9 December 2014

Travel to Bursa- Pergamon - Kusadasi, Turki

Let it go
Let it go

Selepas menikmati breakfast pelbagai jenis roti (ekmek) dan pelbagai jenis dan rasa cheese kami checkout seawal 7 pagi waktu Turki dari Baia Hotel Bursa.
Dari Marmara region kami bergerak ke Aegean region. Kami terus ke Bergama, Izmer. Sepanjang perjalanan kami ialah pemandangan gunung ganang yg cantik. Kami melalui kawasan kota purba Antrapolis tapi tidak turun untuk singgah sebentar.

Pemandu pelancong kami Gulhan Demirtas memberikan cenderamata dari agensi pelancongannya yang berupa gelang tangan yang berbentuk mata. Simbol ini banyak terdapat di Turki. Mengikut kepercayaan tentang cerita Eye Of Medusa yg mana jika sesiapa yang memandang matanya akan berubah menjadi batu. Oleh itu sesiapa yg memakai simbol ini dianggap bernasib baik. Sesiapa sahaja yg pandang kepada si pemakai simbol eye of medusa ini dgn niat tak baik, maka org itu pun akan terkena tempias tidak baik. Walau dianggap mitos pada masa kini tapi simbol ini masih popular dan kelihatan di mana mana sahaja di sini.

Setelah 3 jam perjalanan dari Busra kami tiba di Pergamon dalam cuaca hujan dan kesejukan. Kami melawat Asklepion, Bergama sebuah pusat perubatan purba yang dibina sempena nama Asklepios Tuhan Penyembuhan. Ia juga merupakan hospital psikiatris yang pertama di dunia. Disini terdapat air suci yang dipercayai  untuk menyihatkan.Sejak tapak ini dijumpai hingga berkurun lamanya air ini masih mengalir lagi hingga kini. Kawasan ini kelihatan rata rupanya mempunyai jalan jalan terowong bawah tanah yang merupakan laluan . Kami berada disini selama sejam dan menikmati senibina purba yg menarik dan sejarah yang unik. Tetapi tidak banyak gambar yang dapat dirakam memandangkan hujan di kawasan yang begitu terbuka. Dari sini kami bertolak dan menikmati makan tengahhari secara buffet disebuah restoran di pertengahan jalan. Memandangkan cumi di sini memang mudah kelihatan, tetapi lebih baik bersolat di mesjid sahaja sewaktu makan tengah hari. Tetapi restoran di sini memang tidak menyediakan bilik bersolat dan tour guide meminta jasa baik pemilik restoran menggunakan bilik pejabat restoran untuk kami bersolat.








Pergh hari yang benar benar menguji ketahanan fizikal. kedinginan, kesejukan dan hujan yang tidak berhenti seawal dari lokasi pertama kami lawati hingga kini. Kami bergerak dari Askeplion ke kawasan Selcuk di Bulbul mountain untuk ke Ephesus yang menempatkan House Of Virgin Mary yg mana mengikut kepercayaan orang disini St John telah membawa Mary disini meninggalkan Jerusalem demi keselamatannya dan seorang rahib Anna Katherina Emmerich (1774 - 1820)  telah bermimpi mengenai rumah ini dan menceritakannya secara terperinci walaupun dia tidak pernah menjejaki Ephesus. Seorang penulis  telah menerbitkan tulisannya tentang mimpi rahib tersebut. Seorang penganut Kristian telah menjejaki rumah tersebut seperti yg dinyatakan dalam tulisan tersebut dan berjaya menjumpainya. Rumah ini telah diiktiraf oleh penganut Kristian sebagai House Of Mary. Ruang masuk ke dalam House Of  Virgin Mary ditempatkan potret Anna Katherina Emmerich yang bermimpi tentang rumah tersebut. Di luar rumah ini mempunyai kolam air yang dianggap suci dan masih ada yang datang untuk tujuan pembaptism dan dinding di satu sudut luar kawasan rumah tersebut terdapat wishing list yg ditulis di sekeping kertas atau tisu yg dibiarkan di situ. 

                               


House Of Virgin Mary


Kami hanya berada disini sekitar 45 minit dan terus beredar ke kedai menjual minyak zaitun asli. Turki merupakan pengeluar minyak zaitun kedua terbesar di dunia. Minyak zaitun yg asli dan tidak dicampur.dengan bahan lain menyebabkan minyak ini boleh disimpan selama yg mungkin pada suhu bilik tanpa didedahkan dengan sinaran matahari. Pokok zaitun boleh mendatangkan hasil buah selepas 10 tahun ditanam tetapi penghasilan buah zaitun dari pokok tersebut sehingga beratus tahun.
Selepas sejam disini dan merembat minyak zaiton with garlic, minyak zaiton for body, cream argan kami terus menuju dan checkin di Hotel Sentinus di Kusadasi. Hotel yg agak besar dengan kemudahan swimming pool yg besar dan taman yg cantik berhampiran laut.


Shopping minyak zaitun
Grab satu minyak zaitun 



 

Telegram Channel