRAN ASERTIF
|
||||||||||
14
|
KEIBU
BAPAAN
|
KOMUNIKASI
|
||||||||||
15
|
PERKEMBANGAN EMOSI INDIVIDU
|
|||||||||||
16
|
KEPIMPINAN
|
|||||||||||
17
|
KERUKUNAN
|
|||||||||||
18
|
PEMBANGUNAN DIRI MURID
|
HALANGAN KOMUNIKASI
|
||||||||||
19
|
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
|
|||||||||||
20
|
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
|
|||||||||||
21
|
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
|
REMAJA DAN WAWASAN
|
LAMPIRAN
PERLAKSANAAN
MODUL
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
|
BIDANG
|
PERKARA
|
5
S1
|
5
S2
|
5
S3
|
5
K1
|
5
K2
|
5
K3
|
5
K4
|
5
K5
|
5
V1
|
5
2V
|
1
|
A
K
A
D
E
M
I
K
|
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN
|
||||||||||
2
|
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN
|
|||||||||||
3
|
KEMAHIRAN MENDENGAR
|
|||||||||||
4
|
KEMAHIRAN MEMBACA
|
|||||||||||
5
|
PENGURUSAN MASA
|
|||||||||||
6
|
KEMAHIRAN MENGINGAT
|
|||||||||||
7
|
PEMIKIRAN KREATIF
|
|||||||||||
8
|
K
E
R
J
A
Y
A
|
HALATUJU SELEPAS SPM
|
||||||||||
9
|
PINJAMAN DAN BIASISWA
|
|||||||||||
10
|
MAKLUMAT KERJAYA
|
|||||||||||
11
|
PENULISAN RESUME
|
|||||||||||
12
|
PANDUAN TEMUDUGA
|
|||||||||||
13
|
PSIKO
SOSIAL
|
KEMAHIRAN MENGURUS STRESS
|
||||||||||
14
|
KEIBU
BAPAAN
|
KEMAHIRAN BERFIKIR
|
||||||||||
15
|
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
|
|||||||||||
16
|
KERUKUNAN
|
|||||||||||
17
|
PEMBANGUNAN DIRI MURID
|
PENILAIAN DIRI
|
||||||||||
18
|
PENILAIAN MASYARAKAT
|
|||||||||||
19
|
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
|
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
|
LAMPIRAN
BORANG KONTRAK MURID
SULIT
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
KUALA
LUMPUR
BORANG
KONTRAK MURID
NAMA :
_______________________________________
TINGKATAN : _________________
1. Saya
seperti nama di atas mengaku telah melakukan kesalahan berikut:
1.1 _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.2 _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.3 ____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Melalui
sesi bimbingan yang saya ikuti, saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan
seperti di atas serta akan berusaha mengubah perlakuan saya kea rah yang lebih
positif dan lebih baik mulai sekarang.
3. Saya
sanggup, bersedia diselia dan diawasi oleh pihak sekolah.
4. Saya
juga menerima sebarang denda atau hukuman yang ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya
saya melanggar perjanjian ini.
_______________________ ________________________
(Tandatangan Murid) (Tandatangan
Guru Bimbingan)
Tarikh : ________________ Tarikh :
__________________
1 comments
I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up!
I'll go ahead and bookmark your website to come back in the
future. Many thanks