Total Pageviews

8 December 2014

KL - Istanbul - Bursa

Jet lag





Tiba di lapangan terbang Kamal Antartuk Istanbul Turki dah pukul 10.50 pagi waktu Malaysia bersamaan dengan 5.30 pagi waktu tempatan. Kami diberi masa selama sejam untuk menyiapkan diri, menukarkan mata wang lira RM 1.50 = 1 TL dan 1.99 TL = lebih kurang 0.88 USD= lebih kurang RM 3.27 ketika ini. Di airport komisen yang dikenakan oleh pengurup wang agak tinggi.  Kami berhenti untuk menunaikan solat Subuh di surau. Kat sini mereka panggil surau dengan panggilan mesjid. Kami diperkenalkan dengan tour guide kami dari Renk United Travel iaitu Ms Gulhan Demirtas.







Panorama cantik menaiki feri
Keluar sahaja dari airport, kesejukan terasa. Kami menaiki bas untuk ke Bursa sekurang kurangnya 3 jam perjalanan dari Istanbul. Wahhhh...penat duduk je lar. Di dalam bas baru saya perasan kami bertiga sahaja Islam plus couple yang baru berkahwin dan berbulan madu di sini. Manakala 23 orang lagi berbangsa Cina yang mengikuti rombongan ini termasuk tour leader kami. 2 jam pertama kami bergerak dan tiba di jeti feri. Kami perlu menaiki feri untuk ke Bursa. Feri ini sangat besar dan membolehkan mengangkut bas juga untuk ke seberang dengan pelbagai kemudahan. Sampai sahaja di dalam feri, kami turun dari bas dan bergambar di atas feri. Subhanallah pemandangan menakjubkan melihat sekawan burung camar putih terbang dengan begitu banyaknya di atas feri dan mendekati kami. Feri ini dinamakan Seferi dan angin laut kedinginan yg sangat mencengkam menyebabkan tangan terasa beku hingga terasa kebas. Perjalanan selama setengah jam dengan menaiki feri  dan melintasi Marmara Sea. Tiba sahaja di seberang kami berada di Yalova.


Turki terkenal dengan Iskander Kebab. Oleh itu kami mencuba makanan Iskander Kebab disebuah restoran dan memang umphhhh. Turki negara kedua pengeluar minyak zaitun di dunia. Maka tidak hairan menu mesti dilengkapi minyak zaitun.Menu kami hari ini sahaja dah ada minyak zaitun sebagai pelengkap masakan.




Bursa terletak dalam Marmara region. Pernah menjadi ibu kota Turki pada zaman dahulu. Kami terus ke Ulu Cami atau Bursa Grand Mosque iaitu masjid tertua yg dibina pada 1399 dengan senibina Seljuk sewaktu pemerintahan Ottoman Sultan Bayezid dengan tulisan kaligrafi memenuhi dinding. Di Turki mesjid panggilan untuk surau manakala cami panggilan untuk masjid. Ulucami ini mempunyai 20 kubah yg bermaksud besarnya bersamaan 20 buah surau. Terdapat kolam air pancut di dalam masjid ini dan mengikut cerita orang tempatan kolam itu dibina sultan kerana murka dengan pemilik asal yang tidak mahu menjual tapak tanah rumahnya untuk pembinaan masjid. Maka kolam itu dibina agar tidak ada orang sembahyang di tapak itu. 



 Ulu Cami


Ulu Cami




Orait di sini saya faham peranan tour leader memberikan setiap info seawal kami menaiki bas hingga kini, mulut tour leader ini tidak letih memberikan info yang menarik mengenai apa sahaja mengenai Turki. 

Koza Han

Kemudian kami ke Koza Han yang dibina pada tahun 1491 sewaktu pemerintahan Ottoman Sultan Bayezid 11. Koza Han bermaksud silk cocoon market. Sewaktu pemerintahan awal kerajaan Ottoman, Bursa terkenal dengan pengeluaran sutera dan Koza Han merupakan pusat perdagangan sutera dan merupakan perhentian terakhir Jalan Sutera dari China. Ia dibina sebagai pasar jualan sutera dan cavanserai iaitu tempat rehat / ala ala hotel di zaman silam.   Bangunan ini masih lagi menempatkan bazar yg menjual pelbagai jenis sutera. Di sini kami berpeluang merasa teh Turki dan roti sesame yang  sedap.Turkish tea dihidangkan dalam cawan yang sangat kecil dan berharga 1TL bagi secawan teh. Roti sesame juga berharga 1TL dan kelihatan penjaja menjual roti ini dimana -mana. Menikmati teh dalam keadaan sekeliling yang cantik memang perfect untuk mengambil gambar. Di sini saya tidak membeli apa apa pun tetapi sibuk menangkap gambar kerana senibina Koza Han yang sangat cantik. Wah mungkin kami bernasib baik juga  mendapat tour leader yang pandai mengambil gambar dan melayan posing kami dengan ceria tanpa sekali pun menarik muka masam kerana keletihan melayan gelagat ahli rombongan.



Kemudian kami bergerak menikmati makan tengah hari di restoran Hunkar. Oh ya Bursa terkenal dengan Iskander Kebab dan kami dihidangkan Iskander Kebab bersama menu sup labu dan roti, kebab, sayuran salad di restoran berhampiran.

Green Mosque



Green Tomb
Selepas sejam disini kami berjalan kaki  ke Green Mosque atau  Yesil Came atau yg diberi nama kerana keunikan masjid ini berwarna hijau dalam senireka bentuk dalaman masjid ini dari senibina Ottoman yang dibina pada 1419 - 1420 oleh Sultan Mehmet 1 Celebi. Satu perkara yg agak membuatkan kami pelik kerana jika ingin mengambil air sembahyang, kami perlu berjalan keluar dari kawasan masjid dan membayar untuk masuk ke WC iaitu water cabin. Sesuatu yg tidak biasa bukan? Sepanjang saya merantau ke mana mana luar negara sekalipun hatta di Barat atau negara  bukan Islam..setiap masjid memang mengadakan tempat mengambil wuduk di dalam kawasan masjid. Kemudian kami berjalan kaki ke Green Tomb makam Sultan Ottoman ke lima iaitu Sultan Mehmed 1.





Destinasi kami seterusnya dengan menaiki bas ialah ke Cumalikizik perkampungan yang dilindungi oleh UNESCO. Diberi nama Cuma kerana kawasan ini merupakan tempat berkumpul setiap hari Jumaat. Terletak 10 km dari pekan Bursa dan di daerah Yildrim di kaki gunung Uludag.  Terdapat juga kizik (perkampungan) yang lain. Perkampungan ini sangat menarik dari segi rekaan bangunan yg unik dan tradisional yang masih mengekalkan senibina 700 tahun yang lalu di bawah kerajaan Ottoman.  Oleh kerana itulah tempat ini dilindungi oleh UNESCO sebagai warisan dunia. Masih ada lagi rumah -rumah yang dihuni oleh masyarakat disini. Aktiviti yang diadakan ialah jualan seni kraftangan sendiri dan buah buahan. Peniaga menjual secara kecil kecilan dan persaingan yg tinggi kerana mereka menjual barangan yg sama. Disini kami menghabiskan masa selama 40 minit untuk bersiar siar.


Cumalakizik
y

Perkampungan Cumalakizik



No comments: