Total Pageviews

5 September 2014

Pemantauan Pentadbiran Psikometrik


Listen more
Talk less

Memandangkan tahun ini pertama kali psikometrik salah satu dari PBS dilaksanakan untuk pelajar Ting 3, maka satu pemantauan akan dijalankan secara rawak oleh nazir. Mana sekolah sekali pun jika dimaklumkan bahawa nazir akan datang memantau, memang dari pucuk pimpinan sekolah dari pengetua ke penolong kanan kurikulum ke setiausaha PBS hinggalah kepada guru guru yang terlibat secara langsung akan sibuk memastikan 100 peratus perkara yang diperlukan dalam senarai check list dapat disediakan. Memandangkan tahun pertama perlaksanaan PT3 sudah tentu KPM akan cuba meminimumkan ralat dan nazir yang memantau lebih kepada memberi bimbingan dan teguran untuk penambahbaikan.

Biasalah sebagai pekerja, di pihak guru pula semua check list tu kalau boleh 100 peratus disediakan dan nazir tidak memberi teguran tentang kelemahan kerana ia satu perkara yang telah tertanam di minda jika nazir tegur bermakna ada kelemahan, lagi banyak ditegur lagi banyak kelemahannya. Post mortem selepas nazir tamat memantau juga tidak sedap didengar oleh guru yang terlibat jika kelemahan itu diulang ulang lagi dalam mesyuarat post mortem. Walaupun kini peranan nazir telah dimaklumkan sebagai pemudahcara kerana memberi bimbingan tetapi peranan sebagai pemantau kelemahan lebih signifikan kepada guru guru sekolah termasuklah saya erkkkk sebab itulah jika saya berpuas hati selama ini dengan pengurusan psikometrik oleh anak buah saya tapi bila kata nazir nak datang memantau melompatlah jugak double check apa yang patut, kejar setiausaha PBS untuk mendapatkan apa yang patut. Well itulah kerja saya hari ini mengejar orang orang yang bertanggungjawab untuk memastikan check list itu tip top.




No comments: