Total Pageviews

17 October 2014

Mesyuarat Post Mortem SPM

Selamat bercuti Cherasian
Selamat Hari Deepavali

Mesyuarat post mortem SPM diadakan memandangkan student ada 2 minggu sahaja lagi untuk menghadiri peperiksaan. Di bawah kepimpinan pengetua yg baru ini, kami belajar mengenai analisis post mortem SPM untuk bagaimana kami boleh menganggarkan peratus pelajar yang boleh lulus, yang boleh cemerlang straight A dan meningkatkan kelulusan pelajar yg gagal dan pelbagai lagi.

Mula sekali kita tengok bagaimana untuk membantu pelajar projek permata. Hanya seorang yg mencapai target semua A. 4 org nearmiss A iaitu gelaran untuk pelajar yg memperolehi semua A tapi ada satu atau dua subjek yg B dan bagaimana guru mata pelajaran tersebut perlu mengatur strategi untuk membantu pelajar tersebut mencapai A. 

Bagi projek meningkatkan kelulusan pelajar terutama pelajar gagal dalam BM dan Sejarah, memandangkan tahun ini kelulusan Sejarah merupakan syarat untuk memperolehi sijil SPM maka pelajar perlu lulus BM dan Sejarah untuk meningkatkan peratus kelulusan sekolah. Guru mata pelajaran perlu merancang strategi dalam dua minggu ini mengenal pasti pelajar dan melatih tubi untuk membolehkan mereka lulus. 

My part pula ialah mengenal pasti pelajar projek permata yg mencapai target untuk diberikan ganjaran seperti yg dijanjikan sewaktu taklimat pengetua bersama mantee. 
Pelajar projek permata yg tidak menunjukkan peningkatan perlu berjumpa untuk meningkatkan motivasi mereka di saat akhir.

No comments: