17 September 2014

Projek Cakna Blackcoffeewithsugar : Agihan Makanan Asnaf


Selamat Hari Malaysia

Balik sahaja dari Morib, saya prepare barang untuk projek cakna bcws. Dah berjanji dengan adik beradik yg saya akan join mereka malam ni ....satu projek menyediakan makan malam kepada golongan asnaf dan giliran kami pada hari isnin malam. Ye saya selalu mendengar tentang projek pemberian makanan untuk gelandangan seperti yg menjadi kontroversi baru baru ini apabila larangan kepada sukarelawan yg menyediakan makanan kepada geladangan di Kuala Lumpur tetapi saya tidak berpeluang untuk ikut serta kerana sering terikat dengan komitmen lain pada hari minggu.
Ini adalah pengalaman pertama saya dengan projek seumpama ini. Kakak saya mempunyai komitmen dengan group ini dan meminta klik bcws join untuk hari isnin. Saya menyediakan bekalan roti, adik saya air dan kakak saya menyediakan nasi goreng telur dadar. Seawal pukul 7 keluar dari Kajang bergerak ke Cheras untuk transit di rumah adik dan seterusnya ke Klang untuk mengambil Kak Ema. Dari Klang kami bertolak pukul 9. 40 mlm menuju ke bandar Klang. Stesen pertama kami di kawasan yg begitu asing bagi saya maklumlah saya mmg tidak biasa dgn kawasan Klang.  Di situ kami berjumpa dengan pengasas sukarelawan ini. Menurut kakak saya, orang ni yg menjalankan kerja sukarelawan ini secara bersendirian sebelum mendapat tajaan dari mana mana pihak. Saya serba sedikit mempunyai pengetahuan bagaimana proses pengagihan makanan ini dijalankan. Ini kerana sewaktu kami bergerak ke stesen kedua di perhentian bas Kelang, saya lihat ramai yang saya anggap geladangan tetapi mereka tidak beratur untuk mendapatkan makanan. Saya cuba mendekati mereka dan bertanya kenapa tidak ikut beratur sekali untuk mendapatkan makanan rupanya kumpulan sukarelawan yg kami join ini mempunyai sistem yang tersendiri. 
Ini kerana pengasas kumpulan ini pernah bertugas sebagai ketua kampung. Pembabitannya dlm projek sukarela ini dari beliau menjadi ketua kampung hingga pencen pun masih aktif. Oleh itu beliau memperkenalkan sistem pengenalan diri dan yang beratur untuk mengambil makanan ialah orang yang dikenalpasti sebagai asnaf dan mendaftarkan diri untuk projek ini. Salah satu syarat yg menarik juga ialah orang yg hadir mesti agak terjaga penampilannya dan bukannya tidak terurus langsung!  Well ia sangat kontras dengan pengalaman adik saya yg pernah aktif dengan SALAM untuk program pemberian makanan kpd geladangan.  Di stesen ketiga agak menginsafkan saya melihat makcik tua  yg beratur bersalaman dgn saya dan mengucapkan terima kasih dan majoriti yang mengambil makanan akan terus makan di situ dan menarik minat anak saya untuk bertanya soalan bertalu talu kepada saya mengenai pengalaman barunya. Projek berakhir hampir pukul 12 tgh malam dan transit di Klang dan Cheras sahaja jam dah menujukkan pukul 1.30 pagi. Well the best option tidur jela di rumah adik coz saya benar benar dah tak stabil untuk drive ke Kajang dgn 6 hari berderet travel sana sini...tidur sana sini...
                                      

 

Telegram Channel