20 May 2014

Pemeriksaan Bangunan Oleh Bomba

Let the rain wash away
All the pains of yesterday

Pemeriksaan bangunan sekolah oleh Ketua Bomba, Balai Bomba Bandar Tun Razak diadakan pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selaku setiausaha keselamatan sekolah saya mengikut mereka meronda kawasan blok A, B, C dan D. Dapat ilmu baru mengenai keselamatan bangunan. Di blok baru ada panel yg mengawal loceng penggera kebakaran. Manakala blok lain takda maklumla blok lama dan bergantung kpd loceng sekolah. Masuk ke dalam rumah pam yang terdapat pam automatik dan pam manual dan melihat bagaimana sistem berfungsi. Blok B bergantung kpd pemadam api manakala blok C pula ada hose pemadam api. Bangunan tiga tingkat wajib ada hose pemadam api. Rupanya pemeriksaan bangunan ini dibuat berjadual tapi rasanya macam tak pernah pun bomba datang buat pemeriksaan mcm ni. Mereka dtg bantu latihan kecemasan sahaja. Mungkin di bawah pentadbiran ketua balai bomba yang baru maka pemeriksaan bangunan oleh bomba merupakan satu perkara baru pula bagi saya dan PK HEM. Satu perkara yg agak mengejutkan bila tengok banyak kepala hose yang hilang ..hmmm bak kata ketua bomba kepala hose tu mudah je dibuka dan dijual di kedai recycle. 

 

Telegram Channel