Total Pageviews

3 August 2014

Kertas Kerja Kursus Peningkatan PRS Sub Zon B


Nasi impit & kuah kacang
Nasi impit & ayam rendang
Menu beraya di rumah sendiri :)


Kertas kerja dari penyelaras sub zon B pada tahun ini untuk Kursus PRS dari guru kaunseling SM Sains Selangor. Memandangkan dewan sekolah SM Sains Selangor tengah dibaikpulih, maka kena guna dewan sekolah kami

KERTAS KERJA
 KURSUS PENINGKATAN PRS SUB ZON B
WILAYAH PUDU TAHUN 2014

1.0            PENGENALAN

Rakan sebaya adalah faktor utama dalam menentukan personaliti dan sikap terhadap remaja. Mengikut kajian rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukkan nilai diri seseorang terutamanya remaja. Menyedari hakikat ini, kursus Peningkatan Rakan Sebaya (PRS) ini wajar diadakan dalam usaha memantapkan lagi kemahiran komunikasi dan dapat menyelesaikan masalah dalam kalangan remaja agar mereka dapat mempengaruhi dan membantu rakan-rakan sebaya  yang lain terutamanya di sekolah.

Sehubungan dengan itu usaha mengadakan Kursus PRS ini adalah amat dialu-alukan bagi merealisasikan matlamat yang telah digariskan.  Ia harus dijalankan dengan penuh semangat dan komitmen daripada semua pihak adalah sangat diperlukan.

2.0       RASIONAL
Rasional program ini adalah bertujuan untuk melahirkan Ahli Kelab PRS yang sentiasa mempunyai daya keterampilan yang tinggi.

3.0       MATLAMAT
Melahirkan ahli-ahli PRS yang terlatih dan mempunyai semangat sebagai seorang pembimbing yang berjiwa mulia.

4.0       OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan kemahiran menolong dalam kalangan ahli PRS.
4.2 Melahirkan Pembimbing Rakan Sebaya yang bermotivasi, berpandangan jauh, kreatif dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi.
4.3 Membantu PRS membina perhubungan dengan rakan sebaya dengan nilai-nilai yang terpuji.


5.0       TEMA
            ”PERKHIDMATAN BERKUALITI, PRS CEMERLANG”

6.0      KUMPULAN SASARAN

Ahli- ahli PRS seramai 15 orang dari 7 buah sekolah di Wilayah Pudu.
AJK PRS seramai 15 orang dari SMK Cheras

7.0     TARIKH PELAKSANAAN
Program ini akan diadakan pada 14 Ogos 2014/Khamis.

8.0     TEMPAT
SMK Cheras, Kuala Lumpur.

9.0       PENGISIAN PROGRAM
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Kursus Peningkatan PRS ialah
Tarikh
Masa
Aktiviti
 Khamis
(14 Ogos 2014)



8.00 - 8.30 pagi
Pendaftaran di SMK Cheras
8.30 - 10.30 pagi
SLOT 1 : Bersama Cikgu Jinggo
-        Ice Breaking
-        Energizer
10.30 – 11.00 pagi
Rehat
11.00 – 1.00 petang
SLOT 2: Pn. Nurhaiza bt Che Mat
1.00 – 2.30 petang
Rehat (Makan & Solat)
2.30 – 3.30 petang
SLOT 3: Bersama MSU
3.30 petang
Bertolak Pulang

10.0         AHLI JAWATANKUASA
10.1     Jawatankuasa Induk

Penasihat                    :           Datin Hjh Nawal Bt Hj Salleh
                                                Pengarah Pelajaran JPNWP Kuala Lumpur
Pengerusi                    :           Encik Rofli Bin Muhammad AAP
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian JPNWPKL
Naib Pengerusi           :           Pn Mahani Aeria bt Abdullah
Penyelia Unit Kaunseling JPWPKL
                                                Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid JPNWPKL
Penyelaras      1          :           Cik Rosnah Bt. Abdullah
                                                Ketua Unit Hal Ehwal Murid JPNWPKL
Penyelaras      2          :           Puan Mahani Aeria Bt. Abdullah
                                                Penyelia Unit Bimbingan dan Kaunseling
Setiausaha                  :           Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi
                                                Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling PPWBP

10.2     Jawatankuasa Pengelola
Pengerusi                    :Pn. Nurhaiza bt Che Mat                    SMK Cheras
Naib Pengerusi           :Pn. Kang Kooi Li                                SMK Cochrane
Setiausaha                  :Pn. Nor Aidawati bt. Mohamed          SMK Puterijaya          
Naib Setiausaha          :Pn. Wan Normala bt Ali@Wan Ali      SMK Seri Permaisuri
Bendahari                    :Pn Norfaezah bt Mohd Fauzi SMK (P) Bandaraya
Naib Bendahari           :Pn. Rosmaria bt Mat Daud                 SMK (P) Pudu
Penyelaras                  :En Nazrul Izwan B Deraman              SM Sains Selangor

10.3     Jawatankuasa Kerja

BIL
AHLI JAWATANKUASA
NAMA SEKOLAH
1
Urus setia & pendaftaran       
SM Sains Selangor
2
Buku Program
SM Sains Selangor
3
Kebersihan/Disiplin
SM Sains Selangor
4
Teknikal & Peralatan
SMK Cheras
5
Makanan
SMK Cheras
6
Hadiah & Cenderamata
SMK Convent Jln Peel
7
Sijil/Penilaian  
ASIS
8
Pengacara Majlis/Ceramah
SMK Permaisuri
9
Dokumentasi/ Jurugambar
SMAIWP
10
Persiapan Tempat & Backdrop
SMK Seri Tasik




11.0         ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH
RM
1
Makanan dan minuman pelajar
RM10.00 x 105
RM1050.00
2
Penceramah
RM 600.00 x 1
RM  600.00
3
Fruit Basket MSU
RM   50.00 x 2
RM  100.00
`
Jumlah Keseluruhan

RM1750.00

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan PCG Kaunseling

JUMLAH BESAR                                              :RM 1750.00

12.0         PENUTUP
Program ini sememangnya amat berkesan sekiranya dapat dilaksanakan secara bersungguh-sungguh serta penuh komitmen daripada semua pihak . Kerjasama penuh pemuafakatan sebagai satu kumpulan kerja adalah sangat diperlukan dalam usaha murni ini. Melalui usaha ini juga, diharapkan dapat mencapai hasrat kami dalam melahirkan Ahli Kelab PRS yang mempunyai “ Daya Keterampilan ” yang tinggi .


Disediakan Oleh:                                                         Disahkan Oleh :

………………………..                                                  ………………………………



SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TERLIBAT DALAM KURSUS PENINGKATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SUB ZON B WILAYAH PUDU 2014

Tarikh              :           14 Oktober 2014 (Khamis)

Tempat            :           SMK Cheras, KL

Sasaran           :           Ahli Pembimbng Rakan Sebaya (PRS)

BIL
NAMA SEKOLAH
JUMLAH MURID
1
SM SAINS SELANGOR
15
2
SMK CHERAS
15
3
SMK SERI PERMAISURI
15
4
SMK CONVENT JALAN PEEL
15
5
SMK MAIWP
15
6
SM SAINS ALAM SHAH
15
7
SMK SERI TASIK
15

JUMLAH

105





No comments: