4 August 2014

Perasmian Minggu Bahasa

August..
New working hour
10.30 am-4.30 pm

Hari ni hari pertama menghadiri perhimpunan sesi petang. Sejak pentadbiran boss baru..perhimpunan sesi petang diadakan di dalam dewan pada masa pertama. Mengambil inisiatif penggunaan dewan maka perhimpunan boleh dijalankan setiap minggu tanpa mengambil kira keadaan cuaca. Ini kerana perhimpunan selama ini dijalankan di tapak perhimpunan terbuka. jika dijalankan pada waktu terakhir pdp hujan akan menyebabkan perhimpunan dibatalkan. Sewaktu pentadbiran boss lama sebelum ini, perhimpunan dijalankan pada pukul antara 3.20 petang dan pelajar akan berada di koridor blok. Pentadbir sesi pagi akan bersama sama dalam perhimpunan petang cuma apabila pelajar disusun di tepi koridor maka pelajar tidak dapat dibariskan dalam kedudukan kelas mereka. 
Satu alternatif terbaik.bagi saya langkah yang dibuat oleh boss baru. 




 

Telegram Channel