25 January 2015

Hitam Putih Kehidupan


Allah menitipkan:
Kelebihan di setiap kekurangan
Kekuatan di setiap kelemahan
Sukacita di setiap dukacita
Harapan di setiap keraguan

Hari ni saya berkesempatan menjenguk anak Rozi yang sakit di Hospital Besar Kuala Lumpur, saya cuba untuk tidak bersedih dan menitiskan air mata di hadapannya tetapi hati...memang sayu. Sakit yang berkaitan dengan jangkitan kuman di tulang belakang. Satu-satunya anak perempuannya memang agak rapat dengan anak perempuan tunggal saya maklumlah apabila kedua dua ibu ialah guru kaunseling di sekolah yang sama, maka anak-anak kerap berjumpa. Dah masuk 5 hari anak Rozi di wad, tetapi doktor masih tidak dapat mengesan dengan tepat apakah penyakit yang sebenar menyebabkan tulang belakangnya membengkok dan minggu depan akan discan dengan MRI. Doktor memberikan gambaran bersedia dengan kemungkinan untuk pembedahan...Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan emosi dan mental kepada ibu bapa anak ini untuk redha dengan ujian yang diberi. 







Balik dari melawat anak Rozi, saya ke Institut Perguruan Ilmu Khas di sebelah sekolah sahaja untuk menghadiri perkahwinan Masliyana ..exstudent PRS saya batch 2004/2005. Student yang agak rapat dengan saya sewaktu zaman sekolah maklumlah student PRS projek kerjaya naib johan Zon Pudu dan johan WPKL dan seterusnya mewakili WPKL ke peringkat kebangsaan di Johor pada tahun 2004. Oleh sebab itu, sewaktu di tingkatan 4, memang banyak masa Mas akan ke UBK. Menghadiri perkahwinan Mas umpama menghadiri mini reunion PRS batch 2005/2005 ini dan seronok berjumpa mereka dan bergambar bersama. Entah bila boleh jumpa lagi dengan batch ini.

 

Telegram Channel