Total Pageviews

15 October 2014

Eksplorasi Halatuju SPM : MSU

3.00 am stay up
To deal with data
End email by 5.30 am
# feel pening lalat the whole day ;)

Projek lawatan ke IPTS..MSU wow! Universiti yang besar ..dan tarikan utama bilik mayat yang teringin sangat dimasuki oleh pelajar. Actually ia adalah bilik yang menempatkan mayat untuk student perubatan. Seramai 39 pelajar PRS Ting 4 dan Ting 5 join projek ini.
Sesi bermula dengan taklimat dan seterusnya tour campus. Ketika ini pelajar universiti bercuti dan pelajar mendapat akses untuk masuk ke semua fakulti dengan mendapat penerangan terpirinci.
Yang menariknya di sini ialah fakuti kesihatan yang mempunyai bilik bersalin dan patung simulasi bersalin..wow student mmg seronok menggunakan simulasi ini. Bilik hospital pun memang direka seakan bilik hospital yg betul. Pensyarah menunjuk ajar pelajar cara menyelamatkan orang yang tercekik menggunakan patung dan mengesan kanser payu dara melalui medium yang memberikan penjelasan yang sempurna kepada pelajar.
Kami dibawa ke kolam renang yg besar ditingkat atas bangunan  ..fakulti spa yg real dengan bilik massage.
Seterusnya fakulti rekaan fesyen mempunyai bilik showroom seakan menonton pertunjukan fesyen seperti peragaan dalam televisyen. Pensyarahnya menamakan antara kejayaan kejayaan yg mereka pernah menangi dengan mempersembahkan fesyen yg telah mendapat tempat dalam pertandingan.

Selain itu fakulti kulinari dan pelbagai fakulti lain juga dibawa lalu dan diberikan penerangan serba sedikit oleh pensyarah di situ.
Terima kasih MSU kerana telah memberi input yang berguna kepada kami. 

No comments: