Total Pageviews

6 September 2014

Jamuan Akhir Tahun PPS dan AJK Koperasi


Jamuan akhir tahun pengawas pusat sumber dan AJK Koperasi di adakan di Hotel Maluri. Kali ni tema steamboat pulak. Memang kenyang perut suka hati betul hari ini. dahla baru lepas jamuan makan tengah hari di sekolah bagi program kolaborasi SM Sains Alam Shah tu then makan lagi. Memanglah saya dengan Rozinani tiada kaitan dengan AJK Pengawas Pusat Sumber mahu pun AJK Koperasi tetapi yang membuatkan saya dengan Rozi special sebab kami ada share dengan saham koperasi tu yang membuatkan kami berdua sentiasa ada dalam list koperasi dari jamuan mesyuarat agong sekolah atau program yang melibatkan jamuan akhir tahun. Kami bukan dijemput atas dasar kami guru kaunseling sebab itulah Padali dan Raudah tidak join program makan-makan dengan koperasi. Cakap pasal share teringat cerita 2 tahun lepas kerana masa itu kami tidak sengaja melaburkan share ke dalam dana koperasi. Ini kerana pada ketika itu kami memohon sumbangan kewangan koperasi untuk dana ahli PRS ke Pulau Redang dan bendahari koperasi meminta guru -guru agar melaburkan saham untuk kepentingan koperasi sekolah dan menggalakkan penyertaan saham dari guru sekolah. Memandangkan projek UBK selalu juga mohon dana koperasi, saya dengan Rozi dari saham hanya RM10 terus melabur ke saham maksimum yang dibenarkan oleh koperasi sekolah kami. Niat kami memang mengharapkan win win situation bila guru kaunseling sendiri yang labur, kami harapkan permohonan dana ke Pulau Redang diluluskan. Alhamdulillah memang diluluskan. Bila dah jadi pemegang saham betul betul ni barulah tahu banyak kelebihan menjadi ahli koperasi walaupun koperasi sekolah sahaja. Dividen memang agak tinggi dan pelbagai inisiatif khas lain yang diperolehi. Memang nak dijadikan rezeki, selepas itu koperasi menutup penjualan sahamnya yang hingga tahap maksimum itu.

No comments: