Total Pageviews

18 November 2014

Pengurusan Akaun Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu

To Columbia Asia Hospital Puchong:
Get well soon Sepul

Pagi tadi saya dengan Naib Pengerusi saya ke SMK Jinjang menguruskan kewangan Zon memandangkan bendahari tidak dapat memenuhi tarikh tarikh yg diberikan oleh bendahari Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur - MGKKL. Sejak MGKKL telah dilantik sebagai pemegang akaun bagi semua Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon, bendahari zon perlu berurusan dengan bendahari MGKKL untuk urusan memasukkan wang dan mengeluarkan wang. Ketua Unit HEM JPWP mengarahkan agar akaun yang dibuka di setiap Zon tidak digunakan lagi untuk urusan penajaan atau memasukkan duit kerana dianggap akaun Zon perlu ditutup. Ini kerana MGKKL merupakan pertubuhan yg diiktiraf dan urusan mengutip wang sumbangan dan kewangan lebih sah dijalankan dari segi undang undang. Agak dilemma pada mulanya kerana AJK lebih suka berurusan dengan bendahari Zon tanpa melibatkan banyak peringkat untuk memudahkan urusan tuntutan kewangan. Begitu juga dengan penajaan untuk program, lebih mudah untuk berurusan dengan penaja jika akaun menggunakan akaun Zon. Prosedur keluar masuk duit juga lebih memudahkan pemantauan dan urusan duit keluar masuk juga boleh diperolehi oleh AJK dengan lebih cepat.

Sebenarnya berurusan dengan bendahari MGKKL agak mudah juga tetapi komitmen untuk berurusan perlu melalui tatacara tertentu. AJK Zon yang perlukan sumber kewangan perlu berurusan dengan bendahari Zon dan bendahari Zon pula akan mengumpul dokumen dan menghantar ke Bendahari Zon melalui email atau pigeon hole sekolah bendahari MGKKL. 

Jika dahulu sewaktu saya bertugas selaku setiausaha Zon, cek keluar duit akan ditandatangani oleh pengerusi dan bendahari Zon atau setiausaha Zon, tetapi sejak dua tahun ini mesti melalui MGKKL atas arahan Ketua Unit JPWP. Namun demikian apabila  Bendahari saya tidak dapat bersemuka dengan bendahari MGKKL atas tarikh yang dipersetujui, maka saya sendiri ke sekolah Bendahari MGKKL untuk berurusan dan mendapatkan gambaran sebenar tentang prosedur kemasukan dan pengeluaran wang. Memandangkan saya sendiri tidak berapa jelas mengenai prosedur baru.ini, maka saya dengan Naib Pengerusi ke sekolah bendahari nun jauh di Zon Sentul untuk berurusan mengenai kewangan. 

No comments: