Total Pageviews

12 November 2014

High Order Thinking Skill HOTS @KBAT

You will never change your life
Until you change something you do daily
The secret of your success is found
In your daily routine

Kursus ini bersambung pada hari ini dengan sesi motivasi dan penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Sains dan Matematik yang disampaikan oleh guru cemerlang Sains dan Matematik. Selepas waktu rehat tengah hari barulah Dr Ismail Zain mengambil alih dengan penggunaan KBAT dalam inovasi. Pelajar diminta membuat kumpulan dan berbincang untuk menghasilkan satu inovasi dan membentangkan di hadapan para peserta yang lain. Nampaknya pelajar dah semakin memahami penggunaan KBAT ini..begitu juga saya. Sebagai guru kaunseling kami tak terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara langsung dengan pelajar tetapi yang menariknya dari kursus ini ia dapat memberikan gambaran kepada guru kaunseling bagaimana memasukkan elemen KBAT ini dalam slot penyelesaian masalah yang selalu dikendalikan sewaktu seminar atau kursus. Sekurang kurangnya bagi slot kemahiran belajar kami tidak perlu menggunakan teknik mengingat cara lama tetapi memasukkan elemen i-think dan KBAT. Bagi majlis penutup hari ini, urusetia meminta saya bertugas selaku pengacara majlis untuk program penutup ini. Huu huu jadi bidan terjun sekejap untuk majlis penutup.

No comments: